Khamis, 21 Mac 2013

Quote from Hilal Asyraf


p.s: saya share sedikit buku karya Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya:Langit Ilahi 2 (2012).

"Tidak salah mempunyai cita-cita. Cita-cita itu pula terbahagi kepada dua. Cita-cita akhirat dan cita-cita dunia. Orang yang bijak adalah yang menjadikan dunianya sebagai perealialisasi cita-cita akhiratnya.

Justeru, marilah kita muhasabah kembali. Kita mesti kembali kepada tujuan penciptaan kita, iaitu kehidupan kita sebagai suatu ibadah.Kita ikhlaskan niat kita. Kita bersihkan jalan kehidupan kita daripada perkara keji dan mungkar. Kita jelaskan semula bahawa matlamat kehidupan kita adalah untuk menggapai redha ALLAH. Jadi, apabila ajal menjemput kita ditengah-tengah kita berusaha mengejar cita-cita, kita tidak akan menjadi orang yang rugi.
Insyaallah. Marilah kita sama-sama set kembali matlamat dan niat kehidupan kita. Kita perbaiki cita-cita kita. Kita jelaskan kehidupan kita ini hanya untuk menggapai redha-NYA. Kita berusaha mendekati-NYA dalam segenap kehidupan kita.

jom kawan-kawan, kita muhasabah kembali...perbaiki kembali niat kita lillahitaala....Insyaallah...

baikilah NIAT kita hanya keranaNYA...moga apa yang kita perbuat diSINI akan membawa /dihitung diSANA

Mode: tgh siapkan slide utk kelas esk....(" _ ")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan