Memaparkan catatan dengan label Doa dan Bacaan Ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa dan Bacaan Ilmiah. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

Bulan Rejab_11Mei 2012_Sabtu

Quote from Ms Hyree's Page:



Assalamualaikum..
Saudaraku, sabtu ini 11 mei 2013 sudah mulai bulan 🌙 rejab bulan🌙 dimana catitan 📖 amalan kita ditutup📖 dan diserahkan🎁 kepada Allah SWT dan diganti yg baru. 📂 Sebelum catitan📝 amalanku ditutup 📖sy ingin memohon maaf🙏 kepada Saudara tolong mohon di ampun 🙏dan di maafkan🙏 semua kesalahan ❌dan dihalalkan ✅ yg termakan🍜 dan terminum ☕..

Jomm Share dgn saudara2 kita
kerana "Barang siapa yg memperingatkan bulan Rejab kepada saudara2 semuslimnya maka api neraka 🌋 diharamkan menyentuhnya..

Jumaat, 22 Mac 2013

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH SWT


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH SWT

Sesungguhnya itu adalah satu kekayaan yang tersimpan di Syurga


Khamis, 21 Mac 2013

Quote from Hilal Asyraf


p.s: saya share sedikit buku karya Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya:Langit Ilahi 2 (2012).

"Tidak salah mempunyai cita-cita. Cita-cita itu pula terbahagi kepada dua. Cita-cita akhirat dan cita-cita dunia. Orang yang bijak adalah yang menjadikan dunianya sebagai perealialisasi cita-cita akhiratnya.

Justeru, marilah kita muhasabah kembali. Kita mesti kembali kepada tujuan penciptaan kita, iaitu kehidupan kita sebagai suatu ibadah.Kita ikhlaskan niat kita. Kita bersihkan jalan kehidupan kita daripada perkara keji dan mungkar. Kita jelaskan semula bahawa matlamat kehidupan kita adalah untuk menggapai redha ALLAH. Jadi, apabila ajal menjemput kita ditengah-tengah kita berusaha mengejar cita-cita, kita tidak akan menjadi orang yang rugi.
Insyaallah. Marilah kita sama-sama set kembali matlamat dan niat kehidupan kita. Kita perbaiki cita-cita kita. Kita jelaskan kehidupan kita ini hanya untuk menggapai redha-NYA. Kita berusaha mendekati-NYA dalam segenap kehidupan kita.

jom kawan-kawan, kita muhasabah kembali...perbaiki kembali niat kita lillahitaala....Insyaallah...

baikilah NIAT kita hanya keranaNYA...moga apa yang kita perbuat diSINI akan membawa /dihitung diSANA

Mode: tgh siapkan slide utk kelas esk....(" _ ")

Isnin, 18 Mac 2013

Kata Nasihat



Orang yang sentiasa mahu perbaiki diri menjadi lebih baik jarang memberi alasan. Orang yang beralasan ni orang yang tidak berkeyakinan.


Andai hari ini kita keluar rumah tidak menutup aurat/melakukan dosa dan kita menemui ajal. Bersediakah kita bertemu Allah kelak? :(


Allah bukanlah tidak mahu memakbulkan doamu. Allah hanya menangguhnya dan akan beri pada masa yang sesuai.

Khamis, 14 Mac 2013

Belajar Hormati Orang Lain.


Kekadang sesuatu perkara itu mudah bagi kita, tetapi mungkin susah bagi orang lain. 


Begitulah sebaliknya. Setiap orang punya kelemahan dan kelebihan tersendiri. 


Belajar rendah diri. 


Belajar hormati orang lain.



Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Ilmu bersama Ustaz Don Daniyal

Tarikh dan Masa: 10.03.2013 (AHAD);9.00 am

Tempat: Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Penceramah: Ustaz Don








Ceramah mcm2, yang dapat dicerap pagi tue adalah;

1. baca surah al-anfal ayat ke-24.
2. discuss pasal tajwid dalam ayat tersebut;
3. alif wasal terbahagi kepada 3;
     - berbaris atas bila selepas ALIF adalah huruf LAM
     - berbaris bawah apabila selepas huruf ALIF adalah selain daripada huruf LAM & perkataan ke (tiga)   berbaris atas ataupun bawah
      - berbaris depan apabila selepas huruf ALIF adalah selain daripada huruf LAM & perkataan ke (tiga)   berbaris hadapan
4. Pembelajaran ultimate adalah semasa khutbah jumaat
5. sistem pembelajaran di universiti/sekolah adalah tidak sesuai.
6. sistem pembelajaran sekarang menyamai perlawanan bola (tgk bola dekat stadium), tgk pertandingan laga lembu dan sebagainya.
7. sifat para nabi yang terdahulu, terdapat persamaan dari segi;
   - suka pakai wangi-wangian
   - suka bersugi/ gosok gigi
   - malu
   - kawin...
8. Nabi yang boleh/pernah berunding dengan malaikat maut sebelum diambil nyawa; satu-satunya adalah Nabi Sulaiman. perkara ini berlaku kerana nabi sulaiman mahu memastikan syaitan/iblis yang diperintahkan untuk membina tembikar, periuk dan sbg agar percaya bahawa nabi sulaiman sedang memerhatikan mereka membuat/menjalankan perintah beliau. Beliau diambil nyawa oleh malaikat maut saat sedang duduk bertongkat di atas takhta baginda. Syaitan dan iblis hanya mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah meninggal HANYA apabila tongkat yang dipegang oleh Nabi Sulaiman patah gara-gara di makan oleh anai-anai. (Surah Al-Namluk)

Moga mendapat barakah mas di majlis ilmu ini...

dapat menjadi anak yang berguna kepada kedua ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai, dan berjasa kepada negara dan bangsa...InsyaAllah...

Me n my lovely mom....miss u always mom...







Bagus amalkan doa nie...

Share tulisan tangan my frend, Farida.....

doa ini, afdhalnya diamalkan sebelum tdur selain membaca 3Qul, baca doa 3x smbil menadah tangan, dan kemudian sapukan ke seluruh bhgn badan. Doa pendinding diri ini, insyaAllah, kata Ust bukan sj melindungi kita (dgn izin Allah) dr perbuatan jahat orang, secara halus mahupun sec terang, doa ini juga insyaAllah melindungi kita sendiri drpd berbuat jahat pd org lain.



tulisan rumi yang farida tulis plak;

Laa ilaaha illallah hawaalainaa hisaaran(m) muhammaddarrasulullahu quflan(w) wa mismaaran laa ilaaha illallah. 

Laa ilaaha illallah qaulan(w) wa fi'lan (ulang 3x part -qaulan wa fi'lan) inna batsyarabbika lasyadiid. 

Wallahu min(w) waraaihim muhittun(b) bal hua quraanum majiidun(f) fii lauhim mahfuuz. 

Summun(b) bukmun 'umyun fahum laa yarji'uun. 

Summun(b) bukmun 'umyun fahum laa ya'qiluun. 

Summun(b) bukmun 'umyun fahum laa yatakallamuun. 

Summun(b) bukmun 'umyun fahum laa yubsiruun. 

Wasallahu 'alaa khairin khalqihi muhammadin(w) wa 'alaa aalihi wasahbihi wasallam.

Ahad, 27 Mei 2012

Kenapa Nak Single???

Semanis Kurma ~ Kenapa nak Single??

Terdapat 6 perkara untuk memudahkan kita bertemu dengan jodoh kita:
1. Solat Taubat & Istighfar
2. Solat Hajat
3. Puasa hajat-sebaik2nya semasa hari jadi kita (jgn ingat mkn kek je)
4. Minta ibu bapa doakan
5. Minta alim ulama doakan
6. Diri sendiri mendoakan

Amalan Doa:
1. Surah Yusof ayat 4
2. Surah Yunus ayat 81
3. Surah al-Qasas ayat 24

Renung2kan dan selamat beramal

Isnin, 16 April 2012

Doa Nabi Yunus



~Doa Nabi Yunus Jadikan Amalan~

Nabi Yunus alayhissalam diutus oleh Allah swt. kepada masyarakat Naynawa, yang terkenal dengan kekafirannya. Nampaknya, Nabi Yunus kurang sabar dengan perlakuan kaumnya. Dalam keadaan kesal, ia pergi meninggalkan kaumnya menuju tepi laut. Kemudian ia menumpang kapal yang akan berlayar. Di tengah lautan, kapal diterpa badai dan angin kencang. Untuk menghindari kapal karam, muatan kapal harus dikurangi. Semua penumpang kapal sepakat untuk melakukan undian. Siapa yang namanya keluar, maka dialah yang harus dilemparkan ke lautan. Ternyata, yang keluar adalah nama Nabi Yunus. Akhirnya, Nabi Yunus menceburkan dirinya ke lautan, dan ia ditelan ikan besar. Al-Quran menyebut ikan itu dengan Hut atau Nun. Namun, Allah swt. mewahyukan ikan itu untuk tidak memakan tubuh Nabi Yunus.
Ada yang mengatakan Yunus a.s. tinggal di dalam perut ikan selama 3 hari, 7 hari, bahkan 40 hari. Selama itu ia berdoa kepada Allah swt., ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Yunus menembus Arsy, sampai-sampai para malaikat berkata, ‘Ya Rabb, sepertinya ini adalah suara orang lemah yang sudah dikenali, yang datang dari negeri yang jauh dan asing’. Allah bertanya, ‘Tahukan kalian, suara siapakah itu?’ Malaikat menjawab, ‘Suara siapakah itu?’ Allah berkata, ‘Itu adalah suara Yunus, hamba-Ku’. Malaikat berkata, ‘Yunus yang amalnya senantiasa naik ke langit dan doanya dikabulkan? Ya Rabb, tidakkah Engkau menaruh belas-kasih padanya lantaran dia senantiasa memuji-Mu di saat senang, dengan begitu Engkau selamatkan ia di saat terjepit seperti ini?’ Allah menjawab, ‘Ya, tentu saja’. Maka, Allah memerintahkan kepada ikan hut untuk melemparkan Yunus ke daerah tandus.

Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka. (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)

Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa mustajab. Kita dianjurkan untuk sering membacanya, lebih-lebih di saat kita mengalami kesulitan.

Selasa, 10 April 2012

Bercakap Berpada-pada



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana. – Edisikini

Isnin, 9 April 2012

Apa Hebatnya SOLAT di AWAL waktu???

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?




WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Ahad, 8 April 2012

Doa-Doa Amalan Harian

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
doa pelindung diri....



PRAYER BEFORE STARTING WORK

Allah, as I enter this workplace,
I bring your presence with me,
I speak Your Peace, Your Grace, Your Mercy and Your perfect order into this office,
I acknowledge Your Power over all that will be spoken, thought, decided and done within these walls.
Allah, I thank you for the gifts You have blessed me with
I commit to me with the light in Your “Noor”
May that work that I do and the way I do bring faith, joy and smile to all that I come in contact today.
And Ya Allah, when I leave this place, give me traveling mercy, Bleass MY FaMiLY & home to be in order as I leave it.
Allah, I thank you for everything you’ve done, everything you’re doing and everything you’re going to do.
In the Name of using them responsibly in Your Honour
Give me a fresh supply of strength to do my job
Bless my projects, ideas, and energy so that even my smallest accomplishment may bring Your Glory.
Allah, when I am confused, guide me. When I am weary, energise me.when I am burned out, infuse Allah I pray, with much love & thanksgiving…….

Ameennnnn………………

Jumaat, 30 Mac 2012

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, 
kami memohon   petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu
 dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, 
kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada
 Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan 
azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, 
Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman 
dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja
mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, 
peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan
 kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa 
yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Rabu, 16 Mac 2011

Kenali Nabi Muhammad S.A.W. Secara Lahiriah

.. KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH



Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
·        Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
·        Aku melihat cahaya dari lidahnya..
·        Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
·        Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·        Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·        Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·        Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
·        Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
·        Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·        Wajahnya seperti bulan purnama.
·        Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
·        Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
·        Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
·        Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·        Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
·        Mulut baginda sederh ana luas dan cantik.
·        Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·        Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
·        Janggutnya penuh dan tebal menawan.
·        Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
·        Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·        Rambutnya sedikit ikal.
·        Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
·        Rambutnya terbelah di tengah.
·        Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
·        Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
·        Seimbang antara kedua bahunya.
·        Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
·        Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
·        Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
·        Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·        Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
·        Warna putihnya lebih banyak.
·        Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·        Warna kulitnya putih tapi sihat.
·        Kulitnya putih lagi bercahaya.
·        Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
·        Badannya tidak gemuk.
·        Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederh ana lagi kacak.
·        Perutnya tidak buncit.
·        Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaim ana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia ker ana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah ker ana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.