Isnin, 21 Mac 2011

Ada Otak Pakai..

Dipetik Dari Pakdi....tulisan org lain...hanya postkan kat cni...baik untuk pembacaan...dijadikan renungan dan ikhtibar..



“Tiada paksaan dalam beragama.”
(al-Baqarah: 256)

Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup
yang sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek. Sejahat-jahat kumpulan samseng mahupun along dan tonto, mereka juga patuh kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang digariskan? Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang, kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis, bomba juga mesti dikecam oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia membabi buta ini. Mereka
dimestikan memakai pakaian seragam hampir sepanjang waktu.

Tidak ada askar dihantar kemedan perang dengan jersi bola sepak. Tidak
ada polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin.
Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip hop. Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju
kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang, peraturan,sistem dan tugas  mereka sudah begitu. Lantas tidak ada salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal.

Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir  dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar,
cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir sebagai
pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak. Kalau
kita menteri,cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia selalunya
tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman nun jauh di kutub selatan.Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari kelompok dan
golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang betul dan orang lain itu semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya.
Orang yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan dieksploitasi itu adalah orang yang tidak  dapat berfikir dengan normal. Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang berlaku  di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh orang boleh membawa ke syurga, diaakhirnya telah memenggal kepala seorang pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan kepala-kepala tersebut kepada  ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.

Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang
boleh berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti
diberi jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan
berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap
berlandaskan kebenaran.Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan
lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,”Saya Yang
Menurut Perintah.”
Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit selalu menjadi  penghalang kepada mereka yang sudah bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji.

Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis.  Sama ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah  golongan yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa
pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas,
apa yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit  ibu bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja  bagai nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh dan kuasa  tersembunyi yang ada pada mereka, lalu diperkenalkanlah segala macam akta serta peraturan biar mereka takut
untuk berfikir jauh serta kritis supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran mereka.

Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap
rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara mundur dan membangun begitu takut  kepada rakyat mereka yang boleh berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan
tidak maju-maju.

Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal
kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir sendiri pun mereka sudah boleh  mendapat jawapannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri
banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah nabi yang sentiasa boleh meminta  wahyu dari Allah. Tetapi untuk
menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan
dengan saling berbincang,tegur-menegur dan mengkritik secara baik. Sekiranya semua perkara itu  perlu kepada penurunan wahyu yang
khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang denganbaik selepas
kewafatan Nabi saw.

Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong.Fikirlah
seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat. Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari budaya jumud dan taklid.Orang yang berfikir tidak akan membiarkan dirinya
dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Wallahua’lam.

Di petik dari -Pakdi-

 ' Tidakkah mereka melihat kekuasaan Allah dan kejadian alam yang dicipta? Sesungguhnya amat sedikit sekali mereka yang berfikir..." Think,think,think..
Barangkali ada di antara kita yang pernah mendengar satu anekdot
kira-kiranya berbunyi: (ini versi ciptaan
pakdi)

Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak
terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu
diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.

"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."

Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal.
Lalu ditanyakan kenapa.Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana
otak terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.

Pakdi tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini,tetapi Pakdi pernah
mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu malas berfikir. Nasib baik aku jawa.

Ada pensyarah Pakdi yang begitu anti kepada pelajarnya yang
berkemampuan mendapat markah yang tinggi tetapi tidak boleh menjawab soalan berbentuk kritikal. Bila dilontarkan  persoalan yang berada di luar buku teks, maka mulalah menggelabah mencari jawapan sedangkan jawapan tersebut sebenarnya mereka sudah tahu cuma soalannya sahaja berbelit-belit. Pensyarah-pensyarah sebegini amat menghargai jawapan yang tidak menggunakan ayat-ayat buku atau seperti yang pernah disebut oleh salah seorang dari mereka, 'bookish answer.' Tetapi ada juga pensyarah yang tidak boleh tidak, jawapannya  mesti sama seperti dalam nota yang diberinya.

Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru
dan bermanfaat untuk diri sendiri.Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak ramai juga orang yang benar-benar menggunakan otaknya untuk berfikir.
Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita seluas-luasnya
atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.
"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."
Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia
akan terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga
akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas
daun keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribasa,-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh akan
menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet F1 yang kalis air.
Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan
bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan
olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub
di dalam al-Quran.
Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling
atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan otaknya
di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki. Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.

Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi. Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang mengkaji
perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And
Women Can't Read Maps
serta Why Woman Cry and Men Lie, telah menyatakan, pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita
adalah lelaki. Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi
model-model lelaki juga adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang menonton Mr Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang menontonnya.

Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup melalui pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang mereka. Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah
perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi
menghiburkan. Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku." bila melihat wanita berbaju ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.

Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang
labuh, kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok
suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat
dan lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.

Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qatie adalah tindakan
orang yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong tangannya adalah  kata-kata orang yang tidak berfikir.
Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya
bukan yang mencuri barang orang lain. Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong tangannya kerana bercampurnya perkara
syubhah.

Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak
lelaki dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh. Dalam Islam, seorang suami wajib memberi  nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya
bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun setelah harta tersebut digunakan  untuk menyara keluarga. Berbanding
wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1
bahagian pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan hukum.

Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia.
Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan