Isnin, 4 Oktober 2010

MengenaLi JiWa WaNiTa...



Seandainya kaum Adam dimuka bumi ini merupakan suatu kaum yang sukar untuk diteka, maka kaum Hawa adalah kaum yang lebih kompleks dan sulit. Semakin jauh difikirkan, semakin payah untuk dijawab. Malah Ilmu psikologi yang sudah begitu maju dan telah berjaya menyelami jiwa manusia pun mengakui kelemahannya untuk mengenali dan memahami jiwa kaum Hawa ini.

Dalam tulisan ini saya akan cuba mendedahkan beberapa sikap kaum wanita yang merupakan sebagai titik perbezaan diantaranya dengan kaum lelaki sepanjang pengalaman hubungan saya dengan kaum tersebut termasuk ibu, nenek, kawan, sehingga teman istimewa yang sudah semestinya wanita.

Pada pendapat saya wanita akan merasa marah seandainya tidak memperolehi kerelaannya terlebih dahulu, sebaliknya pula akan berasa rela seandainya kemarahannya tidak ditimbulkan.

Fenomena ini memberikan penjelasan kepada kita terhadap banyak tingkah laku wanita. Umpamanya, wanita itu jemu, pembosan, cepat gelisah, kerap marah kepada rakan-rakan, kepada keluarga, kepada suami hingga kepada dunia seluruhnya. Wanita sentiasa mahu orang lain berusaha sedaya upaya menumbulkan kerelaannya dalam apa cara dan bentuk sekalipun.

Bertanyalah kepada seorang lelaki yang sedang dilamun cinta, bagaimanakah dia menanggung penderitaan kerana mencintai kekasihnya itu. Atau kerana ditinggalkan kekasihnya. Atau kerana tabiat kekasihnya yang cepat jemu dan kerana kekasihnya yang terlalu manja? Dan bagaimanakah dia sentiasa berusaha untuk memenangi hati kekasihnya?

Bertanya pula kepada seorang suami bukankah istri itu seperti suatu samudera dimana ada ketikanya begitu bergelora dan bergelombang, dan adakalanya tenang? Tidak pernahkah sewaktu nak pergi kerja diwaktu pagi dia meninggalkan istrinya dalam kedaan yang riang dan gembira dan apabila dia pulang pada sebelah petangnya dia mendapati istrinya marah-marah kerana sebab-sebab yang begitu remeh atau tiada sebab sama sekali?

Tidakkah kerap istrinya memarahinya, memarahi orang gaji, memarahi anak-anak dan sentiasa mencari sebab untuk marah tampa mengira masa dan tempat, dan andainya jumpa dengan seribu satu sebab yang boleh menimbulkan kerelaan hatinya, dan satu sebab sahaja yang boleh menimbulkan kemarahanya, sebab yang satu ini akan menguasai seluruh jiwa raganya?

Saksikanlah hasil-hasil sastera dan seni yang ada hubunganya dengan wanita. Anda akan berjumpa dengan kata-kata cumbuan kaum lelaki merayu belas kasihan wanita, ratapannya terhadap sikap wanita yang kejam, cepat menolak dan merasa jemu serta tangisannya kerana dia dikhianati oleh kekasihnya. Andainya lelaki itu merasakan kebahagiaan dan kerelaan kekasihnya untuk beberapa ketika yang pendek, maka dia akan mengalami penderitaan untuk bertahun-tahun lamanya.

Perangai wanita lebih ternyata didalam banyak perkara-perkara lain umpamanya dia lebih gemar mengejar hiburan seperti menonton wayang, sandiwara TV, menghadiri parti-parti keramaian dan sebagainya. 

Tujuannya menggemari perkara-perkara ini adalah untuk melenyapkan rasa bosan dan jemu. Malah wanita adalah lebih membenci hidup keseorangan berbanding kamun lelaki. Sebab itulah bebanyakkan wanita lebih suka berjalan kesana-kemari… 

Wanita juga gemar menukar fesyen, dan fesyen ini boleh dikatakan berubah setiap tahun atau musim, sama ada pakaian, gaya rambut, kasut dan sebagainya. Kegemaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita mahu memaksa lelaki supaya memujuk dan memanjakanya, dan menciptakan terus-menerus sesuatu yang baru baginya agar dengan demikian rasa jemu akan hilang dalam hidupnya.

Disamping itu pula, wanita dianggap sebagai ketua yang kejam sama ada dirumah, di sekolah atau dipejabat. Kekejaman ini adalah semata-mata didorong oleh keinginannya untuk menghilangkan rasa bosan dan jemu juga, tetapi perlu dikatakan biasanya wanita akan menunjukkan sikap yang lebih kejam keatas wanita lain daripada ke atas kaum lelaki. Ini kerana didalam lubuk hatinya yang paling dalam, masih tersimpan sesuatu perasaan bahawa lelaki adalah yang sebenarnya yang dapat melenyapkan rasa kebosanannya dan kejemuaannya.

Sebab itulah wanita dikatakan sentiasa berfikir untuk memenangi hati lelaki dan sebahagian daripadanya hingga berusaha sedaya-upaya untuk tampil mempersona dan memerangkap lelaki agar mencintainya lalu mengahwininya. Tetapi disebalik itu pula rasa cinta kepada rumahtangga, kepada kehidupan yang tetap dan stabil dan cinta kepada kanak-kanak adalah lebih meresap didalam hati kaum lelaki daripada wanita. Untuk memikat kaum lelaki, wanita tidak teragak-agak menggunakan daya penariknya kerana dia sedar bahawa kaum lelaki mempunyai titik kelemahan iaitu mudah terpesona dengan kecantikkan wanita. Itu yang menyebabkan sesetengah wanita akan melakukan apa sahaja untuk menarik minat lelaki tersebut kepadanya.

Tetapi apakah yang menyebabkan wanita merasa jemu, bosan dan marah?

Pada pendapat saya, sebabnya ialah kerana wanita ini merupakan makhluk yang “introvert”, sentiasa memikirkan tentang dirinya sahaja dan sangat kurang sekali memikirkan perkara-perkara diluar dirinya.

Sesetengah wanita pula sejak kecil lagi sudah tertanam dalam fikirannya bahawa kaum wanita mesti mempunyai kebebasan diri yang penuh dan mesti bekerja mencari nafkah agar tidak terkongkong dibawah kekuasaan lelaki, kerana dia menganggap kaum lelaki ialah makhluk yang penipu dan amat bahaya. Oleh itu, wanita mesti berusaha mendapatkan kebebasannya dengan apa cara sekalipun.

Dia akan menyeru kaum sejenisnya supaya memberontak diatas kekuasaan lelaki yang dianggap palsu.Walalupun perbuatan ini akan menyebabkannya membayar harga yang tinggi sekali dan boleh dinafikannya dari memperolehi kebahagiaan didalam hidup. Bagi wanita pemberontakkan terhadap lelaki itu ialah sesuatu tugas yang amat murni.

Kemudian disana terdapat pula wanita-wanita yang merasa malu dengan sifat ‘lemah’ yang kerap dikatakan kepada mereka. Dan terus cuba meniru tingkah laku kaum lelaki dengan berlagak sebagai mempunyai jasmani yang sama seperti lekaki. Inilah sebabnya tidak kurang kelihatan wanita-wanita yang memakai seluar panjang lelaki, memakai kasut lelaki dan enggan menerima sebarang pertolongan fizikal dari lelaki kerana bantuan fizikal itu adalah hak lelaki terhadap wanita walalupun keengganan ini bertentangan dengan adat sopan dalam pergaulan.

Wanita-wanita ini tetap jelas kelihatan unsur kewanitaannya walaupun cuba berlagak seperti kaum lelaki sewaktu berkomunikasi dan bersosial. Disamping itu mereka akan terus menasihatkan kaum sejenisnya supaya melayan lelaki dengan cara kasar dan jangan menunjukkan kelemahan yang ada pada mereka. Wanita-wanita jenis ini tidak banyak berbakti kepada dunia dan masyarakat, tetapi kebanyakkannya menjadi istri dan ibu yang bertanggungjawab.

Wanita tidak boleh menolak kelemahannya samasekali. Di gelanggang seni lagu umpamanya, boleh dikatakan purata wanita-wanita adalah memainkan peranan sebagai penyampai lagu-lagu yang dibuat oleh sebahagian besarnya kaum lelaki. Ini bukanlah bertujuan menafikan kemampuan kaum wanita di gelanggang kehidupan-kehidupan yang lain, tetapi kebolehan ini sangat jelas terhad dan perlu pula bekerja sama dari pihak lelaki.

Untuk menjadi lelaki memang mustahil, lebih-lebih lagi Tuhan telah membahagikan makhluk manusia kepada dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Dan setiap jenis itu mempunyai tempat, tugas dan aliran tertentu ditengah-tengah kehidupan dan masyarakat. Tugas wanita adalah selaras dengan naluri dan bentuk kejadiannya. Gelanggang yang paling sesuai baginya ialah menjadi suri rumahtangga dan ibu. Mengatur dan menyusun hal-ehwal di dalam rumah, Melahirkan anak dan mengadakan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kerehatan dan ketenangan kaum lelaki. Wanita mesti pandai memainkan peranan kekeluargaan agar tercapai matlamat yang pertama dari kewujudannya dimuka bumi ini iaitu menyebarkan kebahagiaan muhibah dan perdamaian sesama manusia sesuai Kewujudan Siti Hawa untuk Adam.

Dari sejak dulu lagi wanita kerap memikirkan tentang kencantikkan dan keburukkannya. Kerap becermin untuk meyakinkan kejelitaannya. Sentiasa menyikat rambutnya dan berhias. Sentiasa ingin tahu akan masa depannya. Selalu menyebut-nyebut tentang perkahwinan. Selalu berangan-angan tentang bakal lelaki yang akan menjadi suaminya kelak. Kerap mengawasi setiap langkah suaminya. Bacaan yang paling digemarinya ialah sesuatu yang dapat membangkitkan emosinya. Baik itu emosi gembira, emosi marah mahupun emosi sedih. Tentang sesuatu yang mencerminkan kedaannya dan kedaan-keadaan wanita seperti dirinya. Sementara bahan-bahan yang tiada hubungan denganya atau pengertian-pengertian yang kelihatan abstrak tidak akan mendapat tempat dihati wanita.

Selain daripada itu wanita juga gemar mebaca fiksyen yang mencerminkan sifat-sifat mulia dan nilai-nilai yang ideal terutama kalau didalam cerita itu terdapat tanda-tanda kerjasama antara sesama wanita walaupun cerita tersebut pada keseluruhannya tidak mempunyai nilai sastera. Tetapi anda salah sangka! Kegemaran ini menunjukkan yang wanita itu mempunyai moral dan akhlak yang lebih suci daripada lelaki. Pakar-pakar psikologi dan pendidikkaan telah membuktikan bahawa lelaki dan wanita sama sahaja tarafnya di gelanggang penipuan, pendustaan dan pencurian.

Wanita moden mudah terpengaruh dengan tamadun barat secara melulu dan kerap membuat tafsiran yang salah tentang pengertian sama taraf sehingga mereka meminta supaya mereka diberikan hak yang sama seperti lelaki, walaupun ianya menyentuh maruah dan nama baik mereka sendiri. Andai ditanya mengapa mereka begitu bersemangat dalam menyamakan taraf mereka dengan lelaki?

Mereka akan menjawab tidak ada sebarang jurang yang memisahkan antara kaum lelaki dan wanita. Akan tetapi harus ingat, bahawa bentuk kejadian wanita tidak akan mengizinkan mereka berlagak sebagai lelaki. Pembebasan wanita di dalam bidang akhlak dan moral pasti menyebabkannya kehilangan naungan sosial terhadap dirinya sendiri.

Sesuatu keluarga tidak mungkin wujud di tengah-tengah keruntuhan akhlak pihak yang bertanggungjawab terhadapnya. Mengapakah wanita mesti menjadi alat peruntuh yang durjana sedangkan dia diharapkan menjadi lambang kemuliaan budi pekerti dan tingkah laku yang mesti dicontohi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan