Sabtu, 30 Mac 2013

UKM-Syarat/Kriteria Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti Gred 45 (Tanpa PhD) Ke Gred 52

Syarat/Kriteria Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti Gred 45 (Tanpa PhD) Ke Gred 52


Dimaklumkan bahawa Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) dalam mesyuaratnya pada 7 Februari 2013 telah meluluskan 4 kriteria kenaikan pangkat Pensyarah Universiti Gred 45 (tanpa PhD) ke Gred 52 seperti di Lampiran A.

Calon yang telah memenuhi salah satu kriteria yang dinyatakan perlu dibawa ke Mesyuarat JK Kesepakaran F/I/P dan diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan untuk dikemukakan ke JK Pemilih dan kelulusan Naib Canselor. Syarat/kriteria ini terpakai untuk Pensyarah Universiti Gred 45 yang dilantik sebelum tahun 2002 dan tiada kelulusan PhD.

Senarai nama telah dimajukan kepada pengurusan F/I/P masing-masing untuk tindakan selanjutnya. 



http://portalewarga.ukm.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan