Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

Bulan Rejab_11Mei 2012_Sabtu

Quote from Ms Hyree's Page:



Assalamualaikum..
Saudaraku, sabtu ini 11 mei 2013 sudah mulai bulan 🌙 rejab bulan🌙 dimana catitan 📖 amalan kita ditutup📖 dan diserahkan🎁 kepada Allah SWT dan diganti yg baru. 📂 Sebelum catitan📝 amalanku ditutup 📖sy ingin memohon maaf🙏 kepada Saudara tolong mohon di ampun 🙏dan di maafkan🙏 semua kesalahan ❌dan dihalalkan ✅ yg termakan🍜 dan terminum ☕..

Jomm Share dgn saudara2 kita
kerana "Barang siapa yg memperingatkan bulan Rejab kepada saudara2 semuslimnya maka api neraka 🌋 diharamkan menyentuhnya..

Rabu, 27 Mac 2013

renungan

 

 

Ada orang lebih suka menyerang membuta tuli tanpa mengkaji. Akhirnya beliau malu sendiri. Moga hari kita terus disinari dengan limpahan rahmat dari Ilahi.

 

Bukan tudung bawal yang menampakkan kamu comel bertudung. Tetapi keikhlasan hatimu untuk memakai dan menutup aurat dengan sempurna.

 

Kadang-kadang kita diletakkan di dalam situasi yang sukar. Berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan urusan dan tunjukkan jalan keluar.

 

Bila perkara yang tidak diingini melanda hidup, pujuklah hati untuk terima ketentuan Ilahi. Allah tahu apa yang terbaik buatmu. Sabar. InsyaAllah ada jalannya.

 

Baca, fikir dan fahami. Bukan baca, beremosi dan menyerang membuta tuli.

 

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mulakan pagi anda dengan senyuman ikhlas hingga menampakkan sebilangan gigi. Senyum senyum :)

 

 

 

 

 

Jumaat, 22 Mac 2013

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH SWT


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH SWT

Sesungguhnya itu adalah satu kekayaan yang tersimpan di Syurga


Khamis, 21 Mac 2013

Quote from Hilal Asyraf


p.s: saya share sedikit buku karya Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya:Langit Ilahi 2 (2012).

"Tidak salah mempunyai cita-cita. Cita-cita itu pula terbahagi kepada dua. Cita-cita akhirat dan cita-cita dunia. Orang yang bijak adalah yang menjadikan dunianya sebagai perealialisasi cita-cita akhiratnya.

Justeru, marilah kita muhasabah kembali. Kita mesti kembali kepada tujuan penciptaan kita, iaitu kehidupan kita sebagai suatu ibadah.Kita ikhlaskan niat kita. Kita bersihkan jalan kehidupan kita daripada perkara keji dan mungkar. Kita jelaskan semula bahawa matlamat kehidupan kita adalah untuk menggapai redha ALLAH. Jadi, apabila ajal menjemput kita ditengah-tengah kita berusaha mengejar cita-cita, kita tidak akan menjadi orang yang rugi.
Insyaallah. Marilah kita sama-sama set kembali matlamat dan niat kehidupan kita. Kita perbaiki cita-cita kita. Kita jelaskan kehidupan kita ini hanya untuk menggapai redha-NYA. Kita berusaha mendekati-NYA dalam segenap kehidupan kita.

jom kawan-kawan, kita muhasabah kembali...perbaiki kembali niat kita lillahitaala....Insyaallah...

baikilah NIAT kita hanya keranaNYA...moga apa yang kita perbuat diSINI akan membawa /dihitung diSANA

Mode: tgh siapkan slide utk kelas esk....(" _ ")

HIDUP itu INDAH

Hidup itu indah TMTS!!! (',') -

Wahai Gadis!!!


Isnin, 18 Mac 2013

Kata Nasihat



Orang yang sentiasa mahu perbaiki diri menjadi lebih baik jarang memberi alasan. Orang yang beralasan ni orang yang tidak berkeyakinan.


Andai hari ini kita keluar rumah tidak menutup aurat/melakukan dosa dan kita menemui ajal. Bersediakah kita bertemu Allah kelak? :(


Allah bukanlah tidak mahu memakbulkan doamu. Allah hanya menangguhnya dan akan beri pada masa yang sesuai.

Khamis, 14 Mac 2013

Subuh Prayer


Orang yang paling kuat antara kita adalah orang yang kuat melemparkan selimutnya dan bingkas bangun untuk solat subuh. 


Bacalah Al-Quran jika bosan




Kita selalu sangat rasa bosan. 


Walhal, banyak perkara manfaat boleh dilakukan. 


Kalau bosan, bacalah Al-Quran. 


Pahala dapat. Bosan hilang.



Belajar Hormati Orang Lain.


Kekadang sesuatu perkara itu mudah bagi kita, tetapi mungkin susah bagi orang lain. 


Begitulah sebaliknya. Setiap orang punya kelemahan dan kelebihan tersendiri. 


Belajar rendah diri. 


Belajar hormati orang lain.



Selasa, 12 Mac 2013

Thank the past for a better future


No matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow. InsyaAllah :)



Don't try and perfect yourself for one person.

Allah akan perkenankan semua doa-doamu. Bersabarlah dan teruskan usaha.


Don't try and perfect yourself for one person. Wait for the one who loves your imperfections


Jumaat, 1 Mac 2013

None of us are perfect


very hard but the truth. 

Love others despite their faults & maybe they will look past yours.. 

Don't try and perfect yourself for one person.

Wait for the one who loves your imperfections!!!

nobody is perfect... being trueself is awesome although sometime it can make others hurt or sad but being hypocrite to make them happy will just have a never ending story.. 

none of us are perfect, don't worry...


Rabu, 27 Februari 2013

Teach....Learn.....Motivate.....



ngaja KP1 this semester..together with Research Foundation...

xkhatam lagi...

phewww...

untuk KP1..

ada 10 chapters...

basically will cover the quantitative matter...


Section 1: Introduction for the Educational Research

Chapter 1: Introduction

Chapter 2: Research Cycle

Chapter 3: Quantitative Research

Chapter 4: Development of Instrument and Questionnaires



Section 2: SPSS in the Educational Research

Chapter 5: Introduction to the SPSS (PASW)

Chapter 6: SPSS operations and procedure

Chapter 7: Normality Testing

Chapter 8: Descriptive Statistics

Chapter 9: Inferential Statistics - Parametric

Chapter 10: Inferential Statistics - Non-Parametric



Basically, for the Research Foundation, will use the same materials.

but will refer to their own proforma.


Hope will teach the students well for this semester.

At the same time, will update/revise/add-in/on on my research proposal also.

study the theory behind it/what is the problem/why do you want to do the research/will settle about the sample/population of your study before fly to UK...


if there is a will, there must be a way...

InsyaAllah, God-Willing...


Mas, do ur very BEST...


Remember; the sun will always rises in the east, and sets in the west (matahari terbit di timur dan tenggelam di sebelah barat).


" When u struggle to reach for something u don't know (indeed in your case, u know that u want to get the phd certificate so that u can teach; also u want to improve ur skills abilitiy, ur language skills and etc...so much more that u want to do and improve for the betterness), that's where the most interesting stuff is "



"We must become the CHANGE we wish to see"

- Mahatma Gandhi, Indian nationalist and spiritual leader



Indeed, dlm Quran juga disebut beberapa kali dimana Allah tdk akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri dgn usaha, amal dan istiqamah. 




JIKA ANDA

Teringin melihat adik / insan tercinta/ anak anda BERJAYA, anda harus tunjuk dan buktikan kpd mereka y anda tlebih dahulu mampu berjaya

Mahu melihat insan2 di sekeliling anda lebih PEKA DAN PRIHATIN terhadap alam sekitar, anda harus ubah persepsi, mentaliti dan gaya hidup anda tlbih dahulu agar selari dgn hasrat anda





Mahu rakan2 anda lebih bijak menjaga SANTUN DAN AKHLAK, anda harus pamerkan keperibadian anda y ikhlas bukan menunjuk2 agar dpt dijadikn model teladan y baik


Mahu HASIL KERJA KUMPULAN anda cemerlang, anda harus tunjukkan y anda mampu 'perform more than what is expected'




Mahu insan lain syg dan CINTA kan anda seadanya, anda harus tlebih dahulu muhasabah diri disusuli penambahbaikn kendiri supaya anda hargai nikmat diri y dikurniakn Ilahi, kenali diri dan syg pd diri sdiri



So Mas,

Do make sure;

See your goals;
Understand the obstacles;
Create a positive mental pictures;
Clear your mind of self doubt;
Embrace the challenge;
Stay on track;
Show the world you can do it......

 it is the SUCCESS


adiiioooooooossss!!!!!!!!!!!!

Best Regards
TMTS03

Isnin, 12 November 2012

Selasa, 8 Mei 2012

Motivate Me!!!!


People are illogical, unreasonable and self-centered. LOVE and TRUST them anyway...

The good you do today will be forgotten tomorrow. Do GOOD anyway...

Honesty and frankness make you vulnerable. Be HONEST and FRANK anyway...

The biggest people with the biggest ideas can be shot down by the smallest people with the smallest minds. Think BIG anyway.

What you spend years building maybe destroyed overnight. BUILD anyway.

Give the world the best you have, and you may get kicked in the teeth. Give the WORLD your BEST anyway...

Selasa, 10 April 2012

Bercakap Berpada-pada



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana. – Edisikini