Jumaat, 29 Oktober 2010

K.A.S.I.H D.I. H.U.J.U.N.G R.I.N.D.U

kasih di hujung rindu 1
Bab 1 - Farah

Matahari yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan tentang Khairul, duda beranak dua. Linda, isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik. Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di utara Perak. Aku ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan tengahari.
"Maafkan saya, ini Farah Amirakan?" Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku dengan senyuman.
Aku pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada di depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Ini akulah. Khairul." Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda tanya yang bersarang di fikiranku.
"Kau Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah... kau dah nampak lain sekarang. Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau." Kataku bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung. Hatiku berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu berat yang menghimpit benaknya.
"Emm... maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku ketinggalan sesuatu dari kau?" Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit garis kekecewaan. Aku memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu menjamah apa-apa makanan.
"Apa yang sudah berlaku?" Tanyaku tidak sabar. Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.
"Linda... Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya." Jawabnya tenang lalu tunduk memandang meja. Dan hari itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum dengan semangat yang dia tunjukkan. Selepas itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu, sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba bergurau walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba melayaninya sebaik mungkin. Khairul sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat barunya itu berjalan lancar.

Khairul seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ILAHI. Tapi, kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada
Linda. Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya aman di sana. Aku amat berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti tibanya hari tersebut.

Bab 2 - Farah

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.
"Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?" Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.
"Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. Itu yang terawal hari ni. " Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan kami pun melangkah masuk bersama-sama. Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.
"Terima kasih." Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak
memandang akan wajah lelaki itu.
"Morning Farah." Sapa lelaki itu.
"Morning." Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul! Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.
"By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul." Aku
memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.
"Kau memang selalu awal ke?" Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.
"Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed." Balasku ramah.
"Lawa pulak aku tengok kau sekarang." Kata Kahirul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.
"Eh! Aku memang lawa sejak azali." Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku. Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh. Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.
"Handsomenya!" Kata Hanim beria-ia. Aku hanya tersenyum senang.
"Aku rasa dia sesuai untuk kau." Kata Hanim lagi.
"Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun." Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.

Bab 4 - Farah

Sejak pertemuan di dalam lif tempoh hari, sudah agak lama aku tidak bertembung dengan Khairul. Seakan rindu menampar di lubuk hatiku. Entah mengapa, setiap kali aku teringatkan dia, ada satu perasaan halus yang menusuk ke jiwaku. Aku tak pasti apakah perasaan itu, adakah rindu atau simpati atau mungkin kedua-duanya sekali. Di fikiranku tergambar wajah arwah Linda. Dia memang seorang wanita yang jelita. Walaupun dia bertudung dan memakai kaca mata, wanita itu tetap jelita. Orangnya tinggi lampai persis model, matanya yang bundar,bibirnya nipis serta berkulit putih melepak memang amat sesuai digandingkan dengan Khairul. Malah mereka merupakan pasangan yang paling sempurna di pejabat kami dulu. Walaupun aku terlebih dahulu mengenali Khairul, tapi mereka memang sudah lama mengenali antara satu sama lain. Cuma Linda memasuki syarikat itu setelah lima bulan aku bekerja di syarikat yang sama. Dan sejak itu kami menjadi sahabat baik. Tapi sayang, Linda telah pergi menyahut seruan ILAHI. Sedang aku leka mengimbau kenangan lama di atas buaian di halaman rumah, tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi. Aku tersentak seketika lalu berlari-lari anak masuk ke ruang tamu. Aku mengambil telefonku yang berada di atas tv. Aku meneliti nombor yang tertera di atas skrin telefon bimbitku. Hmmm... nombor nie tak pernah aku nampak. Siapa agaknya??
"Hello." Aku sabar menanti jawapan balas dari si pemanggil.
"Hello." Suara halus seperti suara budak yang menjawab. Aku terdiam seketika. Anak siapalah pulak nie. Ni mesti mak bapak tak sedar anak main telefon ni.
"Hello sayang. Kenapa sayang telefon auntie. Jangan main telefon, nanti mama marah." Perlahan aku memujuk.
"Mama dah tak ada. Mama dah ati... " Lancar sahaja suara pelat budak itu bertutur. Aku tergamam seketika. Dadaku berdebar-debar.
"Sorry, auntie... auntie... " Aku tergagap-gapap. Tidak tahu apa yang perlu aku ucapkan. Terasa sebak di
dadaku.
"Jap, papa nak akap... " Suara kecil itu berkata lagi.
"Hello.." Kedengaran suara halus kecil diganti dengan suara garau lelaki.
"Err... hello.." Balasku perlahan.
"Sorrylah sebab beri anak aku cakap dengan kau. Dia yang beria-ia mahu bercakap dengan kau." Aku bertambah terkejut. Lelaki ini seperti tahu dengan siapa dia bercakap. Aku hanya mendiamkan diri. Ragu-ragu dengan siapakah aku bercakap.
"Emmm... boleh saya tahu siapa yang bercakap?" Soalku lalu berjalan keluar menuju ke buaian di halaman rumahku.
"Oh! Ini Farahkan?" Lelaki itu menyoal aku tanpa menjawab pertanyaanku tadi.
"Ya, saya. Tapi, siapa awak?" Soalku lagi, tidak puas hati.
"Dah lima tahun, nombor kau tetap tak berubah. Kiranya nasib aku baiklah." Lalu dia ketawa senang hati. Aku semakin tidak puas hati. Geram pun ada.
"Akulah, Khairul. Tadi anak aku, Farhan." Akhirnya terjawab segala teka-teki yang bersarang di benakku tadi. Aku pula yang ketawa.
"Engkau rupanya. Aku ingatkan budak manalah yang pandai main telefon. Rupanya bapak dia yang tolong ajarkan anak main telefon." Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
"Bijak anak kau. Mesti comel cam papanya." Aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kepetahan Farhan tadi.

"Eh, mestilah. Papa diakan handsome. Anak mestilah lawa dan handsome jugak." Dia tetap seperti dulu, suka bergurau. Aku ketawa di hujung talian.
"Eleh, tak habis-habis puji diri sendiri."
"Apa yang kau dah lobi pada anak kau pasal aku ha? Sampai teringin benar dia nak cakap ngan aku?" Aku cuba mengcungkil rahsia dari Khairul. Dia tidak menjawab sebaliknya ketawa lagi. Asyik-asyik ketawa. Itulah satu-satu perangainya yang tak berubah, suka berjenaka dan ketawa. Sesungguhnya aku terpikat dengan disebabkan senyuman dan tawanya. Tambahan pula, ada lesung pipit di pipi kirinya. Tambah kacak dia. Hati perempuan mana yang tidak cair.
"Mana ada. Aku cuma kata yang papa dia nie jumpa kawan lama. Kawan mama dia. Tiba-tiba saja dia kata nak cakap dengan kau dan kalau boleh nak jumpa kau. Agaknya dia rindukan mama dia." Suara dia yang tadi amat ceria, berubah nada. Suaranya kedengaran sedih.
"Oh ye ke? Hmmm... aku... aku pun teringin nak jumpa anak-anak kau." Balasku berhati-hati.
"Iya? Kalau begitu kita lunch sama-sama hari ni. Lagipun dah jadi kebiasaan aku kalau hari minggu aku bawa anak-anak aku bersiar-siar. So, jadi?" Suaranya kembali ceria. Aku pulak yang pelik. Sekejap ceria, sekejap sedih. Entahlah, asalkan dia bahagia sudahlah Aku kemudian memberi persetujuan dan berjanji akan bertemu di Restoran Kejora pada pukul satu tengahari. Hmmm... bagaimana agaknya rupa anak-anak Linda?

kasih di hujung rindu 2

Bab 5 - Khairul

Aku memandang ganggang telefon yang masih belum aku letakkan ke tempatnya. Farhan di pangkuanku sibuk membelek kereta mainannya. Aku mengucup kepalanya. Dia mendongak sambil tersengih.
“Farhan nak jumpa dengan kawan mama tak?" Perlahan-lahan aku mengusap kepalanya. Azim pula
terkedek-kedek berjalan mendekati aku. Segera aku dukung anak kecilku dan mengucup pipi tembamnya. Dia mengekek ketawa suka hati. Farhan pantas menganggukkan kepalanya.
"Bila kita nak pi?" Soalnya masih pelat.
"Sekejap lagi kita pegi ye."
"Yeaa... " Farhan bersorak riang. Apalah yang dia tahu dalam usia yang masih begitu muda. Hanyalah keseronokan. Tapi sungguh malang nasib anak-anakku. Kehilangan kasih sayang mamanya. Terasa bergenang airmata di kelopak mataku. Tapi, segera aku seka dengan jariku.
"Azim nak ikut?" Azim hanya terpinga-pinga memandang aku. Mungkin masih belum memahami butir kata aku walaupun dia juga sudah pandai bertutur ayat-ayat yang senang.
"Kita nak jumpa kawan mama." Terangku walaupun aku tahu dia tidak memahami kata-kataku. Aku mengucup pipinya lagi.
"Ma? Nak... " Balas Azim lalu cuba melepaskan diri dari dukungan. Segera aku letakkan dia, terkedek-kedek dia berlari mengikut abangnya yang sedang bermain kapal terbang mainan pula.
Hmm... baik aku pergi mandikan budak-budak ni. Dah dekat pukul satu, nanti terlewat pula. Belumpun aku bangun, telefon berdering! Hatiku bagaikan terhenti seketika. Farahkah yang telefon? Dia tak jadi keluarkah? Dalam tertanya-tanya begitu, aku gagahkan diri untuk mengangkat telefon yang masih menjerit-jerit minta diangkat.
"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Khairul, ini mak nie." Kedengaran suara emak di hujung talian. Aku menghela nafas lega.
"Ya mak, ada apa hal?"
"Cucu-cucu mak apa khabar?"
"Mereka berdua baik mak. Janganlah mak risau." Perlahan sahaja suaraku menuturkan ayat.
"Bila kau nak bawa balik cucu-cucu mak tu? Mak dah rindu pada mereka. Khairul, berapa kali dah mak minta hendak menjaga anak-anak kau tu, tapi kenapa kau tak beri. Kenapa? Kau tak percayakan mak ke?" Sayu suara emak. Aku tahu, sejak kematian Linda, emak memang berhajat mahu menjaga Farhan dan Azim. Cuma aku sahaja yang keberatan hendak membiarkan emak menjaganya. Bukannya apa, kalau aku berikan pada emak menjaga Farhan dan Azim, apa pula kata emak dan ayah Linda. Mereka juga ingin membela cucu-cucu mereka ini. Takkanlah aku hendak membahagikan anak-anakku untuk dijaga. Aku tak rela mereka dipisah-pisahkan begitu. Jalan terbaik, biarlah aku yang menjaganya.
"Mak, bukan begitu. Saya rasa saya mampu menjaga mereka. Tak perlulah mak risau." Pujukku berhati-hati takut jikalau hati emak terguris.
"Carilah pengasuh buat budak-budak tu."
“Saya memang ada pengasuh untuk menjaga budak-budak. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja, saya akan hantar mereka ke rumah pengasuh tu. Semuanya berjalan baik mak. Janganlah risau." Aku tahu emak agak keras hati. Kena betul-betul memujuknya. Terdengar emak mengeluh perlahan. Dia mendiamkan diri agak lama. Mataku melingas ke jam di dinding. Lagi lima belas minit pukul satu. Tak boleh jadi, nanti aku terlewat.
"Err... mak, saya nak keluar bawak Farhan dan Azim makan." Beritahuku.
"Baiklah. Kalau ada masa nanti, baliklah kampung bawa anak-anak." Ucap emak sebelum mematikan talian. Aku hanya mengiyakan kata-kata emak. Setelah meletakkan ganggang telefon, aku bergegas mendukung Azim dan menuntun Farhan masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.

Bab 6 - Farah

Hampir setengah jam aku menunggu di sini tapi bayang Khairul dan anak-anaknya masih tidak kelihatan. Aku mula gelisah. Berkali-kali aku memandang jam yang tergantung cantik di dalam restoran ini. Takkan tak jadi pula. Tadi, dia yang beria-ia ajak.
"Hai, sorry aku lambat sedikit." Suara Khairul menyapaku dari belakang. Pantas aku menoleh, tapi bukan wajah Khairul yang menjadi tumpuan aku sekaran tetapi wajah mulus dua orang kanak-kanak yang berada di samping dan di dalam dukungannya. Kaku aku seketika.
"Mama.." Tiba-tiba sahaja anak yang berada dalam dukungan Khairul memanggil aku 'mama' lalu
menghulurkan tangan minta didukung. Aku sentak. Kupandang wajah Khairul yang juga kelihatan terkejut.
"Ini mesti Azimkan?" Aku membuka bicara untuk menutup rasa gugup dalam hati dan menyambut Azim dari dukungan Khairul. Khairul menyerahkan Azim kepadaku.
"Haah, ini Azim. Dan yang ini pula... ."
"A'an... " Jawab kanak-kanak itu lalu tersenyum manis. Khairul ketawa besar melihat keletah anaknya itu.
"Ini pula Farhan ya!" Soalku ramah. Dia pantas menganggukkan kepalanya. Azim pula senyap dalam dukunganku. Kubelai-belai tubuh anak kecil itu. Hatiku tiba-tiba sahaja sebak. Khairul mengambil tempat. Begitu juga diriku. Azim pula seperti melekat padaku.

"Comel anak-anak kau." Kataku sebaik sahaja memesan makanan. Khairul hanya tersenyum mendengarnya.
"Petah pulak tu... " Tambahku lagi. Kucubit pipi tembam Azim.
"Lupa pulak nak suruh diaorang salam dengan kau. Salam auntie." Pinta Khairul sambil memegang lengan Farhan. Farhan menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam denganku. Aku ketawa kecil lalu menyambut tangan kecil itu. Dia tunduk mengucup tanganku. Rasa damai menyusup ke dadaku. Di hatiku terdetik, walaupun tanpa kasih sayang mamanya, papanya masih mampu menjaga dan mengajar anak-anaknya dengan sempurna.
"Pandainya dia." Kataku lalu mengucup pipi Farhan pula. Dia tersenyum lebar.
"Auntie awan mama? Auntie tau mama dah ati? Sian mama... " Soal Farhan pelat. Aku memandang Khairul yang tersenyum mendengar. Aku mengangguk sambil menahan sebak di dada. Airmata ini bagaikan begitu mudah untuk menitis jatuh. Betapa rindunya anak ini pada mamanya... .
"Farah, budak-budak nie memang amat rindukan mamanya. Azim nie pulak, kalau nampak aku berbual dengan mana-mana perempuan, semuanya dipanggil mama. Farhan pula, mungkin tak paham apa maksud mati, tapi dia akan beritahu setiap orang bahawa mamanya dah mati." Mendatar sahaja suara Khairul. Di wajahnya terlakar kesedihan yang teramat sangat. Aku hanya mendiamkan diri. Lidah ini rasanya tidak mampu untuk membalas kata-katanya. Aku takut aku akan hilang kesabaran. Aku tidak mahu menangis di hadapannya. Kami kehilangan kata-kata seketika.
"Kau tak mahu cari pengganti mama mereka?" Soalku apabila kupastikan perasaanku sudah tenang.
"Memang niat di hati itu ada. Tapi, aku masih sayangkan arwah. Masih terasa akan kehadirannya di sisiku. Lagipun aku takut kalau-kalau penggantinya nanti tidak dapat menerima anak-anak aku. Aku tak kisahkan diri sendiri, cuma aku risaukan Farhan dan Azim. Aku pun kalau boleh tak mahu mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, tapi buat masa sekarang... aku belum bersedia mencari pengganti." Khairul seperti meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Dia melurutkan rambutnya ke belakang. Satu sikapnya yang aku kenali jika dia berada dalam keadaan keresahan. Tiba-tiba dia memandang wajahku dengan tajam. Kemudian pandangannya beralih pada Azim yang berada di pangkuanku. Tak lama kemudian, matanya beralih semula ke wajahku. Lama. Aku menjadi segan tiba-tiba.
"Kenapa?" Tanyaku untuk menutup rasa segan di hati. Dia pula seperti tersentak dan kemudiannya tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Nampaknya Azim suka dengan kau. Tak berenggang langsung." Balasnya lalu ketawa sedikit.
AKu hanya tersenyum senang. Kubelai-belai rambut Azim. Kata-kata Khairul tidak kubalas. Sebaliknya aku sibuk melayan pertanyaan Farhan tentang diriku. Walaupun baru berumur dua tahun setengah, tapi dia begitu petah hinggakan kadang-kadang aku tidak memahami butir katanya. Terpaksalah Khairul menterjemahkan kepada. Aku rasa sungguh bahagia hari ini. Agaknya beginilah kebahagiaan orang-orang yang sudah berkeluarga. Aku? Bilalah aku dapat merasai kebahagiaan seperti ini?

Bab 7 - Khairul

Televisyen yang terpasang tidak sedikitpun menarik minatku untuk melihatnya. Sebaliknya aku lebih senang berbaring dan merenung ke siling rumahku. Terasa sunyi mencengkam hidupku. Kalau dahulu, waktu-waktu begini Linda menemaniku menonton televisyen. Dia akan membuat milo panas buatku. sambil menonton, dia akan memicit-micit kepalaku. Dia memang seorang isteri yang baik. Tapi... .

Arghhh... . kenapa sampai sekarang aku bagaikan terasa dia sentiasa berada di sisiku. Kadang-kala bagaikan terasa kehadirannya di sisiku, hangat! Aku sudah seperti gila mengejar bayangnya. Oh Linda, abang rindukan Linda. Kenapa Linda tinggalkan abang? Tinggal Farhan dan Azim, anak-anak kita? Kenapa Linda? Setitis air mataku menitis di pipi. Segera aku kesat. Aku lelaki. Sepatutnya aku kuat dan tabah. Anak-anakku masih kecil. Mereka masih memerlukan aku. Tapi, mereka juga perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, siapa yang layak menggantikan tempat Linda. Aku tidak yakin, ada perempuan lain yang sebaik dan selembut Linda. Aku tidak mahu anak-anakku disiksa oleh ibu tiri mereka. Memarahi mereka pun aku tidak sanggup, inikan pula mahu memukul atau mencubit. Seekor nyamuk pun tidak akan kubiarkan menggigit dan menghisap darah anak-anakku. Aku terlalu menyayangi anak-anakku. Merekalah satu-satunya tinggalan Linda buatku.
Mungkin, Farah boleh menggantikan tempat Linda! Tingkah-lakunya saling tak tumpah sepertimu Linda. Setiap kali aku melihat Farah, sedikit sebanyak akan terubat rinduku buatmu, Linda. Tapi, mahukah Farah menerima aku? Seorang duda beranak dua sedangkan dia masih lagi anak dara? Mahukah dia menjaga Farhan dan Azim nanti? Aku... aku buntu... arggghhhhh... ... . Tapi aku perlu mencuba. Aku pasti memcuba... Sepantas kilat aku mencapai telefon lalu menekan nombor telefon Farah. Hatiku berdebar-debar. Lama aku menati, tapi tiada siapa yang menyambut. Jam di dinding berdenting. Mataku melirik ke dinding. Pukul dua pagi. Hmmm... patutlah tak berangkat. Dia sudah tidur. Aku juga yang bodoh sebab tak sabar-sabar. Aku tak boleh begini, nanti Farah akan menjauhkan diri daripadaku. Sepatutnya aku mendekatinya dengan perlahan-lahan. Tidak terlalu mendesak. Nanti aku juga melepas. Dah dua pagi. Esok hendak ke pejabat. Baik aku masuk tidur dulu.

Bab 8 - Khairul

Hujung minggu itu aku membawa pulang Farhan dan Azim untuk menemui datuk dan neneknya. Aku bertolak pada pukul 10 pagi dan lebih kurang pukul 2 petang aku sampai ke rumah emak. Kepulangan kami disambut gembira oleh mereka. Yalah, sudah hampir tiga bulan aku tidak pulang ke kampung kerana sibuk menyelesaikan kerja di cawangan yang baru. Sewaktu minum petang, kami sekeluarga selalunya duduk beramai-ramai di halaman rumah. Tambahan pula halaman rumah emak dibina satu taman kecil. Ayah yang bertangan kreatif, membuat taman kecil tersebut. Emak pula yang menanam pokok-pokok di situ. Terdapat juga kolam kecil dan air terjun bertingkat kecil yang dibina oleh ayah membuatkan persekitaran di situ begitu menyamankan. Farhan dan Azim, aku biarkan mereka bermain sesama mereka.
"Kesian ayah tengok budak-budak tu. Carilah pengganti mama mereka. Walaupun ayah tahu kau boleh menjaga dan membesarkan mereka sendiri, tapi lebih baik mereka membesar di bawah kasih sayang seorang ibu." Ayah memandang wajahku. Aku hanya tersenyum sedikit lalu melemparkan pandanganku ke arah emak yang sedang menatang sedulang air dan juga kuih seri muka.
"Jemput minum ayahnya, Khairul." Emak menuang air the ke dalam cawan lalu menghulurkan kepada ayah. Ayah menyambut cawan dari tangan emak lalu menghirup sedikit teh yang masih lagi berasap. Kemudian emak menuangkan teh ke dalam satu lagi cawan lalu menghulur kepadaku. Aku menyambutnya lalu meletakkannya semula.
"Farhan... Azim... mari minum dengan atuk dan opah!!" Laung emak kepada cucu-cucunya. Tak lama kemudian, terkedek-kedek kedua-dua beradik itu berlari mendapatkan kami bertiga di meja. Farhan terus menerkam kepada atuknya. Azim pula mendapatkan aku. Lantas aku mengangkatnya dan kududukkan dia di pangkuanku.

"Atuk, ari tu papa bawak Aan jumpa awan mama." Aku terpana sebentar. Takku sangka Farhan akan bercerita pertemuan aku dengan Farah.
"Iya? Siapa?" Ayah kelihatan berminat untuk mengetahui. Ayah berpaling kepadaku lalu tersenyum.
"Auntie... " Jawab Farhan lalu tersenyum. Ayah turut tersenyum lalu melayan cucunya itu minum petang. Aku memandang muka emak. Ada ketegangan di wajahnya.
"Kau bawa budak-budak nie jumpa siapa?" Perlahan tapi tegas. Itulah perangai emak yang amat kukenali apabila ada sesuatu yang tidak disukainya.
Hatiku mula berdebar-debar.
"Farah, kawan lama kami dulu. Dulu kami sepejabat, tapi dia berhenti sebab dapat kerja di KL. Tak sangka pula bila saya kerja di KL, bertembung dengan dia. Bahkan kami satu bangunan, cuma berlainan tingkat sahaja." Terangku perlahan.
"Sampai bawak anak-anak, ada apa-apa ker?" Giliran ayah pula menyoal aku. Tapi belumpun sempat aku menjawab, emak sudah mencelah.
"Kau dah dapat pengganti mama mereka ke?" Masam sahaja muka emak.
"Secara kebetulan kami berjumpa." Balasku lalu menghirup teh dari cawan. Aku menyibukkan diri dengan menyuap Azim kuih seri muka.
"Kubur Linda tu masih merah lagi. Cepatnya kau cari pengganti. Kau dah tak sayang pada Linda?"
"Emak... Saya tetap sayangkan dia. Dia tetap ibu kepada anak-anak saya. Tapi, takkan saya nak biarkan Farhan dan Azim membesar tanpa kasih sayang seorang ibu."
"Aku boleh jaga cucu-cucu aku. Kau saja yang tak mahu beri aku jaga!" Bila emak sudah membahasakan dirinya 'aku', itu tandanya dia sedang marah. Aku cukup susah hati bila emak begini.
"Awak nie... takkanlah nak biarkan budak-budak nie tak beremak. Biarlah Khairul kawin lain. Lagipun dia muda lagi. Yang awak macam tak suka kenapa?" Suara ayah juga berlainan. Mungkin seperti aku yang tidak memahami perasaan emak.
"Linda tu baru sahaja meninggal. Takkanlah dan nak kawin lagi. Apa kata besan kita nanti. Cepat sangat nak cari pengganti anak mereka." Emak masih mempertahankan tindakannya menghalang aku daripada berkahwin lain.
"Itu kata awak, entah-entah mereka tak kisah asalkan cucu-cucu kita nie dapat emak tiri yang baik, sudahlah." Balas ayah pula. Aku hanya mendiamkan diri.
"Takkan ada emak tiri yang layan anak tiri baik-baik. Mula-mula baiklah, lama-lama dideranya cucu-cucu kita nie. Tambah pula bila dah ada anak sendiri. Mereka nanti, dibiarkan saja. Entah-entah tak diberi makan. dibiarkan kelaparan." Sungguh teruk penyakit buruk sangka emak nie. Kadang-kadang aku jadi gerun. Aku belumpun menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lain, tapi emak sudah awal-awal lagi menunjukkan rasa tidak suka. Aduh... kes berat nie!
"Emak, yang emak marah-marah nie kenapa? Saya tak ada pun cakap nak kawin lain." Aku bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Yalah, buat masa sekarang... esok-esok, siapa tahu!" Balas emak lalu bangun dan menuju ke taman kecil di hadapan kami.
"Kau jangan layan sangat 'angin' mak kau tu. Perempuan, biasalah. Bab-bab kawin lain nie, sensitif." Aku ketawa kecil mendengar kata-kata ayah.
"Lawa tak kawan mama?" Ayah kembali menyoal Farhan yang sedang leka memasukkan kuih ke dalam mulutnya. Farhan hanya menganggukkan kepalanya kerana mulutnya penuh dengan kuih. Ayah ketawa melihat gelagat cucunya itu.

"Kalau kau rasa dia sesuai untuk gantikan tempat Linda, teruskan saja."
"Siapa?" Soalku spontan.
"Farah." Terkedu aku mendengarnya. Tak sangka pula ayah mengambil serius berkenaan hal ini. Aku sendiri pun masih berkira-kira untuk membuat keputusan.
"Nanti, bila kau balik ke sini lagi... bawalah dia bersama." Sambung ayah lagi. Mulutku bagaikan terkunci. Langsung tidak membalas kata-kata ayah.
"Pa, mama? Mama?" Azim bersuara dari pangkuanku.
"Kenapa dengan Azim tu?" Ayah menyoal kehairanan. Selalunya Azim kurang bercakap. Tapi, kerap kali Azim menyebut perkataan 'mama' kepadaku. Agaknya dia rindukan Farah.
"Agaknya dia rindukan Farah kot?" Jawabku teragak-agak. Kenapa pula?"
"Hari saya pertemukan mereka dengan Farah, Azim nie macam dah melekat dengan Farah. Langsung tak mahu pada saya. Asyik mahu Farah sahaja mendukungnya. Jumpa saja terus dipanggilnya Farah tu mama. Terkejut juga saya. Agaknya, dia terlalu rindukan mama dia." Terangku dengan jelas.
"Nampak macam ada keserasian pada mereka. Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya mereka dapat menumpang kasih seorang ibu dari Farah. Jangan tunggu lama-lama Khairul... " Ayah nampaknya tidak sabar-sabar.
"Ayah nie. Kami bukannya ada apa-apa. Lagipun takkanlah Farah mahukan saya. Sudahlah duda, ada anak pula."
"Hati perempuan Khairul, sukar dijangka. Apa-apa pun cuba dululah." Ayah memberi semangan kepadaku.
"Tapi, mak... "
"Pedulikan emak kau tu. Tahulah ayah memujuknya." Yakin sungguh ayah ketika mengeluarkan kata-katanya itu. AKu menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Susah nie! Farah tak tahu menahu pun lagi. Ayah bagaikan mahu meminang Farah secepat mungkin. Masalah besar nie.
"Errr... Khairul." Panggil ayah.
"Iya?" Aku menyahut.
"Farah tu sudah berpunya ke belum?" Pertanyaan dari ayah menyentak dadaku. Kenapa aku tidak terfikir akan hal itu sebelum ini. Aku sibuk-sibuk mahukan dia menjadi ibu kepada Farhan dan Azim tetapi tidak pula aku terfikir samada dia sudah punyai kekasih atau pun tidak. Entah-entah tunangan orang.
"Baik pastikan dahulu status dia, Khairul." Ayanh menyambung katanya apabila melihat aku terpinga pinga. Aku menganggukkan kepalaku perlahan. Jikalau tadi, hatiku begitu bersemangat tapi sekarang... bagai terhempas di atas batu. Tapi... belum cuba, belum tahu...

Bab 9 - Farah

Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam pejabat, kulihat ramai orang mengerumuni mejaku. Aku mempercepatkan langkahku.
"Ada kenduri ke?" Soalku begurau sebaik sahaja mendekati kumpulan rakan-rakan yang mengelilingi mejaku. Mereka semua berpaling serentak kepadaku.
"What?" Soalku sekali lagi sambil mengangkat kening.
"Ada orang beri kau bunga." Jawab Hanim lalu menghulurkan jambangan indah bunga lili kepadaku. Terpegun aku sebentar.
"Cantiknya... " Ucapku perlahan tapi sudah cukup untuk didengari oleh mereka.

"Siapalah yang bertuah tu ye?" Sakat Harun, pegawai\ tadbir di pejabatku ini. Aku tidak segera menjawab sebaliknya membelek-belek jambangan bunga lili tersebut.
"Tak sangka kau nie ada peminat ye!" Kata Rashid pula, seorang pegawai kewangan.
"Habis kau ingat aku nie tak laku ke?" Balasku bersahaja.
"Tak adalah. Aku tangok kau nie garang semacam. Orang nak dekat pun takut." Balasnya lalu ketawa. Aku turut ketawa. Memang kalau orang tidak mengenali secara betul-betul, orang akan mengatakan aku ini seorang yang sombong. tetapi bukan begitu. Sebenarnya aku tidak suka berbual sesuatu tanpa memberi faedah kepadaku. Aku juga sangat komited terhadap kerjaku hinggakan aku janrang untuk keluar bersosial walaupun kadang-kadang aku mendapat jemputan dari rakan-rakan. Alasan yang kuberikan, banyak kerja!
"Korang tak ada kerja ker nak buat? Nak bertenggek kat meja aku selama-lamanya ke?" Perliku lalu tersenyum.
"Eleh, baru dapat bunga dah eksyen." Jawab Hanim lalu beredar dari mejaku. Aku ketawa melihat gelagatnya. Alah, dia bukannya merajuk.. saja tu! Sedikit-demi sedikit mereka mula beredar dari mejaku. Aku kembali membelek-belek jambangan tersebut. Yang sebenarnya aku mencari kalau-kalau ada terselit kad dari si pemberi. Tapi, tiada. Aku mengeluh hampa. Aku meletakkan jambangan bunga tersebut di sisi mejaku. Aku mengemas mejaku yang agak berselerak. Tiba-tiba jari-jemariku menyentuh sekeping sampul surat berwarna pink. Segera aku membukanya.
Harap kau sudi menerima jambangan lili dariku. Kuharapkan jua kau sudi untuk menerima ajakanku untuk makan tengahari bersama hari ini, boleh?

Kasih Di Hujung Rindu 3

Khairul... . jambangan ini dari dia. Tapi mengapa pula? Telefon sajalah kalau mahu mengajakku keluar makan. Tak perlulah sampai menghantar bunga. tapi, kenapa dengan dia nie? Macam ada sesuatu sahaja...
"Melamun lagih?" Aku terkejut mendengar sergahan dari Hanim yang sudah berdiri di sebelahku.
"Kau nie, buat aku terkejut saja. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah arwah." Kataku sambil mengurut dadaku perlahan. Dia hanya tersengih.
"Dari siapa?" Soalnya lagi lalu mengambil kad kecil dari tanganku. Aku biarkan sahaja.
"Khairul?" Terbeliak matanya setelah membaca kad kecil itu. Dia mengambil kerusi di mejanya lalu di sorongnya berdekatan dengan mejaku lalu duduk di kerusi itu.
"What?" Tanyaku tanpa memandang wajahnya.
"Hmmm... dia ajak lunch. Satu permulaan yang baik." Hanim mengulum senyum.
"Alah, ajak lunch saja. Bukannya ada apa-apa. Ajakan dari seorang teman. Balasku berhati-hati, tidak mahu Hanim mengetahui bahawa hatiku ini berdetak kencang.
"Siap hantarkan bunga lagi. Nie mesti ada apa-apa nie." Usik Hanim lagi.
"Manalah aku tahu. Dia dah kasi bunga, aku terima sajalah. Bukannya aku yang rugi."
"Nie mesti kau ada affair dengan dia kan?"
"Mana ada?" Pantas aku menjawab. Meletus ketawa Hanim hingga menarik perhatian rakan sepejabat. Ada yang memandang sambil tersenyum dan ada juga yang menggelengkan kepala melihat gelagat Hanim itu.
"Ish kau nie, coverlah sikit gelak tu. Kau tu bukannya anak remaja nak ketawa besar macam nie. Kau tu... "
"Dah jadi bini orang." Sambung Hanim sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.
"Tahu pun." Jawabku lalu mencubit lengannya. Dia mengaduh dan pantas dia mencubit lenganku pula.
"So, macam mana?"
"Macam mana apa?" Jawabku sambul menggosok-gosok bekas cubitan Hanim tadi. Perit ku rasakan kulit lenganku.
"Buat-buat tanya pula. Jadi tak kau keluar dengan dia?" Soal Hanim lagi.
"Tengoklah dulu... " Bersahaja aku menjawabnya. Aku tahu Hanim tidak berpuas hati dengan jawapanku. Sebelum sempat dia membuka mulut aku terus mengajaknya ke kedai untuk membeli sarapan. Makin dilayan, makin menjadi pula si Hanim nie...

Bab 10 - Farah

Aku keresahan menanti Khairul di kaki lima bangunan pejabat. Entah mengapa hatiku ini begitu berdebar-debar. Berkali-kali aku melirik ke pergelangan tanganku untuk melihat waktu. Jarum jam itu bagaikan terlalu cepat bergerak. Jika boleh diputarkan kembali masa, akan aku putarkan semula pada waktu aku menelefon Khairul tadi, dan mengatakan aku tidak dapat keluar makan bersamanya tetapi persetujuan telah kuberi. Dan sekarang aku hanya perlu menunggunya keluar dari pejabat.
"Kenapa gelisah sahaja?" Kedengaran suara Khairul menyapaku dari belakang. Aku pantas berpaling lalu tersenyum. Dia membalas senyumanku.
"Tak ada apa-apa." Jawabku agak gugup. Gugup melihat penampilannya. Walaupun hanya berkemeja putih tanpa tali leher dan lengan kemejanya itu dilipat ke paras siku dan berseluar slack hitam, dia nampak begitu tampan bagiku. Walaupun berpuluh-puluh kali aku melihatnya, dia tetap amat menarik bagiku. Kalau tidak, takkanlah setiap kali aku melihatnya, aku akan jatuh cinta padanya. Hmmm, mungkin aku nie dah angau tahap kronik ni. Tak lama lagi boleh daftar kat Tampoi.
Dia hanya tersenyum padaku lagi. Terserlah lesung pipitnya dan bibirnya yang kemerahan tanda dia tidak merokok.
"Cantik kau hari ini." Pujinya padaku sambil tangannya menekan suis kereta.
"Terima kasih." Balasku tersipu-sipu.
"Tak mahu puji aku pula?" Sambungnya pula. Aku hanya ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala. Dia juga ketawa melihat gelagatku lalu mempersilakan aku masuk ke keretanya. Setelah menutup pintu kereta dan memasang tali pinggang keledar, dia mula menghidupkan enjin kereta.
Berderum bunyi enjin keretanya. Suasana tika itu begitu sepi. Aku kehilangan kata-kata. Mataku tidak memandang padanya sebaliknya tepat memandang ke arah depan.
"Kenapa senyap?" Soalnya. Aku mengalihkan pandanganku epadanya. Wajahnya sedikit serius. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Sejak bila pulak jadi bisu nie?" Soalnya lagi. Aku etawa sedikit.
"Atau aku mengganggu lunch date kau hari nie?" ambungnya pula lalu memulakan perjalanan. Wajahnya tika ini nampak keresahan.
”Tak adalah." Pendek sahaja jawapanku. Aku kembali mengalihkan pandanganku ke luar tingkap.
"Ataupun bergaduh dengan pakwe? Sorrylah sebab aku mengganggu date kau hari ini. Sepatutnya kau beritahu aku yang kau ada date dengan pakwe kau. Tak payahlah kita lunch sama hari nie." Serkapnya lagi. Kali ini aku ketawa besar. Lucu melihat wajahnya yang kelihatan tegang.
"Apa yang lucunya?"
"Tak ada-apa." Balasku sambil menahan sisa-sisa tawaku.
"Habis tu kenapa kau gelak?" Soalnya masih tidak berpuas hati.
"Kau nie Khairul, masih tak berubah. Suka sangat membuat andaian sendiri." Jawabku sambil
tersenyum lebar.
"Maksud kau?" Ketika itu dia memberhentikan kereta kerana lampu isyarat berwarna merah. Kesempatan itu diambil dengan menatap wajahku.
"Aku tak ada lunch date dengan sesiapa pun hari ini kecuali dengan kau. Dan satu lagi, aku still single tau!" Terangku lalu ketawa. Riak wajahnya berubah.
"Oh! Ye ke? Aku ingatkan dah kacau line kau. rupanya masih single. Takkan tak 'sangkut' dengan mana-mana lelaki?" Wajahnya kembali ceria dan mula memandu semula setelah lampu isyarat bertukar kepada hijau.
"Tak ada siapa yang hendakkan aku. Lagipun aku nie bukannya cantik sangat." Jawabku merendah diri. Dia hanya tersenyum.
"Butalah lelaki yang kata kau tak cantik. Kau cantik, cuma kecantikan kau itu terselindung di sebalik sikap kau yang tak suka bercampur orang. Aku kenal kau dah lama Farah. Dan sudah masak dengan perangai kau yang antisosial tu." Balas Khairul.
"Aku bukan antisosial. Tapi memang perangai aku yang tak suka sangat keluar merambu ke sana-sini." Aku membetulkan tanggapan negatifnya terhadapku.
"Takkanlah tak ada yang 'sangkut' pada kau Farah?" Soalnya lagi. Ish dia nie, beria-ia sangat nak tahu kenapa? Aku bukannya adik dia. Buat apalah nak susahkan hati dengan ke'solo'an aku nie.
"Ada tu adalah... tapi semuanya suami orang, tunang orang... ! Aku tak naklah. Kalau duda OK la.." Jawabku bergurau.
"Duda macam aku?" Perlahan sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Aku pantas berpaling ke arahnya. Wajahnya kelihatan tenang memandang ke jalan raya di hadapannya.
"Aku... aku minta maaf. Bukan aku nak sindir kau... aku cuma bergurau saja. Sorry... " tergagap-gagap aku menuturkan kata maaf kepadanya. Aku betul-betul lupa bahawa lelaki di sebelahku ini sedang memegang status duda. Hish.. mengapalah mulut nie cabul sangat hari ini? Dia tersenyum sedikit dan memandangku sepintas lalu. Dia senyap seketika sebelum menyambung kata.
"Kenyataan Farah. Buat apa aku nak marahkan kau. Memang aku duda. Duda beranak dua."
"Khairul, aku... "
"It's OK. Aku tak marahkan kau. Hmmm, kalau duda macam aku yang pinang kau, kau terima tak?" Khairul cuba bergurau padaku. Walaupun terasa sedikit janggal, aku gagahkan diri untuk tersenyum.
"Tengoklah keadaan." Jawabku ringkas.
"Tengoklah keadaan? Lain macam saja bunyinya."
"Ajal dan maut begitu juga jodoh dan pertemuan, kehendak Tuhan. Tak siapa dapat menghalangnya. Kalau dah ditakdirkan jodoh aku dengan duda, aku terima. Asalkan dia dapat terima aku dan menyayangi aku, sudah cukup buatku." Terangku berhati-hati agar tidak terkeluar perkataan yang bakal menyentuh hatinya lagi.
"Tak boleh menyerah bulat-bulat pada takdir Farah. Sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk mencari jodoh sendiri." Nasihat yang keluar dari mulutnya, bagaikan angin lalu sahaja padaku. Sudah acapkali dia menuturkan begitu kepada aku. Sudah lali aku mendengarnya.

"Eh, kau nie buka topik pasal jodoh nie kenapa? Bukankah kau ajak aku keluar makan, bukannya nak dengar cerita bab jodoh nie." Aku mula bosan apabila soal jodoh menjadi topik perbualan. Topik yang sama juga akan aku dengari bila aku pulang ke kampung. Memanglah, dengan umurku yang sudah menjangkau 29 tahun, sepatutnya sudah berumahtangga. Sekurang-kurangnya mempunyai seorang cahayamata. Tetapi, pintu hatiku belum terbuka untuk menerima seorang lelaki yang bergelar suami buatku.

"Kau tu mulalah. Bila saja bercakap pasal jodoh, kau mula nak tukar topik. Macam-macam alasan diberi. Tak sesuailah... rendahlah... gelaplah... kedinglah... " Dia mula berleter padaku. Ini yang buat aku hilang selera nak makan nie.
"Kau nie, macam mak aku pulak. Membebel saja." Kataku. Tika itu dia sudah memparkir kereta di hadapan Restoran Roxary. Aku lantas membuka pintu kereta lalu keluar. Setelah menutup kembali pintu kereta, aku cepat-cepat berjalan meninggalkan dia dan menuju ke Restoran Roxary. Dia pula cepat-cepat menyaingi langkahku. Akhirnya dia berjaya menyamakan rentak langkahku dan sama-sama beriringan ke restoran tersebut.
"Janganlah merajuk. Nanti tak ada yang nak meminang kau bila tengok muncung kau tu. Boleh ikat dengan getah nie." Guraunya lalu ketawa. Aku pada mulanya ingin memarahinya tidak jadi bila melihat dia menghulurkan gelang getah entah dari mana dia kutip dan dihulurkan kepadaku. Akhirnya aku menumbuk lengannya dan ketawa bersama-sama dengannya.

Bab 11 - Khairul

Terdesak sangatkah aku? Pertanyaan ini sering berlegar-legar di dalam fikiranku. Kenapa aku begitu cepat mencari pengganti Linda. Dan kenapa pula Farah menjadi pilihanku bukan orang lain. Anak-anak aku pula nampaknya semakin suka pada Farah. Boleh dikatakan setiap hari mereka bertanya mengenai Farah.
"Apa yang kau menungkan tu?" Sapa Farah dari belakang. Sebenarnya aku dan Farah bersama anak-anakku datang ke taman permainan. Farhan yang mendesak mahu datang ke sini. Tapi, dia mahu Farah ikut bersama.
"Tak ada apa-apa. Mungkin penat agaknya." Balasku lalu memberikan sedikit ruang pada Farah untuk duduk di kerusi di sebelahku. Dia sedang mendukung Azim yang sedang leka menjilat aiskrim coklat di tangannya.
“Kau tu kalau kerja, tak ingat dunia. Janganlah terlalu sibuk bekerja, nanti kau sakit, siapa nak jaga budak-budak nie." Farah memang seorang yang mengambil berat. Aku amat senang dengan sikapnya itu.
"Habis tu, cawangan aku tu baru sahaja dibuka. Kenalah kerja lebih sikit."
"Kerja.. kerja jugak. Tapi kesian aku tengok Farhan dan Azim nie. Kau cepat-cepatlah cari pengganti mama mereka. Biar mereka ini membesar dengan asuhan seorang ibu." Ujar Farah lagi sambil tangannya sibuk mengelap sekitar mulut Azim yang comot.
"Aku pun ada terfikir begitu. Tapi aku rasa masih terlalu awal. Nanti apa pula kata orang." Balasku pula sambil merenung wajahnya lama. Dia menyedari aku sedang merenungnya berpaling ke arah lain. Merona merah pipinya, mungkin malu direnungku!
"Pedulikan kata orang. Orang tak tahu kesulitan yang kau hadapi. Mereka hanya nampak luaran, dalaman siapa yang tahu. Kau saja yang tahu dan merasainya."
"Entahlah Farah. Kadang-kadang aku rasa tak ada orang yang paling layak menggantikan tempat Linda sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Aku takut kalau-kalau mereka beribu tiri, nanti didera pula anak-anakku itu." Aku menyuarakan rasa hatiku padanya. Dia berpaling semula kepadaku, sekejap sahaja dan kemudiannya berpaling memerhatikan Farhan yang sedang bermain buaian di tengah-tengah taman itu.
"Tak semua ibu tiri itu kejam. Takkanlah orang terpelajar seperti kau masih dibelenggu dengan kisah-kisah seperti itu. Janganlah cari orang yang kau tak kenal hati budinya. Carilah orang yang kau sudah kenal lama. Yang kau sudah memahami dirinya. Tak elok biarkan mereka ini membesar dalam ketandusan kasih sayang ibu." Dia menarik nafas seketika. Aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya membiarkan dia mengeluarkan pendapatnya. Seketika kemudian Farhan berlari dan menerpa ke arah Farah. Lihat, betapa manjanya anak-anakku dengannya. Bagaikan Farah itulah ibu mereka.
"Memang tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan tempat Linda dalam hidup kau. Linda adalah wanita yang teramat istimewa di hati kau. Tapi, berilah peluang agar ada wanita lain yang dapat menyalurkan kasih sayang ibu buat Farhan dan Azim. Walaupun dia tidak sesempurna Linda, sekurang-kurangnya dia dapat menjaga dan menyayangi Farhan dan Azim bagaikan anaknya sendiri. Tapi kalau nak cari, biar mereka betul-betul memahami anak-anak kau nie. Walaupun mereka ini nakal, tapi sebenarnya mereka ini nakal disebabkan ingin menarik perhatian kita, orang tua." Begitu panjang lebar dia menasihati diriku. Saling tak tumpah seperti sikap Linda. Kalau tak, takkanlah dulu mereka berdua\ dikenali sebagai 'kembar tak seperut'.
"Cari perempuan yang memahami anak-anakku?" Aku menyoalnya kembali. Dia menganggukkan kepalanya pantas.
"Seperti kau yang begitu memahami anak-anakku?" Berubah wajahnya. Dia menundukkan wajahnya.
"Kau begitu memahami perangai anak-anakku. Lagipun Farhan dan Azim juga nampaknya begitu manja dengan kau. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Adakah ini bermaksud kau... ."
"Khairul!!!" Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia memanggil namaku dengan suara yang agak keras.
"Aku... . aku.. bukannya maksudkan diriku sendiri. Tapi, aku cuma berikan ciri-ciri yang perlu ada perempuan itu jikalau mahu menjadi ibu kepada Farhan dan Azim dan juga sebagai isteri kau." Perlahan sahaja dia berkata-kata dengan sedikitpun tidak memandang wajahku.
"Tapi, semua ciri-ciri yang kau katakan itu ada pada kau. Jadi, apa salahnya kalau... "
"Please... ." Sekali lagi dia memintas percakapanku. Kali ini dia sudah berdiri dengan muka yang kemeraha-merahan. Tak tahulah samada dia malu atau menahan marah.
"Aku... aku nak balik!" Tegasnya. Seketika dia menunduk dan mengucup pipi Farhan dan Azim. Kemudian dengan tergesa-gesa dia mengambil beg tangannya dan berlari-lari anak menuju ke keretanya. Farhan dan Azim terpinga-pinga melihat pemergiaan 'mama' mereka. Begitu jua dengan diriku.

Bab 12 - Farah

Mustahil!!! Mengapa aku? Mengapa tak cari sahaja orang lain? Mengapa aku? Aduh... sakitnya kepala aku memikirkan ini. Aku mundar-mandir seorang diri di dalam bilik. Sekejap aku pandang ke luar tingkap. Sekejap aku duduk di birai katil dan sekejap pula aku bangun dan mengadap cermin meja solekku. Serba tak kena aku sejak pulang dari taman tadi. Kejamkah aku meninggalkan mereka begitu sahaja tadi? Mengapa aku mengambil tindakan seperti itu tadi? Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka terpinga-pinga melihat aku berlalu pergi tadi. Auntie minta maaf... Air mata sudah bergelen-gelen turun mencurah-curah di pipiku. Sudah berapa kali aku menahan daripada menangis. Tapi semakin ditahan, semakin laju ianya menuruni pipiku. Telefonku menjerit-jerit minta diangkat. Kali ini sudah hampir sepuluh kali dia berdering. Aku tahu, sudah pastinya itu panggilan dari Khairul. Aku tak mahu bercakap dengannya. Fikiranku runsing. Aku buntu. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan. Masih terngiag-ngiang lagi kata-kata Khairul di telingaku.
'Kau begitu memahami perangai anak-anakku. Lagipun Farhan dan Azim juga nampaknya begitu manja dengan kau. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Adakah ini bermaksud kau... .' Tidakkk!!! Aku tak boleh menggantikan tempat Linda. Sungguhpun aku sayangkan Farhan dan Azim, tapi itu tidak bermakna aku perlu menggantikan tempat mama mereka. Terasa seperti aku mengkhianati persahabatan kami.
Aku membenamkan mukaku ke bantal. Entah berapa lama aku menangis sehingga terlena. Aku hanya terjaga apabila mendengar bunyi loceng pintu dibunyikan berkali-kali. Dengan malas aku bangun lalu menghadap cermin. Kubetul-betulkan rambutku yang agak kusut. Hmmm... mataku merah dan sedikit bengkak. Teruk juga aku menangis tadi. Aku cuba mengorak senyuman. Perlahan-lahan aku melangkah ke luar bilik dan menuju ke pintu utama. Terbuka sahaja pintu...
"Farah... "
"Khairul" Dia berada di hadapanku sekarang. Aku terpaku seketika.
"Please... beri aku peluang untuk berterus-terang." Mendatar sahaja kata-katanya. Aku hanya mendiamkan diri.
"Ermm... kau duduklah dulu di taman, sekejap lagi aku datang." Aku berpaling lalu menuju ke dapur. Di dapur, aku termenung sebentar. Kemudian aku mencuci mukaku di sinki. Aku perlu kuatkan semangat. Aku mesti berani berdepan dengannya. Kulihat jam di dinding. Hampir pukul enam setengah. Dengan tidak melengah-lengahkan masa, aku mengambil botol gula dan teh untuk membancuh air untuknya. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, aku keluar menatang sedulang air dan sedikit kuih. Aku letakkan di atas meja lalu menuangkan teh ke dalam cawan lalu ku hulurkan kepadanya. Dia menyambut cawan tersebut lalu menghirup sedikit. Aku tahu matanya tidak lepas-lepas memandang tepat ke arahku. Hanya aku buat tak tahu sahaja.
"Mana anak-anak?" Soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku ke kerusi.
"Aku hantar kepada pengasuhnya sebentar. Malam nanti aku ambil semula." Jawabnya perlahan. Kami kembali terdiam. Suasana dirasakan begitu sepi. Aku menanti-nanti kata darinya. Tetapi, dia hanya menundukkan wajahnya. bermain-main dengan jarinya.
"Aku... aku minta maaf kalau permintaanku tadi terlalu mendadak." Khairul mula bersuara. Aku memandang wajahnya. Riak wajahnya agak tegang.
"Sudah lama aku fikirkan mengenai pengganti mama mereka. Dan aku memang mencari-cari calon yang sesuai. Setelah lama mencari, dan akhirnya aku temui. Dan rang itu tak lain dan tak bukan adalah kau sendiri." Khairul berterus-terang kepadaku. Aku sendiri tak tahu apa yang patut aku katakan. Rasa gembira dan serba-salah saling berganti di dalam
hatiku. Aku hanya mengeluh sedikit tapi cukup untuk didengarinya.
"Kenapa aku?" Soalku bergetar.
"Aku hanya mengharapkan kebahagiaan anak-anakku. Aku tahu, aku tak mampu untuk memberikan kasih sayang seorang ibu pada mereka. Setelah berjumpa dengan kau semula, entah mengapa hatiku seolah-olah berkata pada diriku sendiri bahawa, calon yang aku cari-cari selama ini telah kutemui. Aku sengaja membawa anak-anakku berjumpa dengan kau. Aku mahu membiarkan mereka rapat dengan kau. Agar senang mereka menerima diri kau kelak. Nampaknya, aku tak perlu berusaha keras kerana memang anak-anakku menyukai kau. Malah mereka beranggapan bahawa kau adalah ibu mereka. Aku tahu kau mungkin terkejut atau mungkin juga kau marah dengan tindakanku ini, tapi kau fikirlah. Aku sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan anak-anakku." Begitu panjang lebar dia meluahkan perasaannya padaku. Dadaku sebak mendengar keluhan hatinya.
"Tapi, mengapa aku?" Soalan yang sama kuutarakan sekali lagi.
"Hanya kau yang layak menggantikan tempat Linda pada anak-anakku dan pada diriku sendiri." Jawapannya membuatkan aku terkedu sebentar. Memang aku amat menyayanginya suatu tika dahulu dan sentiasa mengimpikan bahawa dia akan menjadi suami ku suatu hari nanti. Tapi, harapanku itu hancur setelah aku ketahui bahawa dia bertunang dengan Linda. Sejak itu, harapanku itu aku benamkan sahaja jauh di lubuk hatiku. Tapi kini, dia kembali semula ke sisiku. Ini bermakna impianku dulu akan tercapai. Tapi, mampukah aku menjadi ibu buat Farhan dan Azim sekaligus menjadi isterinya.
"Farah, sudikah kau menjadi ibu buat Farhan dan Azim, sekaligus menjadi isteriku?" Dia... dia melamar aku? Adakah apa yang aku dengar ini betul atau aku sedang bermimpi?
"Aku... . aku... ." Aku kehilangan kata-kata.

Kasih Di hujung rindu 4

Bab 13 - Khairul

"Emak... cubalah faham keadaan saya nie. Cucu-cucu mak nie ketandusan kasih sayang seorang ibu. Biarlah saya berkahwin dengan Farah." Aku masih tidak putus-putus memujuk emak semenjak aku tiba malam semalam.
"Aku tak mahu cucu-cucu aku beribu tiri. Nanti dideranya anak-anak kau tu. Aku sendiri boleh jaga mereka berdua tu. Kau saja yang keberatan." Emak mendengus.
"Baru setahun Linda pergi, kau dah sibuk hendak kahwin lain." Tambah emak lagi lalu memalingkan wajahnya.
"Bukan begitu mak. Saya buat begini demi kebahagiaan Farhan dan Azim."
"Kau nie yakin sangat yang budak perempuan tu boleh jaga Farhan dan Azim sebagaimana Linda jaga mereka dulu." Emak masih sangsi terhadap keupayaan serta kebolehan Farah walaupun telah banyak aku memuji-miji Farah di hadapannya.
"Saya yakin dan saya jamin Farah akan menjadi seorang ibu yang baik serta isteri yang solehah pada saya. Saya kenal dia hampir tujuh tahun. Saya tahu baik buruknya. Dia bukannya seorang yang suka keluar berpoya-poya. Dia seorang gadis yang masih terpelihara maruahnya walaupun sudah lama menetap di kota sana. Dia tidak pernah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang sering kita dengar saban hari."
"Beria-ia kau menyebelahi dia. Belum kahwin lagi dah nampak kau melebihkan dia dari mak. Bila dah kahwin nanti, mak pon kau dah tak ingat. Asyik dok mengulit bini baru kau tu." Tempelak emak kepadaku. Terpempan aku seketika. Begitu sekali emak beranggapan buruk terhadapku. Aku mengusap kepalaku beberapa kali. Aku cuba mencari ayat yang dapat meyakinkan bahawa Farah adalah seorang gadis yang elok perangai dan sifatnya. Dan aku begitu yakin dia takkan mensia-siakan Farhan dan Azim. Lagipun aku tahu, Farah memang sayangkan Farhan dan Azim.
"Farah gadis baik mak. Lagipun dia kawan Linda dulu. Kalau mak dapat tengok cara dia melayan Farhan dan Azim, tentu mak yakin bahawa hanya Farah sahaja yang dapat menggantikan tempat Linda." Aku berjalan mundar-mandir di hadapan emak di ruang tamu. Tv yang terpasang sedikit pun tidak menarik minatku untuk menonton. Farah sudah memberikan persetujuan begitu juga ayah. Hanya tinggal emak sahaja. Emak... mengapa hatimu ini begitu keras??
"Iyalah... baik sebelum kahwin. Dah kahwin nanti, dengan kau sekali tak pedulikan cucu-cucu aku tu."
"Kenapalah awak nie buruk sangka sangat?" Ayah mencelah di tengah-tengah ketegangan antara aku dan emak. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dengan campur tangan dari ayah akan mempengaruhi keputusan emak.
"Bukannya buruk sangka, saya cuma tak mahu cucu-cucu kita kena siksa... kena dera." Jawab emak lalu menjeling pada ayah yang melabuhkan punggungnya di sebelah emak.
"Dulu sewaktu si Khairul minta nak kahwin dengan Linda, awak tentang juga. Kata Linda tu tak sesuailah, tak boleh beri kebahagiaan pada Khairullah... macam-macam awak tuduh dia. Bila dah kahwin, terbukti apa yang awak sangkakan itu, tak betul. Malah jadi menantu kesayangan awak pula. Sudahlah Limah. Cukuplah dengan perangai awak itu. Kita nie dah tua. Tak tahu bila masa nak pergi. Lagipun Khairul masih muda. Biarlah dia kahwin. Sekurang-kurangnya boleh kita tambah cucu lagi." Kata-kata terakhir ayah mencuit hatiku. Aku ketawa kecil. Ayah pula senyum meleret sambil melirik kepadaku.
"Ke situ pulak perginya." Balas emak yang kulihat sudah reda kemarahannya. begitulah perangai emak, walau setinggi mana marahnya, akan reda apabila ayah mula bersuara menentang keputusannya. Agaknya sebab itulah, rumahtangga yang telah dibina sejak 30 tahun dahulu tetap kukuh, malah bertambah teguh dengan kehadiran Farhan dan Azim.
"Emak, macam mana?" Soalku lagi. Emak memandangku. Kemudian pandangannya beralih kepada ayah. Kemudian mengeluh dan mendiamkan diri. Sikapnya begitu sedikit meresahkan aku. Aku berlutut di hadapan emak. Aku menggenggam erat tangannya.
"Emak... restuilah perkahwinan saya untuk kali kedua ini. Saya berjanji tidak akan melupakan emak dan ayah saya sudah beristeri nanti. Malah saya pasti bahawa Farah akan menyayangi anak-anak saya seperti anak-anaknya sendiri." Ucapku lalu mengucup tangannya lembut. Terasa tangan emak mengusap kepalaku, hangat. Aku tahu, sekeras manapun hati emak, dia tetap akan menyokong keputusanku.
"Bawalah dia datang berjumpa dengan kami." Aku mendongak memandang wajah emak. Bergenang-genang air mata di kelopak matanya. Aku kembali mengucup tangan emak tanda terima kasih. Ayah menepuk-nepuk bahuku tanda menyokong keputusanku. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum kelegaan.

Bab 14 - Farah

"Takkan di Malaysia nie dah tak ada anak teruna, sampai kau nak kahwin dengan duda tu?" Abah bersuara membuatkan perutku seakan kecut. Abah amat jarang berbual-bual denganku. Dan aku amat menghormatinya sehinggakan timbul perasaan takut dalam diriku. Berbeza dengan emak yang begitu akrab denganku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku memandang ke wajah emak yang duduk di sebelah abah. Aku mengerutkan dahi kepada emak agar dia memahami isyaratku supaya membantuku untuk menjawab soalan abah. Tapi, emak buat-buat tidak faham. Aku menarik nafas seketika sebelum menjawab pertanyaan dari abah.
"Bukan begitu abah. Sudah jodoh saya dengan dia." Jawabku perlahan. Sedikitpun aku tidak berani menentang mata abah. Abah merengus perlahan. Aku tahu, dia bukannya marahkan aku kerana mahu mengahwini seorang duda tetapi, kalau boleh dielakkan lagi elok. Sedangkan dulu sewaktu emak mengahwini abah, abah juga seorang duda beranak satu. Mungkin dia tidak mahu aku mengikut jejak langkah emak yang mengahwini seorang duda.
"Alah, abahnya... apa salahnya. Bukannya kita tak kenal si Khairul tu. Dah macam anak kita sendiri. Diakan selalu datang bersama dengan arwahnya Linda dulu. Cuma selepas Farah berpindah kerja, kita langsung tak berjumpa dengan mereka. Sampaikan Linda 'pergi' pun, kita tak tahu." Kata-kata dari emak membuatkan aku berasa sedikit lega. Memang aku sudah memberitahu pada emak dan abah tentang Linda. Mereka pada mulanya amat terkejut dengan berita yang ku bawa, tetapi mereka akur dengan ketetapan Ilahi.
"Abah bukannya menghalang, tapi abah rasa macam tak sedap hati hendak melepaskan Farah berkahwin dengan dia. Lagipun dia ada anak. Macam mana Farah hendak sesuaikan diri dengan anak-anak tiri. Tengok macam kakak kamu, tak mahu dia tinggal dengan emak kamu nie. Dia lebih rela duduk dengan opah sebelah arwah ibunya. Inikan pula kamu yang akan tinggal serumah dengan mereka. Abah takut kalau kau tak sesuai tinggal dengan budak-budak. Kau tu anak tunggal kami. Mana ada adik-beradik yang lain." Abah meluahkan kesangsiannya terhadap kesanggupan aku untuk menjaga bakal anak-anak tiriku itu.
"Itu abah tak perlu risau. Saya dah berjumpa dengan anak-anak Khairul. Mereka nampaknya menyenangi saya dan malah menganggap saya sebagai ibunya. Mungkin mereka kehilangan seorang ibu sewaktu mereka masih kecil, jadi bila Farah rapat dengan mereka lalu mereka anggap Farah nie ibu mereka." Jawabku berhat-hati. Kali ini aku lebih berkeyakinan untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh abah.
"Farah pasti dengan jodoh Farah ini?" Soal abah.
"Ya." Jawabku gugup.
"Takkan menyesal kalau apa-apa berlaku di kemudian hari?"
"Tak. Farah takkan menyesal." Jawabku dengan yakin. Abah mengangguk-anggukkan kepalanya mungkin berpuas hati dengan jawapanku. Dia mengalihkan pandangannya kepada emak pula.
"Macam mana Dah? Awak setuju?"
"Saya tak ada masalah. Mana yang baik pada Farah, baiklah pada saya." Balas emak lalu tersenyum senang.
"Baiklah kalau begitu, nanti kau minta pihak Khairul datang untuk berbincang dengan keluarga kita." Sebaris ayat yang keluar dari mulut abah amat menggembirakan hatiku. tanpa berlengah-lengah lagi aku terus mencapai telefon bimbitku lalu berlari ke tengah halaman rumah dan mendial nombor telefon Khairul. Tidak sabar rasanya untuk aku menyampaikan berita gembira ini.
”Hello." Kedengaran suara Khairul di corong telefon bimbitku.
"Hai, Farah di sini." Balasku pantas.
"So, apa keputusannya?" Soal Khairul tidak sabar.
"What do you think?" Soalku kembali dengan nada yang agak sedih. Sengaja mahu bergurau dengannya.
"Emmm... I don't know. I hope, positive." Balasnya perlahan. Aku tersenyum. Mesti dia buat muka 'seposen', desisku lalu ketawa kecil.
"You laugh, it;s mean... " Suaranya kembali bersemangat. Kali ini aku ketawa besar dan
memberitahunya bahawa abah dan emakku bersetuju. Cuma menunggu pihaknya datang untuk merisikku secara rasminya.
"How about your mother?" Soalku pula. Aku tahu ibunya tidak begitu menyenangi dengan keputusannya untuk berkahwin lagi. Aku tidak tahu apa yang dikatakan pada ibunya sewaktu memujuk agar merestui perkahwinanya buat kali kedua ini. Cuma dia meminta agar aku jangan risau. Walaupun begitu, sedikit sebanyak aku seperti terasa tempiasnya. Aku tahu aku bakal menghadapi sedikit masalah apabila berdepan dengan ibunya nanti.
"Dia emak aku. Tahulah aku uruskan. Dia sudah merestui perkahwinan kita and she want to see you." Bagaikan terhenti jantungku apabila mendengar permintaan ibu Khairul.
"Your mother want to see me?" Soalku kepadanya untuk meminta kepastian.
"Yes... she want to see her future daughter-in-law." Kata Khairul mesra. Aku mendiamkan diri. Aku tahu, aku perlu berjumpa dengan ibunya. Tapi, entah mengapa hatiku berasa tidak enak. Bukannya aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Sewaktu Linda masih ada, sering juga berkunjung ke rumah ibu Khairul. Mungkin kunjunganku kali ini berbeza dari dahulu. Kalau dulu, kunjunganku hanya sekadar kunjungan rakan anaknya, tapi kali ini kunjunganku adalah untuk bertemu dengan bakal ibu mertuaku!
"Takut?" Suara Khairul kembali menerpa ke corong telingaku. Tersentak aku seketika.
"Emmm... no. Nervous!" Balasku. Kedengaran dia ketawa.
Bukannya kau" tak pernah berjumpa dengan emak aku. It's okay, bukannya mak aku nak makan kau." Ucapnya bergurau. Aku hanya tersenyum.
"OK. Abah dan emakku meminta pihak kau datang untuk membincangkan hal kita." Aku cuba mengelak dari terus membicarakan tentang pertemuan di antara aku dan emak Khairul. Entah mengapa, setiap kali mengingatkan wajah emak Khairul, jantung berdebar-debar sahaja.
"Tentang itu, aku akan berbincang semula dengan emak dan ayahku. Tapi, yang penting sekarang ialah... aku perlu bawa kau berjumpa dengan emak dan ayahku."
"Baiklah. Esok aku akan kembali ke sana. Hari Sabtu, selepas waktu kerja... kita pergi berjumpa dengan mak dan ayah kau." Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk berjumpa dengan emak dan ayah Khairul. Aku tahu aku tidak boleh mengelak dari berjumpa mereka berdua. Lambat laun, aku pasti akan berdepan dengan mereka kerana aku bakal menjadi sebahagian dari keluarga itu.
"That's my girl... " Mendengar suara Khairul membuatkan hatiku kembali tenang. Setenang petang yang indah ini.
Aku kegelisahan. Berbagai-bagai persoalan timbul di benakku. Entah mengapa hatiku bagaikan tidak enak untuk menemui emak dan ayah Khairul. Terasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Tetapi tidak aku suarakan pada Khairul yang sedang menumpukan perhatiannya pada jalan raya yang tidak begitu sibuk. Aku memandang wajahnya, lama.
"Kenapa?" Soalnya tenang. Agaknya dia perasan aku memerhatikannya agak lama. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku sambil melepaskan keluhan kecil.
"Nervous?" Soalnya lagi. Kali ini ku hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman hambar. Pantas tangannya mencapai tanganku lalu digenggam erat dan dibawa ke dadanya yang bidang itu.
"Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Kita sudah hampir sampai nie. Dalam lima belas minit lagi." Aku tahu dia cuba mententeramkan perasaanku yang agak berkecamuk.
Aku tidak memberi apa-apa reaksi. Sebaliknya aku mengalihkan tumpuanku ke tempat duduk belakang. Farhan dan Azim sedang tidur dengan lenanya. Kasihan anak-anak ini. Selepas tamat waktu kerja tadi, Khairul terus membawa aku mengambil Farhan dan Azim dari rumah pengasuh mereka lalu bergegas meneruskan perjalanan pulang ke kampung Khairul. Tidak lama kemudian Khairul membelokkan keretanya ke sebuah taman perumahan. Di kiri-kanan kelihatan rumah banglo dua tingkat berdiri dengan megahnya. Sudah lama keluarga Khairul menetap di sini. Semenjak aku mula mengenali mereka dahulu. Selalu juga aku bertandang ke mari. Itupun atas desakan Linda dan Khairul. Aku hanya menurut kata mereka kerana tidak mahu dikatakan sengaja menjauhkan diri.
Memang aku cuba menjauhkan diri dari mereka, terutama sekali Khairul. Dengan melihat kebahagiaan mereka, akan membuatkan hatiku bagaikan disiat-siat. Pedihnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Maka untuk mengelakkan hatiku dari terus menerus terluka, aku terus mencari peluang kerja di tempat lain agar aku dari lari jauh dari mereka berdua. Akhirnya aku dapat menjawat jawatan jauh di kota dan langsung tidak menghubungi mereka.
Tetapi siapa sangka setelah lima tahun aku menyepikan diri, akhirnya aku bertemu semula dengan lelaki di sebelahku ini yang sekarang memegang gelaran duda beranak dua. Dan sekarang pula aku bakal hidup bersama dengan lelaki yang pernah aku cintai secara dalam diam. Aku sendiri masih tidak percaya dengan lamaran dari lelaki ini. Tapi, aku tahu, dia bersungguh-sungguh dan aku merasakan inilah saat yang paling terindah dalam hidupku.
"Kita sudah sampai." Ucapnya hampir ke telingaku. Aku tersentak dari lamunan. Aku berpaling ke kanan untuk memandang wajahnya. Dia sedang tersenyum kepadaku.
"Come!" Ajaknya lalu membuka pintu keretanya. Begitu juga dengan aku. Kemudian aku membuka pintu belakang kereta Wira itu untuk mengambil Azim yang masih lena. Farhan pula sudah awal-awal lagi berlari masuk ke rumah opah dan atuknya. Aku mengangkat Azim dari pembaringannya. Baru sahaja aku mendukungnya, dia sudah terjaga. Kelihatan dia agak mamai. Aku mengucup pipi gebunya.
Khairul membantu aku untuk menutup pintu kereta. Mukanya berseri-seri. Berbeza dengan diriku yang kelihatan amat gugup sekali.
"Opah..!! Opah&!! Auntie datang&!!" Kedengaran lunak suara Farhan memberitahu opahnya akan kedatanganku. Ini membuatkan aku bertambah gementar. Khairul yang memahami keadaanku, menggenggam erat tanganku lalu dikucupnya lembut. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Tapi yang pastinya ia dapat meredakan sedikit debaran kencang di dadaku. Aku telah sampai di ambang pintu banglo putih itu. Aku memberikan salam. Seketika kemudian terdengaran suara perempuan menjawab salamku. Aku tahu itu suara Puan Fatimah, ibu Khairul. Aku menanti kemunculan ibu Khairul dengan sabar.
"Sudah sampaipun orang yang ditunggu-tunggu." Muncul Encik Said, ayah Khairul yang menyambut aku dan Khairul di pintu. Dia melemparkan senyuman mesra buat kami. Aku membalas dengan seadanya.
"Apa khabar pak cik?" Soalku ramah.
"Baik... baik& Jemputlah masuk." Dengan bismillah aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Keadaannya sudah berubah. Perhiasan, perabot dan juga susun aturnya malah catnya jug sudah berganti dengan warna lain. Yalah, sudah lima tahun aku tidak ke sini.
"Mak cik kamu ada di dapur. Apa lagilah yang dibuatnya di dalam sana. Bukannya hendak menyambut bakal menantu." Beritahu ayah Khairul. Aku tersenyum malu apabila mendengar perkataan ‘bakal menantu’ yang keluar dari mulut ayah Khairul.
Tidak lama kemudian, Farhan datang menerpa kepadaku. Azim pula masih berada di pangkuanku.
"Mari sini pada atok." Ayah Khairul menghulurkan tangannya untuk mengambil Azim dariku. Tetapi, Azim pantas merangkul leherku.
"Amboi& mentang-mentanglah dah dapat mama baru, dengan atok pun dah tak mahu kawan." Seloroh ayah Khairul sambil tangannya memegang tangan Azim. Azim menjerit keengganan. Semakin erat dia merangkul leherku. Akhirnya ayah Khairul mengalah. Dia menarik Farhan lalu mengangkatnya dan diletakkan di atas pangkuannya.
"Apa khabar mak cik?" Ucapku apabila aku melihat emak Khairul sedang jalan menuju ke arah kami di ruang tamu.
"Khabar baik. Sudah lama kamu tak datang ke sini ya?" Balasnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah ayah Khairul. Tiada senyuman di bibirnya.
"Emmm& dah lama juga. Sudah lima tahun." Jawabku gugup.
"Linda meninggal pun kamu tak datang." Katanya lagi. Aku pula mula terasa bahang di dalam perbualan kami.
"Yang sebenarnya saya tak tahu pun kejadian yang menimpa arwah. Kalau tak berjumpa Khairul tiga bulan yang lalu, saya rasa sampai sekarang pun saya takkan tahu." Balasku lalu memandang Khairul yang duduk mendiamkan diri di sebelahku.
"Iyalah& Kalau kamu tak berjumpa dengan dia tiga bulan yang lalu, takkan kamu boleh sampai di sini, kan?" Ada nada sindiran di dalam ayat yang keluar dari mulut emak Khairul. Aku mula gelisah. Patutlah sepanjang perjalanan ke sini, hatiku berasa sungguh tidak selesa. Seperti ada
sesuatu yang menghalang niatku untuk ke sini Rupa-rupanya emak Khairul tidak begitu menyenangi akan kehadiranku ke sini atau mungkin juga dia tidak begitu menyukai aku berkahwin dengan anaknya.
"Emakkk.." Kata Khairul seolah-olah memberi amaran pada emaknya supaya berhenti dari menyindirku. Tiba-tiba sahaja perasaanku menjadi begitu sayu. Dadaku sebak dan aku berasa sungguh pilu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja perasaan itu hadir. Air hangat bergenang-genang di dalam kelopak mataku. Aku cuba menahannya dari gugur. Aku perlu tabah jika aku mahu meneruskan perhubungan ini walaupun kutahu banyak ranjau dan duri bakal aku hadapi kelak.
Aku memandang wajah muram Farah di hadapanku. Aku tahu tentu dia berasa amat sedih dengan layanan buruk yang diberikan oleh emak buatnya. Macam-macam disindirnya Farah hingga hampir menangis wanita ini dibuatnya.
"Farah, are you OK?" Dia berpaling ke arahku. Tiada jawapan yang keluar dari bibir nipisnya, hanya gelengan kepala dan senyuman hambar. Semalam, selepas makan malam, aku bergegas pulang kembali ke ibukota walaupun emak dan ayah menghalang. Aku memberi alasan bahawa aku ada kerja yang perlu dibereskan sebelum hari Isnin. Setelah melihat ketegasanku, mereka melepaskan kami pulang dengan syarat, aku perlu tinggalkan Farhan dan Azim. Pada mulanya aku agak terkejut dengan permintaan emak. Tapi, aku ikutkan kata emak dengan hati yang berat. Azim menjerit-jerit mahu mengikut kami pulang. Yang sebenarnya dia mahu bersama dengan Farah. Tetapi, emak cepat-cepat membawa masuk Azim ke dalam rumah tanpa sempat bersalam dengan aku dan Farah.
Aku tahu Farah tidak betah tinggal di rumah emak walaupun sesaat. Dia tersinggung dengan sikap emak. Tapi, tidak sekali-kali dia menyuarakannya. Dia hanya mendiamkan diri. Sikapnya itu membuatkan aku semakin dihimpit perasaan bersalah. Aku tidak menyangka emak akan memberi layanan sebegitu pada Farah. Puas disindir, bermacam-macam amaran diberikan sebagai syarat untuk menjadi isteriku. Farah hanya menganggukkan kepala walaupun aku tahu dia tertekan dengan kata-kata emak.
"Aku rasa, kita tak patut teruskan apa yang kita rancangkan." Tiba-tiba sahaja Farah bersuara setelah hampir setengah jam dia mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan jauh ke tasik di hadapannya. Terpempan aku seketika. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Farah.
"Apa maksud kau?" Soalku untuk meminta kepastian.
"Kau faham maksudku." Balasnya lalu mengeluh.
Aku terdiam.
"Aku sudah nekad untuk mengambil kau sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Tentang emak aku, kau jangan risau. Perangai dia memang begitu. Sewaktu aku mahu mengahwini Linda dulu pun, begini jugalah sikapnya. Kau sendiri sedia maklum dengan perangai emak aku. tapi, siapa sangka Linda akhirnya menjadi menantu kesayangan emak. Walaupun perangainya begitu, tapi sebenarnya emak baik hati."
"Aku bukan Linda dan aku tak boleh jadi seperti Linda." Perlahan sahaja dia bersuara. Ada air mata mengalir di pipi mulusnya.
"Sebelum keadaan jadi semakin teruk, baik aku undur diri." Sambungnya lagi.
"Farah!! Please& jangan macam nie. Tiada siapa lagi yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim."
"Ada, cuma kau tak berjumpa."
"Aku sudah berjumpa dan orang itu adalah kau!"
"Tapi, emak kau&" Kata-katanya terhenti di situ.
"Farah&" Panggilku lembut. Aku menghampiri dirinya yang sudah teresak-esak. Aku peluk bahunya untuk mententeramkan perasaannya.
"Ada emak kata dia tidak benarkan kita berkahwin?" Soalku lembut. Dia hanya menggelengkan kepalanya.
"So, dia hanya mahu menguji samada bakal menantunya ini tahan atau tidak dengan cabaran menjadi menantu Puan Fatimah dan Encik Said. Percayalah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Kau sendiri dengar tadi. Ayah aku akan pergi merisik kau dalam masa sebulan lagi. Kemudian, kita akan terus bertunang. Tiba bulan kemudian, kita akan dinikahkan dan hidup bersama-sama. Kau jangan takut. Aku akan sentiasa di samping kau, ok?" Aku cuba memujuk Farah. Aku tahu fikirannya tidak menentu dan dia perlukan sokongan dari aku.
Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku katakan ini. Aku tahu, walaupun emak memberi persetujuan untuk aku berkahwin dengan Farah, ini tidak bermakna emak dapat menerima Farah sebagai menantunya. Farah perlu berusaha keras untuk memenangi hati emak seperti yang pernah arwah Linda lakukan. Antara Farah dan Linda, tidak banyak yang berbeza dari segi perangai dan penampilan. Farah tidak mengenakan tudung seperti Linda. Walaupun begitu, dia tetap menyempurnakan suruhan Tuhan iaitu bersolat serta ibadah-ibadah wajib yang lain. Cuma satu sahaja sikap Farah yang arwah Linda tidak senangi iaitu dia tidak suka menunjukkan perasaannya. Segalanya akan dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku takut dengan sikapnya yang begitu, akan merumitkan keadaan.
"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tenangkan hati dan berdoalah agar jodoh kita cepat disatukan." Ucapku lalu merenung matanya yang digenangi air mata.
"I hope so&" Balasnya lemah. Aku mengucup ubun-ubunnya lalu mengajaknya pulang. Emak& ku harapkan agar dikau menerima Farah sebagai menantumu agar dia dapat menjalankan tugas arwah yang tidak sempat disempurnakan.
Majlis perkahwinan di antara aku dan Khairul meriah walaupun dibuat secara sederhana. Aku menolak untuk bersanding, tetapi atas desakan oleh emak, aku menurut. Lagipun inilah satu-satunya majlis perkahwinan yang diadakan oleh mereka kerana tinggal aku sahaja yang belum berumahtangga. Kakak tiriku sudah mendirikan rumahtangga dan kini menetap di Pulau Pinang. Majlis perkahwinan dia diadakan di rumah emak saudara sebelah ibunya. Dengan dua kali lafaz, maka sahlah aku menjadi isteri Khairul. Aku bersyukur kerana majlis perkahwinan ini berjalan lancar walaupun aku tahu, emak Khairul tidak menyenangi diriku. Tapi demi Farhan dan Azim, akan kutelan segala kepahitan yang bakal aku tempuhi. Pada hari keesokan harinya pula selepas majlis di rumahku, majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pula diadakan. Aku agak berdebar-debar untuk ke sana. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam ke rumah emak Khairul, agak meletihkan. Sebaik sahaja kami sampai, kompang dipalu. Suasana kelihatan lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis di rumahku. Khairul menggenggam erat tanganku sewaktu beriringan menuju ke tempat persandingan. Sebaik sahaja kami duduk, pertunjukan silat pulut diadakan. Tidak lama kemudian, acara menepung tawar pula diadakan. Ayah Khairul yang memulakan acara menepung tawar dan diikuti oleh emak Khairul. Sewaktu bersalam dengannya, aku dapat rasakan tanganku digenggam kuat. Aku tidak mengerti mengapa dia berbuat begitu. Tetapi, cepat-cepat aku menutup rasa kurang enak itu dengan mengucup tangannya. Sedihnya hati ini bila emak Khairul cepat-cepat menarik tangannya. Azim tidak mahu berenggang denganku. Sewaktu makan beradap tadi pun, dia mahu duduk bersamaku. Aku dengan senang hati memangku Azim. Farhan pula berada di sebelah ayahnya. Agak kecoh sewaktu acara makan beradap apabila tetamu-tetamu yang hadir, mengusik kami. Tersipu-sipu aku dibuatnya.
"Selalunya pengantin lelaki suap pengantin perempuan dan pengantin perempuan suap pengantin lelaki pula. Tapi, sekarang kena suap anak-anak pulak." Kedengaran suara mengusik kami yang sedang leka melayan Farhan dan Azim yang makan bersama kami. Berderai ketawa para tetamu semuanya. Setelah semua tetamu pulang, aku membantu untuk mengemas barang-barang dan makanan yang bersepah. Walaupun dilarang oleh saudara mara Khairul, sengaja aku pekakkan telinga. Takkanlah aku mahu goyang kaki sahaja dan melihat mereka yang lain bertungkus-lumus berkemas. Nanti apa pula kata emak Khairul. Khairul juga bertungkus-lumus membasuh periuk besar dan kawah yang digunakan untuk memasak lauk-pauk untuk majlis tadi.
"Penat?" Soalnya kepadaku sewaktu aku sedang leka mengelap pinggan dan mangkuk di sudut dapur.

"Sedikit. Abang nak air?"
"Boleh juga." Balasnya. Aku lantas bangun lalu menuju ke meja. Aku mengambil gelas dan menuang air teh lalu kuhulurkan kepadanya. Dengan beberapa kali teguk, habis air teh itu diminumnya. Nampak sangat dia kehausan.
"Abang nak lagi?" Soalku lagi tatkala dia menghulurkan gelas itu kembali kepadaku. Dia hanya menggelengkan kepala lalu mengesat peluh di dahinya.
"Amboi, pengantin baru nie& berdua-duaan di dapur ya!" Mak Ngah Tijah, ibu saudara Khairul tiba-tiba sahaja menjenguk lalu mengusik kami. Aku dan Khairul tersipu-sipu.
"Saya masuk nak minum airlah mak ngah. Haus sangat." Terang Khairul lalu tersengih.
"Takkan lari ke mananya Farah tu." Giat Mak Ngah Tijah lagi.
"Apalah mak ngah nie." Balas Khairul, segan apabila diusik oleh ibu saudaranya itu. Aku pula hampir
meledak tawaku apabila melihat muka Khairul merona merah kerana malu disakat! Mak Ngah Tijah tersenyum mesra. Kemudian Khairul meminta diri untuk menyambung kerjanya di luar.
"Tak habis lagi mengelap pinggan tu Farah?" Soal Mak Ngah Tijah lalu duduk bersila di sebelahku.
"Belum lagi mak ngah. Ada sikit lagi." Balasku mesra.
"Cukuplah tu Farah, esok boleh sambung mengemas. Pergilah kau bersiap-siap dalam bilik." Arah Mak Ngah Tijah. Aku kebingungan.
"Bersiap-siap? Kita nak ke mana mak ngah?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi. Takkanlah hendak keluar dalam keadaan rumah yang berselerak begini.
"Isy budak nie. Ke situ pulak perginya."
"Habis tu, mak ngah suruh bersiap-siap. Kita nak keluar ke?" Soalku lagi. Mak Ngah ketawa besar mendengar soalanku. Aku semakin kebingungan.
"Apa mak ngah nie? Ketawakan Farah. Cakaplah betul-betul mak ngah."
"Farah& Farah& Mak ngah suruh kau bersiap-siap, pakai lawa-lawa, letak minyak wangi. Lepas tu, kau tunggulah suami kau dalam bilik. Takkan itu pun tak faham." Terbeliak mataku mendengar kata-kata Mah Ngah Tijah. Merah mukaku menahan malu. Mak Ngah Tijah pula semakin galak ketawa. Aku menampar lembut peha Mak Ngah Tijah lalu ketawa bersama. Aku berasa sungguh selesa apabila berbual dengan ibu saudara suamiku ini. Walaupun dia adik emak Khairul, tetapi nampaknya dia dapat menerima aku dalam keluarga mereka. Berbeza dengan ibu Khairul sendiri, sampai tika ini, dia masih belum menegurku apatah lagi mahu berbual serta bergelak ketawa seperti begini. Dia asyik mengelak sahaja dari bertembung denganku.
"Bulan tengah mengambanglah mak ngah&" Beritahuku tersipu-sipu.
"Ya ke? Kena puasa dululah Khairul tu." Tak habis-habis Mak Ngah Tijah menyakatku. Aku hanya
tersenyum lebar mendengar kata-katanya.
"Auntie mama, Aan ngantuk&" Tiba-tiba sahaja Farhan menjengah ke dapur. 'Auntie mama' adalah panggilannya buatku setelah bergelar isteri papanya. Khairul mahukan anak itu memanggilku mama, tapi dengan petah anak itu menjawab bahawa mamanya sudah mati. Berbeza dengan Azim yang memang memanggilku dengan panggilan mama. Hmmm& nampaknya aku perlu membiasakan diri dengan panggilan yang berbeza dari anak-anak tiriku.
"Pergilah Farah bawa Farhan masuk tidur. Sudah mengantuk benar dia. Azim sudah mak ngah tidurkan dalam bilik opahnya. Kerja-kerja nie semua tinggalkan dulu. Esok boleh sambung semula. Kau pun mak ngah tengok dah letih sangat. Pergilah berehat." Kata Mak Ngah Tijah kepadaku.
Tanpa berlengah lagi aku mendukung Farhan lalu kubawa keluar dari dapur.
"Aan nak idur ngan Auntie mama&" Kata Farhan yang sudah terlentok di bahuku.
"OK, kita tidur sama-sama ya." Balasku lalu mengucup pipinya.

Di ruang tamu, masih lagi ada tetamu. Mereka sedang berbual-bual dengan ayah Khairul, Khairul dan saudara mara yang lain. Aku meminta diri untuk menidurkan Farhan. Tetapi, masih sempat disakat oleh mereka.
"Hah, Khairul! Farah sudah beri signal tu. Pergilah masuk." Sakat Pak Ngah Karim, suami kepada Mak Ngah Tijah. Tersipu-sipu Khairul dibuatnya. Habis bersorak semua orang yang berada di situ. Aku cepat-cepat melangkah menuju ke bilik pengantin sambil mendukung Farhan yang sudah terlena di dukunganku. Suami isteri sama saja kuat mengusik! Di dalam bilik, aku meletakkan Farhan di atas katil. Aku mengambil kain batik untuk mengalas tempat
pembaringan Farhan. Aku letakkan juga sebiji bantal lalu perlahan-lahan aku alihkan Farhan ke atas hamparan kain batik yang aku letakkan tadi. Setelah aku pastikan Farhan betul-betul lena, aku mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air yang sedia ada di dalam bilik itu untuk membersihkan diri. Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, kulihat Khairul sudahpun masuk ke dalam bilik. Hatiku berdebar-debar apabila melihat dia tidak berbaju sebaliknya hanya bertuala dari pinggang hingga ke lutut.
"Farah tidurlah dulu. Abang nak berendam dalam tab." Ucapnya sambil matanya tajam merenungku.
"Abang nak Farah sediakan air panas dalam tab mandi?"
"Tak mengapa. Abang boleh buat sendiri. Farah tidurlah dulu. Abang tengok Farah letih sangat." Kemudian dia menghilang di dalam bilik air. Setelah melihat dia masuk ke dalam bilik air, aku menuju ke meja solek lalu menyisir rambutku. Kemudian aku letakkan sedikit haruman di sebalik kedua-dua belah belakang telingaku dan sedikit di pergelangan tangan. Setelah selesai, aku beredar ke katil. Aku merebahkan badanku di sebelah Farhan. Farhan aku letakkan di tengah-tengah. Perlahan-lahan kuusap rambut Farhan. Sungguh nyenyak anak ini tidur. Aku mengucup dahi Farhan lalu memejamkan mata untuk melelapkan mata. Esok adalah hari baru yang bakal aku hadapi setelah bergelar isteri buat Khairul dan ibu buat Farhan dan Azim.

Kasih Di hujung rindu 5
Bab 18 Khairul

Sudah lima hari aku bergelar suami kepada Farah. Dalam tempoh itu, kami tinggal di rumah emak. Nampaknya Farah disenangi oleh sanak saudaraku. Mungkin keperibadiannya hampir sama seperti Linda, membuatkan dia mudah diterima masuk di kalangan saudara maraku. Cuma emak sahaja yang menjadi masalah. Farah kadang kala amat berhati-hati dalam perbuatan dan tutur katanya. Takut jika perbuatan dan percakapannya akan menaikkan kemarahan emak. Kasihan isteriku itu&
"Mak, ayah, abang& jemputlah makan. Farah hendak kejutkan Farhan dan Azim." Farah mempelawa kami makan sarapan pagi. Semenjak dia berada di sini, segala urusan masak-memasak dia yang mengambil-alih. Dia menuangkan air kopi ke dalam tiga cawan lalu diletakkan di hadapan aku, ayah dan emak. Emak hanya memerhatikan tingkah laku Farah, seolah-olah menanti sahaja wanita itu melakukan kesalahan dan bersedia untuk menyindir. Sama seperti waktu aku mula-mula mengahwini Linda dahulu. Aku tersenyum sendirian mengenang sikap emak.
"Apa yang kau senyumkan tu Khairul? Teringat sesuatu yang indah?" Usik ayah kepadaku. Ayah memang begitu, memang mesra dengan aku dan juga Farah. Ada sahaja akalnya untuk mengusik kami, pengantin baru.

"Tak adalah. Saya rasa lucu dengan emak nie." Jawabku lalu menghirup kopi panas yng disediakan oleh Farah. Terasa lega apabila kopi itu melalui kerongkongku.
"Kenapa pula kau gelakkan emak?" Soal emak terpinga-pinga.
"Mana taknya, awak tengok menantu awak nie macam seorang pengadil yang sedang melihat peserta pertandingan memasak serta menghidang sarapan pagi." Jawapan yang keluar dari mulut ayah menyebabkan aku dan ayah ketawa besar. Emak pula hanya mencebik. Farah pula kelihatan tersenyum-senyum sahaja. Tidak berani hendak ketawa seperti kami. Mungkin takut dijeling oleh emak.
"Farah, marilah minum sekali. Sekejap lagi bangunlah si Farhan tu." Ajak ayah kepada Farah yang setia berdiri di sebelahku.
"Yalah Farah. Marilah kita minum sekali." Pelawaku juga lalu menarik tangannya.
"Tak mengapalah abang, ayah. Nanti siapa pula hendak temankan Farhan makan." Dalihnya pula.
"Habis, abang siapa yang nak temankan?" Usikku. Pipinya mula kemerah-merahan menahan malu diusik di hadapan emak dan ayah. Satu cubitan lembut diberikan pada lenganku. Ayah hanya tersenyum senang melihat kemesraan kami. Emak pula hanya menjeling, meluat.
"Hai, baru-baru kahwin bolehlah layan Farhan dan Azim tu selalu. Nanti bila dah bekerja semula, muka budak-budak tu pun tak dijenguk. Sibuk memanjang." Emak mula menyindir Farah. Berubah air muka Farah seketika. Tetapi, dia cuba tersenyum untuk menutup perasaan sedihnya.
"Mamaa&" Kedengaran laungan dari Azim. Sejak kami berkahwin, memang Azim dan Farhan tidur sebilik dengan kami. Farah sedikit pun tidak menunjukkan perasaan kurang senang. Malah anak-anakku dilayan dengan penuh kasih sayang. Aku tahu, aku perlu berterus-terang dengan keadaan kami apabila pulang ke ibukota kembali untuk menyambung tugas. Terkocoh-kocoh Farah menuju ke bilik untuk melihat Azim. Sejak menjadi isteriku, dia tidak pernah duduk
diam. Setiap ketika dia melayan karenah anak-anakku yang mahu diberi perhatian. Farhan dan Azim seolah-olah berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian serta kasih sayang dari mama bru mereka. Aku begitu sedih melihat keadaan anak-anakku yang ketandusan kasih seorang ibu di dalam hidup mereka. Aku berharap dengan kehadiran Farah, akan membuatkan sinar kebahagiaan dan keceriaan akan menerangi semula keluarga kami.
"Limah, kenapa dengan awak? Ada saja perbuatan Farah yang tidak kena di mata awak. Cubalah awak belajar terima dia. Saya tak nampak cacat cela pun perangai Farah. Sedikit tidak ubah seperti arwah Linda dulu. Malah, Farhan dan Azim dibelai dengan penuh kasih sayang." Ayah bersuara setelah melihat Farah menghilang ke tingkat atas. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mencelah kata-kata ayah.
"Baru-baru kahwin, bolehlah tunjuk baik. Lagipun berada depan kita. Bila dia sudah ikut Khairul balik, entah apa dibuatnya pada cucu-cucu kita tu!" Emak tetap berprasangka terhadap Farah.
"Entahlah, saya dah tak tahu nak kata apa pada awak. Cakap saya sebagai suami awak pun awak ingkar, inikan pula mahu orang lain ikut kata awak. Dari dengar awak bersungut pasal Farah, baik saya makan nasi lemak yang Farah buat nie, lagi bagus. Sedap pula. Kalah awak. Awak buat pun tak sesedap ini." Kata ayah sengaja menyakiti hati emak. Emak hanya mencebik. Dia menyendukkan nasi lemak dan dihulurkan kepada ayah. Aku mengeluh perlahan. Ketika aku mahu menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan, Farah turun dari tangga sambil mendukung Azim dan memimpin Farhan.
"Dah bangun anak-anak papa?" Ucapku lalu melemparkan senyuman pada mereka. Farah hanya tersenyum lalu menghampiri kami. Dia meletakkan di dalam kerusi khas untuk kanak-kanak.
Farhan pula sudah berdiri di atas kerusi di sebelahku. Mulutnya becok mahu makan nasi lemak. Bahagia aku melihat keceriaan yng terpancar di wajah anak-anakku.
"Sedap nasi lemak dan sambl tumis ikan bilis yang Farah masak nie. Tambahan pula ada rendang daging, bertambah-tambah sedap dibuatnya. Kalau tak takkan emak kamu nie dah tambah nasi untuk round kedua." Ucap ayah ketika melihat emak menambah nasi lemak ke dalam pinggannya. Emak tidak menjawab, sebaliknya hanya menjeling kepada ayah. Aku hanya tersenyum. Walaupun emak tidak begitu menyenangi Farah, tetapi apa sahaja yang dimasak oleh Farah, bagaikan sesuai benar dengan tekaknya. Walaupun dia tidak pernah memuji masakan menantu barunya ini, tapi aku tahu emak memang menyukai masakan isteriku ini. Cuba kerana ego, dia tidak pernah meluahkannya. Aku akui, Farah memang pandai memasak. Sewaktu aku masih bertunang dengan Linda dahulu, selalu juga aku bertandang ke rumah mereka untuk makan tengahari apabila hari cuti. Mereka pula menyewa serumah, maka bertambah rapatlah jalinan persahabatan di antara kami bertiga. Di antara Linda dan Farah, Farah lebih handal memasak berbanding Linda yang lebih kepada kreatif mengemas rumah. Bukannya aku cuba membanding-bandingkan kelebihan yang ada pada kedua-dua wanita itu, tapi kenyataan! Farah memang handal memasak. Aku hanya melihat Farah melayani Azim makan. Farhan pula aku biarkan makan sendiri. Umurnya sudah mencecah tiga tahun. Sudah pandai serba sedikit untuk makan sendiri. Tetapi sejak Farah menjadi mamanya, perangainya lebih manja. Mungkin cemburu melihat adiknya lebih diberi perhatian. Farah yang mungkin perasan aku memerhatikannya, mendongak membalas pandanganku. Aku hanya tersenyum, dia membalas senyumanku lalu menumpukan kembali perhatiannya pada Azim. Aku menghela nafas kelegaan.

Bab 19 Farah

Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak pulang semula ke ibukota. Setelah seminggu usia perkahwinanku bersama Khairul, kami akan mula bekerja. Tiada cuti untuk berbulan madu. Lagipun aku sendiri rasa tidak sanggup meninggalkan Farhan dan Azim yang amat manja denganku hingga membuatkan emak Khairul berkecil hati dengan perangai cucu-cucunya itu. Dan ini akan merumitkan lagi usahaku untuk berbaik-baik serta mengambil hati ibu mertuaku itu.
“Masuklah Farah. Harap Farah suka tinggal dengan abang dan anak-anak di rumah ini.” Ujar Khairul sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya. Aku melangkah masuk sambil menjinjing beg pakaianku. Azim dan Farhan sedang berkejar-kejaran di halaman rumah. Aku memerhatikan rumah yang kelihatan kemas. Semuanya teratur di susun. Terasa damai apabila melihat keadaan rumah ini. Walaupun rumah ini besar, tetapi nampaknya Khairul mampu menguruskan rumah ini dengan baik sekali.

Kemas rumah abang. Ucapku apabila Khairul berdiri di sisiku. Dia hanya tersenyum lalu meletakkan beg-beg pakaian yang diambilnya dari dalam kereta.

Ingat abang malas mengemas ke? Balasnya bergurau. Aku hanya tersengih.

Saya pergi tengokkan anak-anak. Aku berpaling dan menuju ke halaman rumah. Farhan sedang menghayun buaian Azim dengan gembiranya.

Mataku meliar melihat keadaan halaman rumah Khairul. Ada sebiji meja dan empat buat kerusi yang memang di bina di situ. Berdekatan meja itu pula ada taman kecil yang lebih kepada landskap taman yang ditanam dengan pelbagai bungaan yang indah sekali. Tidak jauh dari situ pula, diletakkan buaian yang sedang dimain oleh Farhan dan Azim. Susun aturnya begitu tepat sekali kerana sambil minum dan berehat di meja itu, boleh merehatkan fikiran dengan memerhati bungaan perlbagai warna dan jenis di samping dapat memerhatikan anak-anak bermain-main. Aku tersenyum sendiri dan membayangkan kehidupan baru yang bakal aku lalui bersama-sama suami dan anak-anak yang tersayang.

Kenapa senyum-senyum seorang nie? Tiba-tiba sahaja Khairul berada di belakangku. Aku pantas berpaling.

Tak ada apa-apa. Balasku lalu melambai-lambai Farhan yang sedang leka mengayuh basikal beroda tiga miliknya. Aku mengangkat Azim dari buaian lalu aku pula duduk di atas buaian itu dan meriba Azim. Khairul mendekati kami lalu sama-sama menyertai kami di buaian.

Rumah nie cantiklah bang. Walaupun jauh sedikit dari pusat bandar, tapi keadaan di sini aman dan nyaman. Farah rasa selesa di sini. Terangku sambil mengusap rambut Azim perlahan-lahan.

Rumah ini sebenarnya memang rumah abang dan Linda. Kami pernah bercadang mahu berpindah ke ibukota untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Sebelum berpindah, kami sudah membuat persediaan dengan membeli rumah di sini. Kami memang berhajat untuk berpindah ke sini dua tahun yang lalu tapi tika itu Linda sedang mengandungkan Azim. Atas permintaan emak yang mahu Linda melahirkan Azim sebelum berhijrah ke sini, kami akur. Tapi, tak sangka pula Linda& Kata-katanya terhenti di situ sahaja. Kulihat kelopaak matanya basah.

Aku tahu, walaupun sudah lebih setahun Linda pergi, Khairul tetap tidak boleh melupakannya. Aku kagum dengan kesetiaan lelaki ini yang kini menjadi suamiku. Tetapi kadang-kala aku sangsi dengan keputusannya mengahwini aku sedangkan dia sendiri masih tidak dapat melupakan arwah isterinya. Jadi apa gunanya dia mengahwini aku? Tapi, aku cepat-cepat menghapuskan kesangsian yang menjalar di fikiranku dengan beristighfar berkali-kali. Tidak sepatutnya aku mempunyai perasaan syak kepada suamiku.

Aku tidak membalas kata-katanya. Aku tahu dia amat bersedih dengan pemergiaan Linda. Aku mencapai
tangannya lalu menggenggam erat. Aku berjanji akan memberikan kebahagiaan pada lelaki ini. aku juga sanggup hidup bersama-samanya samada waktu senang atau susah, waktu gembira atau sedih, aku rela mengharungi hidup ini bersama-samanya Ini janjiku dan aku nekad. Aku akan tetap bersamanya walau apapun yang berlaku. Tetapi, jika seandainya suatu hari nanti dia tidak perlukan aku lagi dalam hidupnya, aku redha dan aku akan pergi jika itu kemahuannya&

Ermm& abang minta maaf. Abang tak sepatutnya sebut mengenai Linda di depan Farah. Farah sekarangkan isteri abang sekarang. Dia kelihatan serba-salah. Aku menggelengkan kepala.

Tak mengapa bang. Farah faham. Linda memang seorang isteri dan ibu yang baik. lagipun Farah juga merindui dia. Balasku.

Farah tidak risau jika perkahwinan kita ini akan dibayangi dengan kenangan-kenangan abang bersama Linda dahulu?

Tidak bang. Itu kenyataan. Farah sudah bersedia untuk menghadapinya. Farah takkan halang abang dari terus mengingati arwah Linda. Dia tetap isteri dan ibu kepada anak-anak abang. Ucapanku dibalas dengan kucupan hangat di pipiku. Aku merasa sungguh bahagia apabila berada di samping suamiku ini.

Mari kita masuk, hari pun dah petang. Ajaknya lalu dia mendapatkan Farhan lalu mengendong anak itu. Aku membuntutinya masuk ke dalam rumah sambil mendukung Azim yang sudah layu matanya, mengantuk!

Mari abang tunjukkan bilik pada Farah. Ujarnya sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mengikutinya mendaki tangga ke tingkat atas. Di tingkat atas terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik
air. Tingkat bawah pula hanya ada sebuah bilik tidur tetapi sudah dijadikan stor untuk menyimpan barang.

Ini bilik Farhan dan Azim. Katanya sambil membuka pintu bilik itu. Di dalamnya terdapat dua buah katil
yang kemas. Di dindingnya ditampal dengan pelbagai gambar seperti gambar bunga, kenderaan dan binatang. Semuanya gambar-gambar yang mempunyai sekali abjad-abjad. Sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak belajar. Di satu sudut pula terdapat almari pakaian. Di atas almari itu diletakkan pelbagai anak patung dan juga kereta permainan. Pastinya kepunyaan Farhan dan Azim.

Cantiknya bilik Farhan dan Azim. Ucapku lalu mencubit pipi Azim di dukunganku. Dia hanya tersengih.
Farhan pula sudah melompat naik di atas katilnya.

Nanti Auntie Mama idur ngan Aan ya... Farhan bersuara. Khairul hanya tersenyum.

Mana boleh, Auntie mama kena tidur dalam bilik dia sendiri. Farhan memuncungkan bibirnya apabila
mendengar kata-kata papanya. Aku hanya ketawa kecil.

Mari abang tunjukkan bilik Farah. Khairul menarik tanganku. Aku mengerutkan dahi. Bilik aku? Kenapa dia tidak mengatakan bilik kita?

Ini bilik Farah. Katanya lalu memulas tombol pintu di hadapan kami.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Hanya ada sebuah katil, sebuah almari pakaian dan sebuah almari solek. Bilik itu seperti tidak pernah digunakan. Bilik ini tidak seperti bilik untuk pasangan pengantin baru yang selalunya dihiasi indah. Atau sekurang-kurangnya lengkap dengan hiasannya sekali. Tapi bilik ini begitu kosong . Aku terpinga-pinga sebentar. Aku memandang wajahnya untuk meminta penjelasan.

Ini bilik kita? Soalku.

Bukan, ini bilik Farah. Jawabnya tenang. Aku semakin bingung.

Bilik Farah? Soalku kembali.

Ya, Farah akan tidur di bilik ini. Dengan yakin dia menjawab pertanyaanku.

Habis tu, abang?

Abang akan tidur di bilik abang, di hadapan bilik Farah ini. Terangnya lalu berpaling ke belakang.
Apa maksud abang? Farah tak faham. Kitakan suami isteri, mengapa perlu tidur dalam bilik yang
berasingan? Dadaku berdebar-debar. Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Khairul? Mengapa jadi begini?

Okey, abang tahu Farah kebingungan. Let me explain to you. Balasnya lalu menarik tanganku. Aku menurut dan duduk di atas katil di dalam bilik yang bakal aku tinggal.

Maafkan abang, Farah. Bukan niat abang mahu menyiksa Farah. Tapi buat masa sekarang, beginilah keadaan kita. Abang masih lagi tidak dapat melupakan Linda. Apabila abang cuba mendekati Farah, bayangan wajah Linda akan hadir dan tiap kali itu juga membuatkan abang kaku. Setiap saat dan ketika, wajahnya sentiasa terbayang di mata abang. Abang tak dapat lupakan Linda kerana abang terlalu menyayangi dan menyintainya. Perlahan-lahan dia cuba untuk memberi kefahaman kepadaku.

Kalau begitu, mengapa abang mengahwini Farah? Soalku sebak. Aku tidak mahu hidup begitu. Aku mahu hidup bahagia dengan perkahwinanku ini.

Demi Farhan dan Azim. Jawabnya lalu menundukkan kepalanya.

Farah tak faham. Air mata sudah mula mengalir di pipiku.

Mereka perlu hidup dan membesar dengan asuhan dari seorang ibu. Abang tidak mahu pembesaran mereka cacat tanpa kehadiran dan asuhan dari seorang ibu. Maafkan abang, Farah. Hanya Farah sahaja yang layak menggantikan tempat Linda untuk menjadi mama buat mereka. Tolonglah fahami keadaan abang. Pintanya separuh merayu.

Jadi perkahwinan kita ini hanya tertulis di atas kertas sahaja? Abang mengahwini Farah kerana mahu Farah menjadi mama buat Farhan dan Azim? Mahu Farah menjaga Farhan dan Azim? Bukan kerana abang sayangkan Farah? Soalku bertalu-talu.

Maafkan abang Farah. Bagaikan halilintar menyambar jantungku apabila melihat dia menganggukkan kepala sebagai tanda mengakui semua pertanyaanku tadi. Terkedu aku melihat pengakuannya.

Maaf? Hanya itu sahaja yang boleh dia katakan padaku? Hancur luluh hatiku. Berkecainya perasaan aku bagai dihempas ke atas batu. Dapat aku rasakan impian perkahwinanku hilang diterbangkan angin. Mengapa begini pula permulaan hidupku sebagai seorang isteri?

Maafkan abang, Farah. Kita terpaksa hidup begini. Tapi, abang akan cuba untuk menyayangi Farah. Farah kena bantu abang untuk mengenali dan menyayangi Farah. Abang janji, abang tidak akan mensia-siakan hidup Farah. Abang akan membahagiakan Farah.

Berjanjilah kau setinggi langit sekalipun. Hatiku telah pun terluka dengan perngakuan kau tadi. Aku memang telah lama menyayangimu, abang. Sejak mula mengenalimu. Tapi kau pula baru mula mahu belajar menyayangi diriku dan meminta bantuanku pula untuk mengajar kau bagaimana mahu menyayangi diriku. Sudah gilakah kau abang atau aku sendiri yang gila kerana terikat di dalam perkahwinan yang bukannya perkahwinan yang sebenar-benarnya.

Perlahan-lahan aku menyerahkan Azim ke pangkuanny. Aku mengesat airmata di pipiku. Satu keluhan yang sarat kulepaskan dengan berat sekali. Terasa seperti ada batu besar yang sedang menghempap dadaku tika ini.

Farah hendak ke mana? Soalnya agak cemas apabila melihat aku bangun dan menuju ke pintu bilik.

Langkahku terhenti seketika. Aku berpaling ke arahnya yang sudah bangun sambil mendukung Azim.

Ambil beg. Jawabku lalu menghayun langkahku lemah menuruni tangga. Air mata masih lagi mengalir deras di pipiku. Tapi, kubiarkan sahaja. Menangislah& menangislah sepuas-puas hati, Farah. Selepas ini kau tidak boleh menangis lagi.

Bab 20 Farah

Oh, Tuhan! Mengapa aku diduga dengan ujian seperti ini. mengapa aku tidak boleh mengecapi nikmat
perkahwinan seperti pasangan lain? Mengapa aku mengahwini lelaki yang tidak menghargai aku seperti seorang suami yang menghargai isterinya? Mengapa aku terperangkap dalam ikatan perkahwinan tanpa belaian dari seorang lelaki yang bergelar suami buatku? Mengapa dia mengahwiniku jika dia tidak perlukan aku sebagai isterinya?

Air mata ini tidak henti-henti mengalir dari tadi. Bagaikan empangan pecah. Aku tidak mahu membazirkan air mata ini. Tapi, ia seakan tidak mahu berhenti. Walaupun aku sibukkan diri dengan mengemas semua pakaianku ke dalam almari serta mengemaskan katilku, ia tetap juga mengalir.

Adakah aku sudah tersilap percaturan dalam menentukan pasangan hidupku? Sedangkan selama ini, sudah ramai yang datang merisik, tapi kesemuanya aku tolak. Tidak kurang kurang pinangan dari teman-teman, sepupu-sepupu malah anak kenalan abah dan emak. Kesemua menerima jawapan hampa dariku. Kesudahannya aku menerima dengan mudah lamaran dari Khairul, lelaki yang yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Malah aku rela mengahwini lelaki ini. tepatkah keputusan aku ini?

Huh! Tak perlu menyoal diri sendiri lagi. Aku sudah pun mengahwini dia. Samada tepat atau tidak
keputusanku ini, tidak perlu lagi dijawab. Semunya sudah terlambat. Dia adalah suamiku yang sah sejak
seminggu yang lalu. Tapi, kehadiran aku di sisinya hanyalah untuk menjaga dan memberi kasih sayang
seorang ibu buat Farhan dan Azim, anak-anaknya.

Farhan& Azim. Sesungguhnya mama memang menyayangi kalian berdua. Mama juga menyayangi papa.Tapi, papa kalian tidak menyayangi mama. Mana mungkin mama hendak hidup bersama kalian berdua jika ianya begini. Mama mahukan perkahwinan yang sebenar. Bukannya perkahwinan yang seperti papa kalian mahukan ini. Seolah-olah mama diperlukan sebagai pengasuh kalian sahaja, bukannya isteri dan ibu buat kalian.

Patutlah walaupun aku sudah suci, dia tidak pernah menyentuhku. Malah tidak pernah memesraiku sewaktu di rumah emaknya. Jauh sekali mahu membelai atau memelukku. Kini, terjawablah segala kesangsian yang bersarang di jiwaku selama ini. Abang, mengapa abang lakukan ini pada Farah&

Tuk& tuk& tuk&

Pintu bilikku diketuk dengan perlahan. Aku mendiamkan diri. Sejak aku mengheret begku masuk ke bilik ini petang tadi, aku tidak keluar langsung dari sini. Malah, panggilan dari Farhan dan Azim juga tidak kuendahkan. Entah mengapa hatiku menjadi begitu sayu dan sedih. Aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan begini. Nanti tentu mereka menyoal aku, terutama sekali Farhan yang begitu petah bercakap sekarang.

Tuk& tuk& tuk&

Pintu sekali lagi diketuk. Sudah tentu Khairul yang mengetuknya. Jika Farhan atau Azim, sudah lama mereka memanggil aku. Tiba-tiba sahaja aku dipagut rasa bersalah. Mengapa pula? Bukankah dia telah
menghancurkan hatiku tadi? Malah menyebabkan aku mengurungkan diri di dalam bilik ini. Arghhh& mengapalah aku begini? Selalu bersimpati dengan orang walaupun dia yang telah menyakiti aku. Hati aku masih lagi berdarah, manakan sembuh dalam sekelip mata.

Tuk& tuk& tuk&

Farah& Pintu diketuk buat kali ketiga dan disertakan dengan panggilan dari Khairul. Aku masih lagi mendiamkan diri sambil memeluk erat lututku.

Mari kita keluar makan. Farhan dan Azim pun dah lapar nie.

Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka lapar kerana mereka tidak makan makanan yang mengenyangkan siang tadi. Tapi, untuk keluar dan memandang wajah Khairul, aku tak sanggup. Apabila melihat wajahnya, hatiku bagaikan disiat-siat.

Farah tak lapar. Farah tak mahu keluar. Abang pergilah bawa anak-anak. Jawabku lalu merebahkan kepala ke bantal.

Janganlah begitu. Marilah kita keluar dengan anak-anak. Dia masih berusaha memujukku. Kemudian aku mendengar tombol pintu bilikku cuba dibuka dari luar tetapi tidak berjaya. Pintu itu telah awal-awal lagi aku menguncinya kerana dalam keadaan fikiranku yang masih bercelaru begini, aku tidak mahu diganggu. Biarlah aku meredakan taufan yang mengganas di kepalaku ini.

Farah& Dia masih lagi di luar. Aku tetap mendiamkan diri.

Okey, tak mengapa kalau Farah tak mahu keluar. Abang boleh bungkuskan makanan buat Farah. Farah nak makan apa? Nanti abang belikan. Sambungnya lagi.

Tak payah. Farah tak ada selera. Cepatlah pergi bawa anak-anak makan. Kasihan mereka lapar. Siang tadi tak makan apa-apa pun. Balasku dengan suara mendatar. Suasana sepi seketika.

Baiklah. Abang pergi dahulu. Balasnya lalu kedengaran derap kaki menuruni tangga. Tak lama kemudian, deruman enjin kereta berbunyi membelah kedinginan malam.

Aku bingkas bangun lalu duduk bersila di atas katil. Aku mengesat pipiku yang bersisa dengan air mata.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Berpisah? Takkanlah perkahwinan aku yang baru berusia seminggu ini musnah dalam sekelip mata sahaja. Apa kata emak dan abah? Apa pula tanggapan orang-orang kampung apabila mengetahuinya? Dan adakah Khairul sanggup melepaskanku apabila aku memintanya? Jika kami berpisah, apa akan terjadi pada Farhan dan Azim? Aku teramat sayangkan mereka berdua. Mereka sudahpun kuanggap bagaikan anakku sendiri. Biarkan baru seminggu aku menjalankan tugas sebagai ibu buat mereka berdua, tapi kasih sayangku buat mereka bagaikan aku yang mengandung serta melahirkan mereka. Aku tak sanggup berpisah dengan anak-anak itu.

Jika aku pergi nanti, pasti mereka tercari-cari di manakah gerangannya mama mereka. Pasti mereka menangis merinduiku. Dan aku juga pasti akan merindui mereka. Rindukan kepetahan Farhan. Rindukan kemanjaan Azim. Dan aku pasti merindui wajah comel mereka berdua. Tak dapat aku bayangkan, hidupku tanpa Farhan dan Azim.

Cukuplah, jangan menangis lagi. Mungkin ini dugaan yang perlu aku harungi sebelum mengecap kebahagiaan mutlak. Aku rela kau perlakukan aku sebegini, abang. Demi Farhan dan Azim, aku akur dengan permintaanmu. Aku rela kita terpisah begini walaupun hakikatnya kita hidup sebumbung. Demi anak-anak itu dan juga demi Linda, Farah rela&

Bab 21 - Farah

Seawal jam enam pagi aku sudah bangun membersihkan diri dan terus menunaikan solat subuh. Selepas bersolat, aku berwirid panjang lalu kupanjatkan doa kepada ILAHI agar memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama suami dan anak-anak. Kupanjatkan jua doa pada-Nya agar menjadikan aku seorang sentiasa tabah, cekal dan sabar dalam mengharungi hidup berumahtangga. Hatiku sedikit tenang setelah aku mengadu nasib kepada-Nya.

Kemudian aku menuruni tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Kuperhatikan sekeliling. Sungguh kemas. Mungkin Khairul jarang menggunakan dapur untuk memasak. Mungkin juga sekadar menjerang air sahaja. Aku mula membuka peti sejuk. Tiada langsung bahan yang boleh aku gunakan untuk memasak sarapan pagi ini. Cuma yang ada beberapa biji telur. Aku keluarkan telur tersebut lalu aku memasukannya ke dalam periuk kecil yang kuisikan air. Kemudian aku meletakkannya pula ke atas tungku dapur lalu kupasang api. Aku bercadang mahu merebus telur separuh masak.

Kemudian aku beralih ke rak dapur. Ku buka pintu rak itu, aku membelek-belek barang di situ. Hmmm... banyak barang-barang kering seperti tepung, bawang, cili kering, ikan bilis dan beberapa barang keperluan lain hampir kehabisan. Aku mencapai tepung gandung yang masih belum luak isinya. Aku berkira-kira di dalam hati, apa menu pagi hari ini? Memandang hanya tepung yang masih elok, aku rasa aku mahu membuat lempeng susu sahaja. Mungkin aku perlu menyambung cuti hari ini agar aku dapat keluar membeli barang keperluan.

Hampir pukul lapan, barulah aku selesai menyediakan sarapan dan menghidangnya di atas meja. Aku berpuas hati dengan hasil tanganku. Sedang aku sibuk mengeluarkan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi dari rak dapur, aku terdengar suara berdehem. Terhenti sebentar pergerakanku. Tetapi, tidak sekali-kali aku menoleh kerana aku tahu siapakah gerangannya yang sedang berada di belakangku itu.

"Assalamualaikum, selamat pagi." Ucapnya lembut dan bunyinya begitu hampir. Seluruh ruang dapur berbau harum wangian CK yang dipakainya. Terbuai sebentar perasaanku apabila menghidu wangian itu. Tetapi, cepat-cepat aku tersedar.

"Waalaikummussalam, selamat pagi." Balasku antara dengar dan tak dengar. Aku masih membelakanginya. Entah mengapa hatiku begitu berat untuk menatap wajahnya. Aku sebenarnya takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku sendiri dan akan menitiskan air mata.

"Farah masak apa pagi nie?" Kemudian aku mendengar bunyi kerusi ditarik. Mungkin dia sudah duduk
menghadap sarapan pagi. Aku pula menyambung tugasku mengemas rak dapur ini.

"Farah tak bersiap hendak ke pejabat? Bersiaplah dulu. Balik nanti boleh kemas rak tu." Ucapnya dan serentak dengan itu aku mendengar bunyi cawan berlaga dengan piring. Mungkin dia sedang menuang air kopi ke dalam cawan. Tekaanku tepat apabila aku dapat menghidu aroma kopi.

Tiba-tiba aku diserang perasaan bersalah. Bukankah aku sebagai seorang isteri, wajib melayan segala keperluan suami? Sedangkan kini, aku masih tidak memperdulikan dia. Berdosakah aku? Tapi, bukannya aku sengaja mahu berkelakuan begini. Jika dia tidak melayani aku sebegini, sudah tentu... arghhhh... Aku berperang dengan perasaanku sendiri.

"Farah... " Panggilnya lagi. Begitu lembut. Hatiku digamit rasa pilu. Akhirnya aku mengalah, lalu berpaling memandang wajahnya.

Dia sudah siap berpakaian kemeja biru muda berjalur halus warna putih dan bertali leher warna biru laut.
Seluar pula berwarna hitam. Nampak begitu tampan sekali. Aku memandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Farah harap abang tak marahkan Farah keluarkan barang-barang dalam rak dapur nie. Farah tengok banyak barang dah expired. So, Farah beranggapan lebih elok dibuang saja. Lagipun hari ini Farah sambung cuti sehari lagi sebab Farah hendak keluar membeli barang-barang keperluan dapur. Tak ada benda yang boleh Farah guna untuk memasak. Apa yang dapat Farah masak pagi ini... apa yang terhidang di atas meja ini sajalah." Terangku dengan panjang lebar.

Dia tersenyum memandangku. Ketika kuberpaling kepadanya, dia sudah menghabiskan dua biji telur separuh masak dan sedang menikmati lempeng susu yang masih panas.

"Tak mengapa. You are the madam in this house. Farah boleh buat sesuka hati Farah. Tak perlu ragu-ragu. Abang takkan marah atau halang Farah. Abang tahu Farah seorang isteri dan ibu yang baik malah abang bertuah kerana dapat mengahwini Farah." Kata balasnya membuatkan aku sebak. Kau memang bertuah mengahwini aku, sedangkan aku yang malang kerana menjadi isterimu, abang.

"By the way, kalau Farah mahu, abang boleh temankan Farah beli barang dapur." Sambungnya lagi. Kali ini dia bangun lalu mendekati aku yang setia berdiri di sisi rak dapur.

"It's okay. I can handle myself." Aku menjauhkan diri darinya dengan menuju ke sinki lalu mencuci tangan.

"Banyak barang yang hendak dibeli. Nanti Farah tak larat nak angkat." Dia menghampiri aku. Entah mengapa aku cuba menjauhkan diri darinya. Perasaanku masih lagi berserabut. Kata-katanya semalam, masih terngiang-ngiang di telingaku.

Sebaik sahaja aku mahu melangkah menjauhinya, tangannya pantas mencengkam lenganku. Tersentak aku dengan tindakannya itu. Pantas aku berpaling menatap wajahnya.

"Kenapa Farah macam cuba lari dari abang?" Pertanyaan yang keluar dari mulutnya menyebabkan dadaku berdebar kencang. Aku tidak menjawab, sebaliknya aku merenung ke dalam anak matanya. Agak lama kami bertatapan.

"Tak adalah." Jawabku tergagap-gagap.

"Yes, you are." Balasnya dengan suara yang perlahan tetapi sedikit ditekan.

Aku tidak membalasnya. Sebaik sahaja aku rasakan cengkamannya longgar, aku terus menuju ke peti sejuk. Aku membukanya tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa tujuannya aku membuka peti sejuk itu. Cuma sekadar, mahu menghindarkan diri darinya.

"Okey, biar abang temankan Farah ya?"

"No need." Jawabku pantas lalu berpaling padanya. Dia sedikit tersinggung dengan kata-kataku.

"No... what I meant... Farah boleh pergi seorang. Anak-anak Farah akan hantar pada Kak Bedah. Farah
pergi seorang." Terangku berhati-hati setelah menyedari kata-kataku tadi sedikit menengking.

Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Kemudian dia menyeluk kocek belakang seluarnya. Dia mengeluarkan dompetnya lalu membuka lipatan dompet tersebut. Perlahan-lahan dia menarik keluar sekeping kad kredit lalu dia menghampiri aku. Dia mencapai tanganku lalu meletakkan kad kredit tersebut di atas telapak tanganku.

"Farah guna kad ini untuk membeli apa saja barang keperluan rumah dan keperluan Farah. Abang sekarang suami Farah dan segala keperluan Farah adalah menjadi tanggungjawab abang. Memandangkan Farah tak mahu abang menemani Farah, biar abang pergi ke pejabat dulu." Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di dahiku. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Kemudian dia terus
berpaling dan beredar dari ruang dapur. Tetapi kemudiannya berpaling semula.

"Lupa pula abang nak beritahu. Apa yang Farah masak pagi ini, sedap sekali." Dia tersenyum manis dan
kemudiannya terus hilang dari pandanganku.

Kasih Di hujung rindu 6
Bab 22 - Khairul

Kereta kupandu laju membelah kesibukan jalanraya di ibukota. Di mindaku terlakar wajah sugul Farah. Aku tahu aku yang bersalah kerana mewujudkan sempadan di dalam perkahwinan kami. Bukan aku sengaja, tetapi aku masih sangsi dengan perasaanku sendiri.

Aku akui, aku masih lagi tidak melupakan Linda. Bagi diriku, Linda adalah segala-galanya padaku. Dan aku juga akui, aku menikahi Farah hanya kerana mahukan dia menjaga anak-anakku. Kejamkah aku kerana menyeretnya ke dalam perkahwinan yang tak bermakna ini?

Bukannya aku tidak menyayanginya. Dari sehari ke sehari aku cuba menyemai rasa kasih dan sayang
padanya. Dan bukannya aku tidak ada keinginan untuk memesrainya. Bohonglah jika aku katakan tidak
terlintas di fikiranku tentang itu. Cuma apabila aku cuba mendekatinya, bayangan wajah Linda akan menjelma dan membuatkan niatku terbantut.

Di awal perkahwinan kami, aku dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Betapa bermaknanya hidupku apabila bergelar suami buatnya tika itu. Tapi kini, memandang wajahku pun dia tidak sudi. Walaupun baru sehari, aku rasakan betapa terseksanya perasaanku. Baru sehari, aku menjadi rindu menatap senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya.

"Farah... Farah... "

Entah untuk ke berapa kali aku menyebut namanya. Apa agaknya tanggapan dia terhadap diriku? Mungkin penipu, mungkin juga perosak kebahagiaan? Aku sendiri pun tidak tahu apakah gelaran yang patut diberikan padaku kerana membataskan perhubungan kami suami isteri. Gilakah aku kerana mewujudkan tembok di antara kami berdua? Sedangkan sebenarnya antara kami berdua sepatutnya tiada halangan untuk bersama, malah dia halal buatku kerana aku telah menikahinya.

Makin difikirkan, makin berat kepalaku. Malah membuatkan aku semakin dihimpit perasaan yang amat bersalah. Berkemungkinankah dia akan meminta perpisahan dariku. Bagaimana dengan anak-anakku nanti apabila ketiadaannya. Dapat aku rasakan Farhan dan Azim begitu menyayangi Farah. Malah Farah begitu jua. Tegakah dirinya untuk meninggalkan anak-anak itu?

Bab 23 - Khairul

Tika aku sampai di rumah, keadaannya amat sunyi. Tiada kedengaran bunyi bising anak-anak. Malah halaman rumah kosong sahaja. Hatiku berdetak kencang. Mungkinkah dia sudah pergi meninggalkan aku? Tapi, Farah takkan buat begitu. Aku tahu walaupun hatinya terguris dengan tindakanku, dia tidak akan tergamak meninggalkan Farhan dan Azim. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke pintu rumah.

Keadaan di dalam rumah juga sunyi sahaja. Pintu tidak berkunci. Aku menarik nafas lega apabila aku melihat susuk tubuh Farah yang sedang berbaring di atas sofa. Aku mendekatinya perlahan-lahan. Rupa-rupanya dia sedang terlena di atas sofa bersama Farhan dan Azim. Begitu nyenyak mereka bertiga tidur. Aku tersenyum melihat mereka.

Kuusap perlahan rambut Farhan dan Azim. Azim begitu nyenyak tidur di dalam pelukan mamanya. Farhan pula tidur beralaskan perut Farah. Kasih sayang Farah tetap terserlah walaupun dalam keadaan begini. Kedengaran dengkuran halus dari Farah. Adakalanya tidak kedengaran langsung.

Aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Aku sedikit terkejut dengan keadaan di dapur. Ada sedikit
perubahan dengan susun atur peralatan dan kedudukan kerusi, meja dan beberapa kabinet. Mataku melirik ke meja lalu kubuka tudung saji. Sudah tersedia hidangan untuk minum petang. Kuih lapis dan cucur udang bersama kuahnya. Air teh pula sudah suam. Agaknya sudah lama dia menyediakan kuih-kuih ini.

Aku mengambil sepotong kuih lapis lalu kumasukkan ke dalam mulut. Hmmm... sedap! Apa sahaja yang dimasak oleh Farah, semuanya enak. Sesuai dengan seleraku. Mataku teralih pada rak dapur. Tergerak hatiku untuk melihat isi di dalam rak tersebut. Apabila kubuka, sudah lengkap semua barang-barang dapur. Semuanya disusun kemas dan teratur. Nampaknya seharian dia mengemas dapur. Dan kemudian menyediakan minuman petang. Agaknya dia kepenatan sampai tertidur di sofa.

Abang tahu Farah seorang isteri yang baik. Walaupun hati Farah telah abang guris, namun tidak sekali-kali Farah abaikan tugas Farah sebagai isteri di dalam rumah ini. Terasa berdosanya abang terhadap Farah.

Aku kembali ke ruang tamu. Mereka bertiga masih lagi lena. Aku duduk menghadap mereka tidur. Aku
memerhatikan wajah Farah yang tenang dalam lenanya. Tetap manis walaupun sedang tidur. Alis matanya yang lentik, kening yang lebat, hidung kecil tetapi mancung dan sepasang bibir comel yang sentiasa merah walaupun tanpa dicalit dengan gincu. Betapa bertuahnya diriku kerana memilikinya sebagai isteri.

Tiba-tiba sahaja sahaja tanganku begitu ringan lalu engusap pipinya yang licin. Tak lama kemudian dia
seakan tersentak dari lenanya. Matanya terbuka luas an memandangku tepat. Tanganku masih lagi berada di pipinya.

"Bila abang sampai?" Soalnya kaget.

Aku tidak menjawab malah asyik merenungnya. Mengapa aku mensia-siakan kecantikan yang ada pada isteriku ini? Sedangkan aku berhak keatasnya.

Terasa tanganku dipegang lembut. Tersentak aku dari lamunan. Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari pipinya. Dia masih lagi merenungku. Kali ini dapat aku rasakan cara renungannya sudah berubah. Tidak seperti pagi tadi.

"Baru saja." Jawabku lalu bangun dan duduk di sofa yang bertentangan dengannya.

"Kenapa tidur di sini?" Soalku pula. Dia pula sedang mengejutkan Farhan dan Azim dari tidur. Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dikejutkan. Tetapi kemudiannya lena kembali.

"Maafkan Farah, bang. Asalnya tadi Farah saja berehat di sini sambil melayan Farhan dan Azim bermain. Tak sedar pula tertidur."

Aku memandang Farah yang sedang mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Nampak seperti gadis remaja apabila dia mengikat rambutnya begitu. Tambahan pula wajahnya sedikit keanak-anakan itu.

"Abang nak minum? Farah dah sediakan kuih untuk petang ini. Marilah kita makan." Ajaknya dengan wajah yang ceria. Aku sedikit kebingungan. Jika pagi tadi, dia bagaikan tidak sudi langsung untuk menatap wajahku. Tapi, kini dia seperti sudah kembali seperti biasa. Mengapa begitu drastik sekali perubahannya.

"Are you okay?"

Dia agak terkejut dengan pertanyaanku. Kemudiannya tersenyum. Mungkin memahami maksud di sebalik pertanyaanku.

"Everything is okay. Don't worry. I know what suppose me to do. And I know who am I beside you, abang." Sinis sekali jawapan yang keluar dari mulutnya. Walaupun dia nampak tenang, aku tahu dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Aku bangun lalu melabuhkan punggungku dan duduk di atas permaidani di hadapannya. Perlahan-lahan aku mencapai tangannya lalu kugenggam lembut. Aku mendongak untuk memandang wajahnya. Dia tetap tenang.

"Farah, abang minta maaf. Mungkin permintaan abang semalam agak keterlaluan dan mungkin juga terlalu berterus-terang. Abang tahu hati Farah terguris. Tapi, berilah abang masa. Abang pasti suatu hari nanti kita takkan begini."

"Ambillah masa sebanyak mana yang abang mahukan. Itu hak abang. Farah takkan membantah malah tiada hak untuk menghalang. Farah sudah serahkan hidup Farah pada abang apabila kita diijab kabulkan. Pandai-pandailah abang mencorakkannya." Balasnya lalu bangun dan menuju ke ruang dapur. Aku membuntutinya.

"Farah, abang tahu Farah marahkan abang. Abang... "

"Abang. Tak perlu lagi menjelaskan apa-apa lagi. Apa yang abang beritahu Farah semalam begitu terang dan jelas. Memang pada mulanya Farah berasa begitu kecewa dan sakit hati dengan tindakan abang. Tapi, Farah sudah memikirkan semasak-masaknya. Dan ini adalah keputusan Farah." Ujarnya tegas.

Hatiku berdebar kencang. Mungkinkah kata perpisahan yang akan dipintanya?

"Apa maksud Farah? Farah mahu berpisah?" Dia tampak terkejut dengan pertanyaanku. Tetapi dia melindungkan rasa terkejut itu dengan senyuman. Memang begitu perangainya. Walau seteruk mana dia tertekan, dia hanya tersenyum. Cuma semalam sahaja dia gagal untuk mempertahankan perasaannya. Mungkin dia menerima tamparan yang begitu hebat sekali dalam hidupnya. Salah aku juga.

"Farah terima syarat dan permintaan abang. Walaupun pedih, itulah kenyataan yang perlu Farah hadapi. Tapi, Farah takkan meminta perpisahan dari abang. Walaupun abang tak dapat menyayangi Farah itu tidak bermakna Farah perlu mengundurkan diri. Farah rasa, dengan kasih dan sayang dari Farhan dan Azim sudah dapat membahagiakan Farah."

Terkedu aku mendengar kata-katanya. Kau terlalu baik untukku Farah. Sepatutnya aku tak layak untuk menjadi suamimu. Aku hanya akan menyeksa perasaan kau dalam perkahwinan kita ini. Mengapa aku jadi begini? Pentingkan diri sendiri. Tapi, aku lakukan semua ini demi kebahagiaan anak-anakku bukannya diriku. Betulkah tindakanku ini?

"Jemput minum bang." Ujarnya sambil menghulurkan secawan teh kepadaku dengan senyuman yang memekar di bibirnya.

Bab 24 - Farah

Perhubungan antara aku dengan Khairul berjalan lancar walaupun aku tahu, dia begitu berhati-hati denganku. Tutur katanya dan tingkah lakunya begitu dijaga rapi, agar setiap kata-kata dan perlakuannya tidak akan mengguris perasaanku. Terkadang aku berasa amat bersalah kerana seolah-olah aku yang menyebabkan dia jadi begitu. Walhal punca kejadian adalah dari dirinya sendiri.

Aku juga seboleh mungkin berlagak biasa, seperti tiada apa yang berlaku di antara aku dan dia. Aku tetap menjaga makan minum dan pakaiannya. Tidak sekali-kali aku abaikan tanggungjawabku sebagai isteri di dalam rumah itu. Anak-anaknya kubelai dengan penuh kasih sayang. Apabila melihat wajah mulus Farhan dan Azim, hatiku begitu sayu mengenangkan nasib mereka yang tidak sempat menikmati kasih sayang dari ibu kandung mereka. Biarlah aku beralah dan menurut kemahuan Khairul, asalkan anak-anak itu terbela. Lagipun inilah tujuan utama Khairul mengambil aku sebagai isterinya.

Aku kembali bertugas setelah hampir dua minggu bercuti sempena majlis perkahwinanku. Di pejabat, aku mula dikerumuni oleh rakan-rakan. Ada yang bertanya khabar ada juga yang mengusik. Letih aku melayan karenah setiap seorang.

Amboi& amboi& pengantin baru. Berseri-seri muka, bak bulan purnama& Usik Hanim dari jauh. Aku hanya tersenyum.

Tak pergi berbulan madu ke? Harun pula bertanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Berbulan madu? Perkahwinanku sendiri sudah dituba, manakan ada lagi bulan madu.

Aik, tiba-tiba saja muka sedih! Teringatkan cik abang ke? Ala& bukannya jauh. Selang dua tingkat saja. Hanim mengusikku sambil tangannya menunding ke atas.

Tak adalah. Pandai saja kau menyakat aku.

Tengok tu, muka dah merah. Hahahahhaha& Ramai-ramai mereka gelakkan aku. Aku pun turut sama ketawa dengan mereka. Kemudiannya aku dihujani dengan pelbagai soalan. Aku cuba menjawab sejujur yang boleh. Aku cuba berlagak biasa, hakikatnya di dalam hati ini rasanya seperti mahu meletup apabila aku mengakui aku bahagia dengan perkahwinanku ini.

Anak-anak tiri macam mana? Soal Kak Salmah, kerani
di bahagian kewangan.

Okey, budak-budak tu tak ada masalah. Jawab aku lalu fikiranku teringat akan kepetahan Farhan yang sibuk bertanya mengapa aku tidak tidur sebilik dengan papanya.

Auntie mama, nape Auntie Mama tak idur ngan papa? Kat umah pah, kita idur cekali. Begitu petah dia menyoal aku. Aku sendiri tidak menyangka soalan seperti itu akan keluar dari mulut Farhan yang baru berusia tiga tahun itu.

Budak sekecil itu pun hairan dengan keadaan kami, tambahan pula aku yang dewasa ini, apatah lagi. Biarlah nak, papa kamu tidak memerlukan mama sebagai isteri cuma sebagai ibu buat kamu berdua. Biarlah mama tidak dapat kasih sayang dari papa kamu, asalkan Farhan dan Azim sayangkan mama.

Hah! Melamun lagi. Apa kena kau nie? Sejak-sejak dah kahwin nie, asyik melamun saja. Hanim menyergah aku dari belakang. Tika itu ramai sudah kembali ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas. Tinggal Hanim saja yang setia di samping aku. Dia memang begitu, kepoh dan suka sangat jaga tepi kain orang. Tapi, walaupun perangainya begitu, dia sebenarnya seorang sahabat yang baik dan kelakar orangnya.

Tak ada apa-apalah. Aku cuma fikir, macam mana aku nak siapkan kerja yang bertimbun atas meja aku nie. Pening pula aku, tak tahu mana satu yang perlu disiapkan dulu. Aku memberi alasan yang kufikirkan
munasabah untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh Hanim.

Kenapa? Anak-anak tiri kau buat hal ke? Soal Hanim sambil mengerutkan dahinya.

Aku hanya ketawa melihat keseriusan wajah Hanim tika ini. Dia kemudiannya menarik muka masam apabila aku mengetawakannya.

Betullah. Anak-anak dia okay dengan aku. Kalau kau nak tahu, yang sulung panggil aku Auntie Mama dan yang bongsu panggil aku Mama . So sweet!!!

Kenapa pula yang sulung panggil kau Auntie Mama ?

Sebab mama dia dah tak ada. Aku bukan mama dia, so dia panggil aku Auntie Mama lah. Hanim ketawa besar lalu memuji-muji kecerdikan Farhan. Aku turut mengakuinya.

Papanya pula macam mana? Tiba-tiba sahaja Hanim mempersoalkan tentang Khairul. Aku tidak segera
menjawab, sebaliknya hanya memandang wajah Hanim yang sedang tersenyum. Nak menyakat aku lagilah tu.

Kenapa dengan papanya pula? Aku sengaja menyoalnya semula.

Romantik tak?

Mana boleh beritahu, itu rahsia aku.

Eleh& Hanim buat-buat merajuk apabila aku enggan menjawab pertanyaannya. Aku tersenyum melihat
perangainya.

Aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku katakan mengenai lelaki yang menjadi suamiku kini. Mungkin dia romantik, kalau tidak takkanlah dia sanggup buat satu kejutan pada aku semalam. Sejambak bunga dan sekeping kad sebagai tanda meminta maaf di atas perbuatannya yang telah mengguris hatiku. Betapa terkejutnya aku sewaktu keluar dari bilik pagi tadi apabila bunga dan kad berada di hadapan pintu bilikku. Terasa hilang segala marahku buatnya sebaliknya timbul rasa simpati.

Abang, Farah sayangkan abang&

Kasih Di hujung rindu 7
Bab 25 - Khairul

Kehidupan rumahtanggaku berjalan lancar. Dan sedar tak sedar sudah hampir enam bulan kami bergelar suami isteri. Aku tidak nafikan, Farah memang seorang isteri yang baik. Anak-anakku begitu menyayanginya. Farhan dan Azim ditatang bagai minyak yang penuh. Kehidupan kami sentiasa dibungai keceriaan dan kebahagiaan.

Cuma sampai kini emak masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Farah memang seorang menantu yang baik. Kebenciannya terhadap Farah semakin memuncak apabila anak-anakku ternyata melebihkan Farah darinya. Malah, nama mamanya itu sentiasa bermain di bibir mereka. Aku kadang kala serba salah dibuatnya.

Hm... tanpa kusedari jam sudah hampir ke pukul tiga pagi. Mata ini pula, begitu liat untuk lena.
Berkali-kali kucuba untuk memejamkan mata, namun hasilnya tetap sama. Baik aku turun untuk mengambil minuman.

Tap! Suis lampu dapur berbunyi apabila dipetik. Aku mengambil sebiji gelas lalu menuangkan air mineral ke dalamnya. Kuteguk seketika air tersebut, sejuk menuruni tekakku. Tiba-tiba telingaku menangkap derap tapak kaki seseorang sedang menuruni tangga. Aku mendiamkan diri.

"Eh abang!" Rupanya Farah. Rambutnya sedikit kusut. jika itu dia hanya memakai baju tidur yang amat jarang hingga menampakkan lekuk tubuhnya. Terpaku aku sebentar. Dadaku berdebar-debar menatap keindahan ciptaan Tuhan buat isteriku itu.

Farah nampaknya seperti tidak selesa apabila aku merenungnya. Dia memeluk tubuhnya seolah-olah untuk menahan tubuhnya daripada tatapan mataku.

Entah kuasa apa yang diberikan kepadaku, aku mendekati Farah perlahan-lahan. Aku paut bahunya lalu aku mengucup dahinya. Kemudian pipinya pula menjadi sasaran bibirku. Dia hanya mendiamkan diri. Saat bibirku mahu menjamah bibirnya, tiba-tiba sahaja aku bagaikan baru tersentak dari mimpi. Aku menjauhkan diriku darinya. Terpinga-pinga dia memandang wajahku seperti meminta penjelasan.

"Why?" Soalnya perlahan seperti berbisik. Aku berundur ke belakang beberapa langkah.

"Abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat begitu tadi." Aku mengelus rambut ke belakang. Aku mula kegelisahan apabila manatap matanya yang penuh kehampaan.

"Hina sangatkah saya hingga abang tak ingin menyentuh saya?" Pantas aku menoleh ke arahnya. Tidakku duga sebegitu sekali dia membuat tanggapan terhadap dirinya.

"Bukan begitu... abang cuma minta maaf sebab hampir tidak dapat mengawal diri abang tadi."

"Abang tak perlu minta maaf. Abang berhak ke atas tubuh saya sebab abang suami saya. Andai kata ianya terlanjur, bukan dosa yang kita dapat. Saya halal bagi abang." Ada titisan air mata yang mengalir di pipinya.
Terkedu aku mendengar kalimah yang dituturkan oleh Farah. Baru aku tersedar, bahawa kehidupan kami
bukanlah seperti suami dan isteri yang lain. Aku sendiri telah membina sempadan di antara kami, dan tadi aku hampir merobohkannya. Tetapi aku sendiri tersedar dan menjauhkan diri darinya. Aku fahami perasaannya tadi.

"Farah, abang bukannya kejam hingga menyeksa batin Farah sebegini. Cuma abang masih tidak dapat lari dari bayangan Linda."

"Saya tidak pernah meminta abang melupakan Linda. Saya tahu betapa pentingnya dirinya di sisi abang. Saya cuma meminta sedikit kasih sayang dari seorang suami. Saya manusia bang. Sampai bila saya dapat menahan kesabaran apabila ianya sering diuji. Kesabaran ini hampir tipis bang. Andainya saya diberi pilihan dulu, saya rela menjadi pengasuh buat Farhan dan Azim dari menjadi isteri abang."

"Apa maksud Farah?"

"Entahlah bang. Abang sajalah fikirkan maksud kata-kata saya itu. Andai kata abang sudah tidak
perlukan saya di sini, berterus-teranglah. Jangan siksa saya begini lagi." Farah terus berlalu meninggalkan aku seorang di ruang dapur.

Apa maksud kata-katanya itu? Dia seolah-olah memberi bayangan untuk berpisah. Manakan sanggup aku mahu berpisah dengannya. Bagaimana dengan anak-anakku apabila dia pergi nanti? Dan bagaimana pula dengan diriku?

Aku tahu, imanku semakin menipis. Ingin sekali aku membelai dirinya tetapi aku tak berdaya. Seringkali
aku teringatkan akan permintaanku sewaktu aku membawanya masuk ke rumah ini enam bulan yang lalu. Kadang kala ingin sahaja aku berterus terang dengannya dan menyatakan aku ingin membatalkan sahaja perjanjian yang pernah kukatakan padanya dulu. Namun ego ini membantutkan niatku.

Farah, maafkan abang. Abang akui abang juga menyayangimu...

Bab 26 - Khairul

"Abang... " Farah menyapaku ketika aku sedang berehat sambil membaca suratkhabar di ruang tamu. Aku mengangkat muka untuk memandang wajahnya. Tika itu dia duduk berhadapan denganku. Farhan dan Azim dibiarkan menonton cerita kartun di televisyen.

"Ada apa Farah?" Balasku lalu melipat suratkhabar. Kini aku menumpukan perhatianku kepadanya.

"Em... Farah ingat nak ajak abang balik ke rumah emak Farah sekejap. Emak tak berapa sihatlah bang. Niat hati nak pergi menjengah, boleh?" Wajahnya berkerut-kerut seolah-olah untuk memancing simpatiku. Dia kelihatan gelisah. Sejak peristiwa malam itu, kami sudah jarang bercakap. Bukannya kami bergaduh. Cuma aku sendiri yang seperti menjauhkan diri darinya.

Sudah berkali-kali aku mengguris hatinya, tetapi dia tetap taat menjalankan tugasnya sebagai seorang
isteri. Kerja-kerja rumah tidak pernah diabaikan. Aku pula yang semakin tertekan dengan sikapnya begitu. Dia seolah-olah sengaja membuatkan aku rasa bersalah pada diri sendiri. Bersalah kerana mensia-siakan dia dan bersalah kerana menyeksa dia di dalam perkahwinan ini.

Pernah juga aku terfikir untuk melepaskannya, tapi pabila mengenangkan apa akan terjadi pada nasib
anak-anakku, aku batalkan sahaja niatku. Teruk sangatkah aku kerana mementingkan diri begini?

"Macam mana bang, boleh?" Farah kembali bersuara apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

"Hm... boleh. Farah pergilah bersiap-siap. Sekejap lagi kita balik." Apabila mendengar persetujuanku, dia
terus bingkas melangkah pantas menaiki tangga. Aku pula mahu kembali membaca suratkhabar. Tetapi belumpun sempat aku mencapai suratkhabar di atas meja, telefon berdering. Aku mengangkat ganggang telefon yang berada di sebelah kiriku.

"Hello, Assalamualaikum." Aku menyapa sambil membetulkan kedudukanku agar lebih selesa.

"Waalaikummussalam. Hah, Khairul! Ayah nie." Suara ayah kedengaran cemas.

"Ada apa ayah? Cemas saja." Jantungku mula berdebar kencang.

"Mak kamu." Suara ayah terhenti seketika. Kedengarannya seperti tercungap-cungap.

"Mak? Kenapa dengan mak?" Dadaku berdebar lebih kencang lagi. Sesuatu telah berlaku pada emak?

"Mak kamu masuk hospital. Cepat balik kampung." Terkedu aku dibuatnya. Sebelum ini, emak tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius hinggakan perlu mendapat rawatan lanjut di hospital.

"Hah, apa kamu tunggu lagi. Cepat balik!" Suara ayah meninggi membuatkan aku tersentak.

"Ba... baik ayah. Kami balik sekarang. " Ucapku lalu meletakkan ganggang ke tempatnya semula. Kemudian aku bergegas ke atas untuk memberitahu Farah.

Kuketuk pintu biliknya sambil memanggil namanya. Tidak beberapa saat, dia muncul di sebalik daun pintu. Aku menjenguk ke dalam biliknya. Di atas katilnya sudah terletak sebuah beg pakaian yang sudah siap di kemas.

"Cepat kemas apa yang patut. Kita balik kampung sekarang juga." Kataku kemudiannya hendak berpusing.

"Kenapa bang? Emak masuk hospital." Aku menjawab.

"Emak masuk hospital?" Matanya terbeliak mendengar kata-kataku.

"Mana abang tahu?"

"Ayah telefon tadi." Jawabku.

"Ayah? Tapi, semalam mak kata cuma... " Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku cepat-cepat memintas.

"Ini emak abang. Emak abang masuk hospital. Kita tak boleh kampung Farah sekarang. Kita balik kampng abang." Tegas sekali kata-kataku. Dia nampak cemas.

"Emak sakit apa bang?"

"Abang tak tahu. Cepat sikit mengemas tu." Aku terus berpaling menuju ke bilikku untuk mengemas pakaianku. Belum sempat aku membuka almari, pintu bilikku sudah dibuka. Tersembul wajah Farah di ambang pintu bilikku.

"Tak mengapa bang, biar Farah kemaskan pakaian abang. Abang pergilah tukar pakaian Farhan dan Azim." Aku hanya menganggukkan kepalaku. Lantas aku bergegas ke ruang tamu untuk mengambil Farhan dan Azim lalu ku bawa ke atas semula dan masuk ke dalam bilik mereka.

Apabila aku sudah siap menukar pakaian Farhan dan Azim, Farah sudah siap mengemas beg pakaianku.
Melihatkan dia sudah bersedia, kami sekeluarga segera bertolak.

Di dalam kereta, keadaan sunyi sahaja. Kepalaku berserabut. Bagaimana keadaan emak sekarang ini? Apa penyakitnya sehingga perlu di bawa ke hospital? Seriuskah penyakitnya itu? Perlukan pembedahan?
Argghhh… berlegar-legar persoalan di mindaku.

"Abang, perlahan sedikit!" Kedengaran suara Farah menegurku. Aku tahu, aku memandu laju lebih daripada biasa.

Aku hanya menganggukkan kepala lalu memperlahankan sedikit kelajuan keretaku.

"Farah, abang minta maaf sebab tak dapat pulang ke kampung jumpa emak Farah. Tapi, abang janji selepas memastikan keadaan emak, kita balik ke kampung Farah ya!"

"Tak apalah bang. Emak Farah cuma pening-pening saja. Mungkin darah tingginya datang kembali. Emak abang lebih penting sekarang sebab sudah di masukkan ke dalam wad. Agak-agaknya, apa penyakit emak tu bang?" Aku menghela nafas kelegaan apabila Farah tidak kisah kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang menziarahi emaknya. Dia memang seorang wanita yang baik.

"Entahlah, abang pun tak tahu. Emak jarang mengadu sakit. Cuma kadang-kala dia mengadu pinggangnya sakit. Tapi, tak pernah mahu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Emak hanya meminta ayah membelikan ubat di farmasi. Selepas makan ubat, sakit di pinggangnya akan baik semula." Aku menjelaskan kepadanya. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Sekali-sekala dia menjenguk ke belakang untuk melihat Farhan dan Azim. Tapi, nampaknya anak-anakku itu sudah terlena.

Keretaku laju meluncur di atas jalanraya. Suasana kemudiannya kembali sepi. Farah sendiri sudah terlena di sebelahku. Aku terus memandu dengan tenang menuju ke utara.
________________________________________
Kasih Di Hujung Rindu 8
Bab 27 Farah

"Apa? Sakit buah pinggang? Seriuskah sakitnya bang?" Aku hampir tidak mempercayainya tika Khairul
memberitahu penyakit sebenar yang dihidapi emak. Khairul ketika itu amat murung. Wajahnya kelihatan begitu keruh sekali.

Aku mendekatinya yang sedang duduk di kerusi di luar wad yang menempatkan emaknya. Dia menekup wajahnya, lama. Hatiku runsing apabila melihatnya sebegitu. Aku melabuhkan punggungku di sebelahnya. Jari-jemariku mencapai lengannya. Kuramas lembut lengannya.

"Bersabarlah bang. Doktor beritahu apa lagi?" Soalku lembut, tidak mahu terlalu mengganggu emosinya yang begitu tertekan. Sepatutnya aku tidak harus menyesakkannya dengan pertanyaanku, tetapi keinginanku untuk mengetahui keadaan emak, kuketepikannya.

"Emak memerlukan pembedahan secepat yang mungkin. Buah pinggang emak sudah rosak teruk dan tak dapat berfungsi lagi." Balasnya lalu memegang jariku yang singgah di lengannya sedari tadi. Dia menggenggam erat tanganku seolah-olah mahukan sedikit kekuatan agar dia dapat menghadapi situasi genting seperti ini. Aku memahaminya lalu aku mendaratkan sebelah lagi tanganku di atas tangannya yang sedang menggengam erat jemariku.

"Pembedahan? Maksud abang, pemindahan buah pinggang?"

Khairul menganggukkan kepalanya perlahan. Kemudian terdengar keluhan berat yang dilepaskannya. Tidak pernah aku melihat dia sebegini. Agaknya sewaktu Linda meninggal dulu, keadaannya mungkin lebih teruk dari ini. Kehilangan seseorang yang amat dikasihi, sudah tentu memberi tamparan hebat buatnya. Sedangkan sekarang, walaupun emaknya dimasukkan ke hospital sudah cukup mengusutkan fikirannya serta membuatkan diri seperti tidak terurus, apatah lagi keadaannya ketika menghadapi kematian Linda. Mungkin hampir membuatkannya hilang akal.

"Abang dan ayah sudah pergi untuk menawarkan buah pinggang kami. Selepas menjalani pemeriksaan, nampaknya hanya buah pinggang ayah yang sesuai. Tetapi memandangkan usia ayah yang sudah lanjut, doktor tidak menggalakkan ayah mendermakan buah pinggang pada emak. Buah pinggang abang pula tidak sesuai buat emak."

Aku terdiam mendengar penjelasan dari suamiku. Tiada apa yang dapat aku ucapkan untuk meredakan
keresahannya. Walaupun rasa simpatiku melimpah ruah, namun aku tidak dapat mencari ayat yang dapat meredakan kekusutan fikirannya sekarang. Aku sendiri buntu dengan kata-kata.

"Sudah tiada cara lainkah abang?"

"Tak ada. Emak memerlukan pemindahan buah pinggang dengan segera. Jika tidak, nyawa mak dalam bahaya. Tapi, buat masa sekarang mana ada sesiapa yang sudi mendermakan buah pinggang. Sedangkan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk dibedah." Khairul kembali menekup wajahnya. Bahunya terhinggut-hinggut.

Dia menangis? Ya, Khairul menangis. Hiba hatiku melihat keadaannya sekarang. Bertambah hiba aku apabila mengenangkan nasib emak. Walaupun dia tidak pernah menganggap aku sebagai menantunya, namun aku tidak ambil kisah. Aku tetap menghormatinya sebagai ibu kepada suamiku dan nenek kepada anak-anak Khairul.

Adakalanya hatiku amat tersentuh dengan kata-katanya. Emak mertuaku tidak pernah menyenangi kehadiran aku di dalam keluarganya. Sindiran-sindiran tajam sentiasa menjadi halwa telinga buatku ketika pulang ke kampung menjengahnya. Namun sedikitpun tidak aku ceritakan pada Khairul. Buat apalah aku mahu menjadi batu api di dalam perhubungan mereka anak-beranak.

Walaupun buruk layanannya terhadapku, tetapi aku cukup berpuas hati kerana setiap hasil dari air tanganku, dijamahnya. Itu sudah memadai buatku. Tambahan pula, ayah dan saudara mara yang lain menerima kehadiran aku di kalangan mereka, sedikitpun tidak membuatkan aku rasa terpinggir. Khairul pula adalah orang yang paling banyak memberi semangat dan sering memujukku apabila disindir oleh emaknya. Ini membuatkan aku amat terharu dengan layanannya.

Kadang kala aku sendiri tidak memahami mengapa Khairul mahukan aku menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Dan kini, sudah hampir setahun usia perkahwinan kami, keadaan kami masih lagi seperti sewaktu mula-mula aku melangkah masuk ke rumahnya. Kadang kala terlintas juga di fikiranku, adakah Khairul sudah tidak berkeupayaan seperti lelaki lain? Dan atas sebab itulah dia memisahkan aku dari dirinya sendiri. Tetapi, cepat-cepat kulontar segala prasangka yang bermain di fikiranku. Tidak patut aku membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui kebenarannya.

"Abang, sudah sehari semalam abang tak jamah apa-apa makanan pun. Apa kata kita pergi makan dahulu. Nanti kita belikan makanan untuk ayah sekali ya!" Aku memujuk Khairul untuk mengambil makanan. Sejak kami sampai kelmarin, sebiji nasi pun tidak masuk ke dalam perutnya. Hanya air dan sedikit kuih sahaja yang dimakannya. Itupun setelah puas aku memujuknya.

Aku menemaninya di sini sejak kelmarin juga. Farhan dan Azim aku tumpangkan di rumah sepupu Khairul.

"Abang tak ada selera. Kalau Farah lapar, abang belikan untuk Farah." Ujarnya lalu cuba bangun tetapi
segera aku menahannya.

"Farah tak lapar, cuma Farah risaukan abang." Balasku perlahan. Dia tersenyum sedikit lalu tangannya
mengusap pipiku.

"Tak perlu risaukan abang. Yang perlu kita risaukan sekarang adalah emak. Mana kita hendak mencari seseorang yang sanggup mendermakan buah pinggang buat emak."

"Tetapi, macam mana abang hendak mencari orang kalau diri abang sendiri nampak tak bermaya. Abang perlu makan, kalau tak banyak... sedikit pun jadilah. Tak elok biarkan perut kosong, nanti abang pula yang sakit." Kataku bersungguh-sungguh. Dia tersenyum lagi.

"Macam mana abang hendak makan jika mengenangkan keadaan mak di dalam sana?" Aku terdiam mendengar kata-katanya. Ada betulnya juga kata-kata Khairul. Aku sendiri pun tidak berselera untuk mengambil makanan apabila mengenangkan keadaan emak. Fikiranku juga kusut apabila melihat dia dan ayah berwajah muram sahaja. Makanan yang ditelan pun begitu kesat sekali untuk melalui kerongkong.

"Ermmm... apa kata kalau saya saja yang mendermakan buah pinggang buat emak?" Ujarku perlahan.

Mata Khairul bulat memandangku. Dia pula yang terdiam.

"Apa... apa Farah cakap?" Tergagap-gagap dia meminta aku mengulangi kata-kataku.

"Abang, biarlah Farah cuba. Manalah tahu, buah pinggang Farah sesuai buat emak." Aku mengulangi
kata-kataku. Kali ini dengan lebih jelas lagi.

"Tapi... "

"Abang, izinkanlah Farah mendermakan buah pinggang Farah buat emak. Farah tahu, walaupun buruk layanan emak pada Farah, namun Farah sudah menganggap emak seperti emak Farah sendiri. Sakit emak, sakit Farah. Sihat emak, sihatlah Farah."

"Tapi, Farah tak perlu membuat pengorbanan seperti ini. Kita boleh cuba cari orang lain dulu." Khairul
seperti enggan menerima sarananku.

"Mengapa perlu cari orang lain sedangkan Farah sendiri sudah menyanggupinya. Lagipun apalah sangat
pengorbanan Farah ini jika dibandingkan dengan kesihatan emak nanti. Abang, Farah ikhlas bang. Farah pun mahukan emak sihat seperti sedia kala."

"Mana boleh begitu Farah... " Dia masih lagi tidak mahu membenarkan aku mendermakan buah pinggangku buat emaknya.

"Abang, Farah sudah nekad. Izinkanlah Farah mendermakan buah pinggang Farah buat emak ya?"

Khairul tidak terus menjawab. Dia bangun lalu mundar-mandir di hadapanku. Aku tahu dia serba-salah
dan sedang memikirkan permintaanku. Aku sendiri tidak menyangka yang aku mengeluarkan permintaan itu. Namun, aku sedar... emak adalah segala-galanya buat diri Khairul. Siapa yang mahu melihat ibu sendiri menderita menanggung penyakit yang boleh membawa maut itu.

"Habis, Farah macam mana pula?" Pertanyaannya mengundang rasa hairan padaku.

"Apa maksud abang?" Aku menyoalnya kembali.

"Kalau Farah dermakan buah pinggang Farah pada emak, macam mana Farah hendak meneruskan hidup?"

Aku hampir ketawa apabila mendengar soalannya. Dalam keadaan yang kusut seperti ini, dia yang terpelajar sudah tidak dapat berfikir dengan rasional.

"Abang, selalunya buah pinggang dapat berfungsi walaupun hanya ada sebelah sahaja. Insyaallah jika
selepas pemeriksaan nanti, doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggang Farah elok, hanya sebelah sahaja yang akan diberikan pada emak." Aku memberi penerangan kepadanya. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami.

"Kalau beri kedua-duanya, matilah Farah. Tapi, kalau abang mahukan Farah berikan kedua-duanya sekalipun, Farah rela bang. Asalkan emak sihat semula." Ujarku lemah. Tetapi Khairul pantas mendekati aku. Dia berlutut di hadapanku. Dia mencapai tanganku lalu digenggam erat. Tindakannya itu membuatkan aku terpinga-pinga.

"Jangan kata begitu Farah. Abang tak mahu menghadapi kematian lagi. Cukuplah sekali. Abang tak sanggup kehilangan insan yang abang sayangi. Please... jangan cakap soal mati lagi ya." Terkedu aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Benarkah apa yang aku dengar ini? Akukah insan yang disayanginya itu ataupun emak? Huh... sudah tentu emaknya. Siapalah aku untuk mendapat kasih sayangnya. ku hanya 'pengasuh' buat anak-anaknya. Aku tidak bernilai langsung di sisinya. Mana mungkin dia dapat mengalihkan kasihnya padaku. Hanya aku sahaja yang setia menyayanginya walaupun belum tentu kasihku berbalas.

Aku tersenyum hambar. Tanpa diduga dia terus mendakapku erat. Buat pertama kalinya dalam tempoh perkahwinan aku bersamanya, dia memelukku. Satu keajaiban berlaku. Perlahan-lahan dia merenggangkan pelukannya lalu satu kucupan hangat hinggap di dahiku.

"Farah, mana mungkin abang mendapat seorang isteri yang semulia kau. Sanggup kau mendermakan buah pinggang buat emak. Tak terbalas pengorbanan kau buat abang Farah." Ucapnya sambil matanya tepat merenung mataku.

"Apa yang Farah lakukan ini, tidaklah sebesar mana. Cuma satu sahaja permintaan Farah. Harap abang boleh tunaikan."

"Apa dia Farah. Katakan sahaja, abang akan tunaikan." Dia kembali menggenggam erat tanganku.

"Seandainya, buah pinggang Farah sesuai untuk didermakan kepada emak, Farah amat berharap agar abang rahsiakan dari pengetahuan emak ya."

Khairul terkejut dengan permintaanku. Genggaman tangannya mulai longgar.

"Mengapa pula dirahsiakan? Sepatutnya Farah memanfaatkan. Sekurang-kurangnya emak akan sedar bahawa Farah seorang yang amat baik. Mungkin tanggapan emak terhadap Farah akan berubah." Aku tahu dia tidak puas hati dengan permintaanku. Namun pengorbananku ini bukanlah mahukan apa-apa sebagai balasan.

"Apa yang Farah lakukan ini, tidak menuntut apa-apa balasan bang. Farah ikhlas. Jika emak mahu menerima Farah, biarlah kerana diri Farah sendiri dan bukannya disebabkan kesudian Farah mendermakan buah pinggang Farah buatnya. Harap abang faham."

Melihat ketegasanku, Khairul akur. Dia bangun lalu kembali duduk di sebelahku. Tangan kanannya melingkari pinggangku dan tangan kirinya menggenggam erat jariku.

"Baiklah, jika itu permintaan Farah, abang akur. Sekarang, mari abang bawa Farah berjumpa dengan Doktor Johari." Katanya lalu memimpin aku menuju ke bilik Doktor Johari.

Abang... memang aku tidak mahukan apa-apa balasan atas pengorbananku ini. Cukuplah sekadar jika kau dapat menerima aku dalam hidupmu. Menerima aku sebagai isterimu yang sebenar-benarnya. Dan juga berilah aku kesempatan untuk mengecap nikmat perkahwinan yang sebenar-benarnya.

Bab 28 - Khairul

Sudah hampir tiga jam Farah dimasukkan ke dalam bilik bedah. Aku bersyukur kerana buah pinggang Farah sesuai untuk didermakan kepada emak. Dan sekarang dia sedang dibedah untuk mengeluarkan salah satu daripada dua buah pinggangnya. Ayah pula sedang tekun membaca surah Yassin di kerusi di hadapan bilik bedah. Wajah ayah tampak tenang sekali. Berbeza dengan diriku yang sedari tadi gelisah menantikan selesainya pembedahan ke atas kedua-dua wanita yang aku sayangi. Sedang aku berteleku di atas kerusi, pintu bilik bedah terbuka. Kelihatan beberapa orang sedang keluar dari bilik itu sambil membawa satu bekas yang ditutup rapi dan menuju ke bilik sebelah yang juga bilik pembedahan yang menempatkan emak sekarang. Aku menerpa ke arah mereka. Begitu juga dengan ayah.

"Bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Terpacul soalan dari bibirku.

"Isteri encik selamat. Tapi sekarang dia masih belum sedar. Sebentar lagi dia akan di bawa masuk ke wad." Jawab seorang wanita yang keluar dari bilik bedah itu. Mungkin dia jururawat di situ.

"Terima kasih." Balasku pula. Tidak lama kemudian, mereka menyorong keluar sebuah troli. Farah sedang berbaring tidak sedarkan diri di atasnya. Pantas aku mendapatkan troli yang sedang ditolak itu. Aku capai tangan Farah lalu kugenggam erat. Kukucup berulang kali tangannya. Terasa sejuk sekali tangan isteriku.

"Maafkan kami encik. Kami perlu bawa isteri encik segera masuk ke dalam wad." Kata jururawat yang
berdiri di hujung kepala troli itu.

"Boleh saya ikut sekali?" Soalku.

"Maaf encik. Buat masa sekarang pelawat tidak dibenarkan melawat pesakit memandangkan pesakit baru selesai menjalani pembedahan." Aku menganggukan kepala. Tiba-tiba terasa bahuku disentuh dari
belakang. Aku pantas menoleh. Ayah sedang memandangku.

"Biarlah dulu Khairul. Farah sudah selamat. Kita tunggu emak kau pula. Dia sedang dibedah sekarang." Suara lembut ayah menampar cuping telingaku. Setelah mendengar kata-kata ayah, aku melepaskan genggaman tangan Farah lalu jururawat tersebut menolak troli Farah menghilang di sebalik pintu. Aku kembali duduk di kerusi.

"Ayah hendak ke mana?" Aku bertanya sebaik sahaja aku melihat ayah melintas di hadapanku.

"Ayah hendak ke surau, sembahyang Zohor." Balas ayah lalu beredar dari situ. Aku melirik ke jam tanganku, sudah hampir ke pukul dua petang. Sudah lama Zohor masuk. Aku sendiri belum lagi menunaikan solat Zohor. Hmmm... biarlah ayah sembahyang dulu. Kemudian baru aku pula yang pergi.

Setelah hampir lima jam para doktor dan jururawat berkurung di dalam bilik pembedahan, akhirnya mereka keluar juga. Di wajah mereka terukir keletihan yang amat sangat. Aku dan ayah segera mendapatkan mereka.

"Macam mana dengan pembedahan itu tuan doktor?" Soal ayah tidak sabar. Wajah ayah sungguh cemas menantikan jawapan persoalannya kepada doktor tersebut.

"Alhamdulillah, pemindahan buah pinggang itu berjaya dilakukan. Buat masa sekarang kita hanya perlu
menunggu dan melihat samada sistem tubuh badan isteri Encik Said dapat menerima buah pinggang tersebut atau tidak. Sama-samalah kita berdoa ya!" Doktor itu menepuk-nepuk bahu ayah sambil mengukir senyuman.

"Terima kasih tuan doktor kerana menyelamatkan isteri saya." Ucap ayah lalu menyalami tangan doctor
tersebut.

"Oh, tak perlu berterima kasih. Memang tugas saya. Lagipun saya hanya berusaha, hanya Allah sahaja yang menentukannya." Balas doktor itu sebelum meminta diri untuk beredar. Sekali lagi ayah menyalami tangan doktor. Aku juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih lalu bersalaman dengannya.

Ayah menadah tangan lalu ucapan syukur diucapnya berulang kali tanda syukur ke hadrat Ilahi. Aku dan
ayah saling berpelukan akhirnya. Kulihat ayah menitiskan air mata kegembiraan. Sepanjang tiga puluh lima tahun aku hidup, belum pernah aku melihat air mata di wajah ayah. Kali ini nampaknya ayah tewas dengan perasaannya sendiri. Betapa dalamnya kasih ayah buat emak.

Bab 29 - Khairul

Farah masih tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan emak. Aku menemani Farah di sini sementara ayah pula menemani emak di bilik sebelah. Tangan Farah erat di dalam genggaman tanganku. Dia seperti sedang tidur dengan nyenyaknya. Nafasnya begitu teratur.

Aku duduk menatap wajah Farah. Perlahan-lahan kuusap pipinya. Terasa licin dan lembut sahaja kulit pipi isteriku. Mengapakah dia begitu nekad untuk mendermakan buah pinggangnya kepada emak? Walaupun begitu buruk layanan emak buatnya, namun dia masih sanggup untuk melakukan pengorbanan yang sebegini? Apakah dia tiada perasaan?

Farah, sekarang barulah abang sedar bahawa kaulah yang paling penting dalam hidup abang selepas emak, ayah dan anak-anak abang. Maafkan abang kerana membuatkan kau menderita selama ini di dalam ikatan perkahwinan kita ini. Tapi, abang berjanji Farah... selepas ini abang akan menyayangi dirimu dengan sepenuh hati. Abang akan menjaga Farah dan tidak akan membiarkan kau menderita lagi.

Berikanlah abang peluang untuk menebus kesalahan abang ini. Berikan abang peluang untuk menyayangimu dan mengasihimu buat selama-lamanya. Kaulah segala-galanya di dalam hidup abang sekarang. Tidak sanggup abang melihat kau menderita lagi. Kau akan kubelai dengan sepenuh hati.

Farah, bukalah matamu agar dapat abang menatap matamu yang redup itu. Sedarlah agar abang dapat mendengar suaramu yang lunak itu. Abang rindukan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirmu. Abang rindukan gelak tawamu ketika melayani karenah anak-anak kita. Bangunlah Farah... bangunlah sayang...

Aku membawa tangannya ke dadaku. Kemudiannya ke bibirku. Entah sudah berapa kali aku melakukannya. Tiba-tiba aku terasa ada pergerakan kecil pada jarinya yang berada di dalam genggamanku. Aku berpaling menatap wajahnya. Kelopak matanya bergerak-gerak. Hatiku berbunga ceria.

"Farah... Farah... buka mata sayang. Abang ada di sini." Perlahan-lahan aku memanggilnya. Dia masih lagi sedang berusaha untuk membuka matanya. Setelah beberapa ketika, barulah kelopak matanya terbuka. Dia kelihatan seperti terpinga-pinga.

Segera kukucup tangannya buat kesekian kalinya. Dia segera mengalihkan pandangannya kepadaku.

"Abang... " Panggilnya lemah.

"Ya sayang, abang ada di sini." Balasku cepat.

Matanya memandang aku lama. Dia cuba bangun tetapi segera aku menghalangnya.

"Macam mana dengan keadaan emak?" Soalnya lemah.

"Alhamdulillah, emak pun selamat. Ayah sedang menemani emak di bilik sebelah." Jawabku.

"Farah nak tengok mak, abang." Pintanya yang masih lemah. Aku pantas menggelengkan kepala.

"Tak boleh. Farah masih lemah, dan perlukan rehat yang secukupnya. Farah nak air?"

Dia hanya menganggukkan kepalanya. Aku terus menuangkan air ke dalam gelas lalu aku membantu dia untuk minum. Hanya beberapa teguk sahaja dia menelan air. Sebaik sahaja dia habis minum, segera aku
menyuruhnya berbaring semula dan meminta untuk kembali tidur. Dia tidak banyak berkata-kata dan kemudiannya kembali memejamkan matanya.

Belum sempat aku menarik gebarnya, dia kembali membuka matanya dan memegang lenganku.

"Anak-anak macam mana?" Dia risaukan keadaan Farhan dan Azim. Dalam sakit-sakit begini, ingatannya
terhadap Farhan dan Azim tetap tidak lekang.

"Mereka tinggal bersama dengan Asmah. Jangan risau, esok abang akan bawa mereka datang jumpa Farah ya!" Janjiku memuaskan hatinya. Dia kembali memejamkan mata lalu tidak lama kemudian terdengar dengkuran halus darinya.

Asmah merupakan sepupuku. Sejak semalam aku menumpangkan Farhan dan Azim di rumahnya. Farhan dan Azim juga sibuk bertanyakan mama mereka. Aku cuma menyatakan bahawa mama mereka sedang menemani opah mereka di hospital. Nasib baik anak-anakku tidak terus banyak bertanya. Mungkin leka bermain dengan sepupu-sepupu mereka yang juga anak-anak kepada Asmah.

Sebelum aku beredar untuk menjenguk emak, aku mengucup dahinya. Sedikitpun tidurnya tidak terganggu dengan perbuatanku. Perlahan-lahan aku menapak keluar dari bilik itu menuju ke bilik sebelah.

"Ayah." Sapaku perlahan pada ayah yang sedang tekun membaca surah Yassin. Sejak emak dimasukkan ke dalam bilik pembedahan hinggalah sekarang, surah Yassin tidak lekang dari pegangannya.

"Farah sudah sedar?" Soal ayah tanpa berpaling kepadaku.

"Sudah ayah. Tapi selepas minum air sedikit, dia kembali tidur. Mungkin kesan bius masih kuat." Terangku perlahan. Ayah hanya menganggukkan kepalanya.

"Hanya emak kamu yang masih belum sedar." Ucap ayah lemah lalu memegang tangan emak.

"Sabarlah ayah, insyaallah emak tak apa-apa." Aku cuba memujuk dan meredakan keresahan ayah. Aku memaut bahu ayah lembut.

"Insyaallah... " Balas ayah kembali dan terus menyambung bacaannya. Kubiarkan ayah seorang menemani emak dan berniat untuk kembali menemani Farah.

Bab 30 - Khairul

"Mana Farah? Dah seminggu aku di sini, tak pernah sekali pun dia datang menjenguk aku." Emak asyik
bertanyakan Farah. Dia berasa hairan kerana menantunya itu tidak pernah datang melawatnya di hospital. Mana boleh Farah datang melawatnya dengan keadaannya yang sendiri baru dibedah. Nanti emak akan hairan dan rahsia Farah mendermakan buah pinggang padanya akan terbongkar.

"Farah bekerja. Lagipun dia sudah ambil cuti lama sewaktu emak mula-mula masuk hospital dulu. Lagipun tak eloklah dia cuti lama-lama. Nanti apa pula kata bos di tempat kerjanya itu." Aku membuat dalih untuk Farah. Sedangkan hakikatnya Farah masih bercuti dan sekarang sedang berehat di rumah Asmah.

Kesihatan emak semakin baik. Buah pinggang yang Farah dermakan itu sesuai dengan sistem tubuh emak. Aku amat bersyukur dengan keadaan emak sekarang yang semakin pulih. Semakin pulih emak, semakin rancak jugalah mulutnya menyindir Farah di hadapanku. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk berterus terang, namun aku harus berpegang pada janjiku.

"Sudahlah emaknya. Cubalah jangan berprasangka sangat pada Farah tu. Dia memang seorang menantu yang baik. Janganlah awak hendak memburuk-burukkan dia lagi. Bersyukurlah dengan keadaan awak sekarang nie." Ayah pula menyampuk. Mungkin ayah juga seperti aku yang tidak tahan mendengar emak yang sering menyindir Farah.

"Bila saya boleh keluar dari sini bang? Saya dah bosan asyik bau ubat saja di wad nie. Sampai pening kepala saya dibuatnya." Emak mengalihkan tajuk perbualannya apabila ayah mula bersuara.

"Esok." Pendek sahaja ayah menjawab pertanyaan emak.

"Farhan dan Azim ada di sini?" Emak kembali menyoalku.

"Ermmm... petang nanti Farah datang bawa anak-anak. Dia tahu emak akan keluar dari hospital esok, jadi selepas habis waktu kerja dia akan pulang ke sini segera dengan anak-anak." Aku mengutuk-ngutuk diriku sendiri kerana terpaksa berbohong kepada emak demi mahu menyembunyikan keadaan Farah sekarang.

Walaupun begitu, aku melihat kesihatan Farah juga semakin baik. Cuma dia perlu berhati-hati dalam pergerakannya. Risau akan tempat pembedahan itu akan terluka kembali. Azim pun tidak didukungnya walaupun berkali-kali anak kecil itu memintanya untuk didukung. Paling-paling tidak, diriba sahaja untuk tidak mahu menghampakan permintaan Azim.

"Apa yang kau menungkan. Teringatkan bini kesayangan dialah tu." Sindiran emak kusambut dengan senyuman memekar.

Memang aku rindukan dia. Rindukan kelincahannya. Tapi, sedikit masa lagi dia akan kembali seperti biasa. Aku tidak sabar untuk kembali ke rumahku. Aku mahu mulakan hidup baru bersamanya. Aku mahu membuka lembaran baru bersamanya. Dia tidak akan kusia-siakan lagi.

"Siapa yang tidak rindukan isteri mak. Tambahan pula isteri sebaik Farah, bukannya calang-calang orang yang dapat. Saya yang bertuah kerana dapat memperisterikannya, mak." Keluhku lalu tersenyum hambar.

"Amboi, puji melambung tinggi nampaknya. Takkan baru seminggu sudah nanar kau jadinya. Itu baru seminggu, nanti kalau Farah bersalin... kurang-kurang dua bulan kau kena 'puasa'." Ayah menyakat aku. Aku hanya ketawa besar. Percakapan ayah mengandungi maksud yang amat tersirat. Gelihati aku dibuatnya.

"Dua beranak nie, kalau bergurau langsung tak ingat dunia. Di sini hospital, mana boleh bising-bising
begini." Emak memberi amaran kepada kami agar merendahkan sedikit nada suara kami.

"Hmmm... dah dekat setahun kau berdua berkahwin, takkanlah tak ada apa-apa lagi?" Ayah menyoalku. Aku hanya mengerutkan dahi, tidak memahami maksud pertanyaan ayah.

"Ada apa-apa? Apa maksud ayah, saya tak fahamlah." Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

"Kau nie Khairul, sudah ada anak duapun masih tak faham-faham." Ujar ayah lalu ketawa kecil.

"Yalah, cuba ayah cakap terang-terang. Janganlah berbelit-belit." Balasku pula yang semakin
kebingungan.

Ayah ketawa kali ini. Emak menjeling ke arah ayah. Terhenti ketawa ayah apabila melihat jelingan emak.

"Awak jangan jeling saya macam tu, nanti gugur jantung saya." Ayah cuba bergurau dengan emak. Nampaknya gurauan ayah menjadi apabila jari emak menggutis lengan ayah. Aku tersenyum bahagia melihat kemesraan emak dan ayah.

"Ayah nie teringin hendak bercucu lagi. Belum 'berisi' lagikah Farah tu?" Kali ini ayah berterus-terang akan maksud kata-katanya sebelum ini.

Aku tersentak seketika. Terdiam aku mencari jawapan yang sesuai.

"Kau berdua merancangkah?" Ayah menambah pertanyaannya.

"Tak adalah. Cuma belum ada rezeki." Aku diserang serba salah.

Hampir setahun usia perkahwinanku, belum sekali pun aku tidur bersama dengan Farah. Mana mungkin Farah dapat mengandung dengan keadaan kami sekarang.

"Sementara masih muda beginilah kalau nak beranak. Lagipun, Farah muda lagi. Masih mampu untuk memberikan zuriat pada kau. Takkanlah dia tidak teringin hendakkan anak sendiri. Farhan dan Azim pun semakin membesar dan sudah tidak perlukan perhatian yang khusus." Panjang lebar ayah menasihatiku. Aku hanya mendiamkan diri, tidak mencelah langsung.

"Nanti kalau ada anak sendiri, sudah tentu tak diperdulikan Farhan dan Azim. Yalah, anak orang mana sama dengan anak sendiri." Emak mula memasukkan jarumnya. Topik yang ayah bualkan memberi peluang padanya untuk menyindir Farah.

"Emak jangan kata begitu. Farah bukan orang seperti yang emak sangkakan. Dia seorang ibu dan isteri yang baik. Saya yakin, walaupun dia sudah ada anak sendiri, kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim tetap tidak berubah." Aku membela Farah. Aku tahu emak tidak menyenanginya setiap kali aku memuji Farah di hadapannya.

"Emak nampak sejak akhir-akhir ini, sejak emak dimasukkan ke hospital kau dan ayah kau semakin memuji-muji Farah. Apa kena dengan kamu berdua?" Nada suara emak agak meninggi. Emak mula mencurigai kami. Aku dan ayah saling berpandangan.

"Sudahlah tu. Kita tamatkan sahaja perbualan kita di sini. Sekejap lagi waktu melawat akan tamat. Kami
berdua beredar dululah. Malam nanti abang datang semula." Kata-kata ayah menyelamatkan aku dari terus diserang bertubi-tubi oleh emak.

"Selagi kita boleh rahsiakannya, kita cubalah Khairul. Itu permintaan Farah sendiri. Walaupun sukar, kita perlu berusaha. Farah memang seorang wanita yang baik, amat baik sebenarnya. Berjanjilah kau takkan
mensia-siakan hidupnya, Khairul." Kata ayah kepadaku ketika kami sama-sama melangkah menuju ke kereta.

"Saya berjanji ayah. Selagi saya masih hidup, saya akan membahagiakan Farah." Itulah ikrarku pada ayah. Memang aku teramat menyayanginya. Tidak sanggup membiarkan hatinya terluka lagi. Cukuplah hatinya menderita sebelum ini. Akan kucuba untuk membahagiakan hidupnya walaupun Linda masih membayangi hidupku lagi.

Kasih Di hujung rindu 9
Bab 31 - Farah

Semakin hari semakin aku bingung dengan gelagat Khairul. Perhatiannya buatku semakin mendalam. Diriku dijaga dengan begitu rapi. Aku bukannya sakit hingga memerlukan pemerhatian yang sebegitu. Adakalanya aku menjadi rimas. Lagipun luka sewaktu pembedahan tiga bulan yang lalu, sudah pun sembuh.

Perubahan terhadap dirinya berlaku semenjak aku menjalani pembedahan dahulu. Dirinya seakan begitu mesra denganku. Ucapan 'sayang' sudah menjadi sebati dengan telingaku. Tiada lagi panggilan yang berupa nama buatku, hanya panggilan 'sayang' menggantikan panggilan nama buatku.

Dia juga sudah berani mendakapku dan mengucup pipiku setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja. Satu
perbuatan yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Jika dahulu, aku yang akan mengucup tangannya ketika bersalaman sebelum berpisah dari dalam lif (pejabatnya selang dua tingkat dari pejabatku). Setiap hujung minggu pula aku dihadiahkan sejambak besar bunga ros pelbagai warna. Bila kutanya mengapa, dia hanya tersenyum.

Adakalanya aku merasa bahagia dengan perubahannya ini, dan ada ketikanya pula aku keliru. Keliru dengan perubahan yang begitu mendadak ini. Ada apa-apakah yang tersirat di sebalik perubahannya ini. Atau sekadar mengaburi pandanganku sahaja.

"Apa yang sayang menungkan itu? Jauh sangat nampaknya. Ingat pakwe ke?" Guraunya sambil tangannya erat memeluk pinggangku dari belakang. Tika itu aku sedang mengacau seperiuk bubur jagung yang sedang mendidih untuk hidangan minum petang.

"Eh, abang? Ingatkan siapa tadi?" Aku terkejut dengan kedatangannya secara tiba-tiba.

" Abanglah, siapa lagi dalam rumah nie? Sayang masak apa tu? Wanginya bau." Dia menjenguk sedikit kepalanya ke hadapan untuk melihat ke dalam periuk.

"Farah masak bubur jagung." Balasku lalu cuba mengungkaikan pelukan kemasnya.

"Kenapa? Tak suka?" Soalnya mengusik.

"Bukan. Farahkan tengah memasak sekarang." Jawabku. Dadaku berdegup dua kali lebih pantas dari biasa.

Dia hanya tersenyum lalu melepaskan rangkulannya dan terus beredar ke ruang tamu. Aku menghela nafas kelegaan. Setiap kali dia berada di sisiku, perasaanku menjadi tak keruan. Kadang kala aku jadi takut apabila dia berada di sisi. Entah mengapa perasaan itu timbul sekarang sewaktu dia sudah mula menampakkan kemesraan terhadapku. Adakah aku sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya?

Bab 32 - Khairul

Kini dia seolah-olah melarikan diri dariku. Segala perlakuan kemesraanku disambut dingin olehnya. Adakah sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya? Adakah dia sudah jemu menanti hingga dia bersikap begitu?

Rasanya sudah terlalu lama aku mensia-siakan dirinya. Tetapi, tatkala aku cuba menyemai kasih buatnya, dia kurasakan semakin jauh dariku. Terlalu hingga sukar untuk kugapai. Sebenarnya aku ingin memberikannya hak sebagai isteri yang telah aku rampas darinya setahun yang lalu.

Tapi, adakah aku sendiri pasti dengan keputusanku ini? Adakah ini bermakna aku sudah dapat melupakan Linda untuk selamanya? Adakah ini juga bermakna kasihku sudah beralih arah? Beralih dari Linda kepada Farah. Dan adakah juga aku sudah mengkhianati cintaku pada Linda dengan menyintai Farah pula? Tetapi, dia isteriku. Arghhh& mati akal aku begini!!! Aku keliru& keliru&

Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami. Aku ingin menyambutnya dengan penuh makna. Farhan dan Azim aku tumpangkan di rumah pengasuhnya. Aku sendiri pulang awal hari ini semata-mata mahu membuat persediaan untuk sambutan ulang tahun pertama perkahwinan kami.

Dari dalam rumah, aku mendengar deruman kereta. Lampu memang sengaja aku padamkan. Hari ini aku biarkan Farah memandu sendiri pulang dari tempat kerjanya. Seketika kemudian, terdengar pula pintu dibuka. Aku sudah bersedia berdiri di hadapan pintu menanti kepulangannya. Daun pintu dibuka perlahan-lahan.

Assalamualaikum. Ucapnya perlahan.

Waalaikummussalam. Balasku. Dia seperti terperanjat. Pantas dia menoleh ke arahku dengan wajah yang agak pucat. Aku tersenyum memandangnya.

Masyaallah, abang rupanya. Ingatkan pencuri tadi. Katanya tercungap-cungap.

Takkanlah pencuri hendak jawab salam. Balasku bergurau. Dia kemudiannya ketawa kecil.

Apa abang buat dalam gelap-gelap begini. Letrik terputus ke? Soalnya lagi sambil tangannya mencari-cari suis di dinding. Aku pantas menarik tangannya.

Tak. Abang tunggu sayanglah.

Tunggu Farah? Buat apa? Soalnya kehairanan. Dia memandang wajahku agak lama.

Happy Anniversary! Ucapku lalu mengucup pipinya. Dia kelihatan terpinga-pinga. Dia menolak dadaku perlahan.

Today? Our first anniversary? Soalnya kaget dan sedikit cemas. Aku menganggukkan kepalaku lalu
menariknya mengikutku ke ruang dapur. Aku sudah menyiapkan hidangannya istimewa buatnya. Aku mahu dia mengingatinya buat selama-lamanya.

Apa semua ini, bang? Dia mengelilingi meja kecil yang sudah aku hiasi dengan dua batang lilin dan makanan. Walaupun aku tidak tahu sangat cara menghias meja makan, tetapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan kesungguhan untuk membuat sesuatu yang istimewa malam ini.

Our candle light dinner. Tonight is our night! Ucapku penuh makna lalu menghampirinya. Aku memimpinnya ke kerusi lalu menarik sebuah kerusi dan memintanya agar duduk. Dia dengan tidak banyak soal terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Aku pula mengambil tempat berhadapan dengannya.

Maafkan Farah. Farah langsung tidak teringat hari ini adalah ulang tahun yang pertama perkahwinan kita. Farah tak belikan apa-apa pun untuk meraikannya. Lagipun Farah tak sangka abang hendak meraikannya. Terangnya dengan mata yang bersinar-sinar.

Tak mengapa sayang. Janji malam ini tiada gangguan. Malam ini abang hendak berdua sahaja dengan sayang, isteri abang.

Wajahnya sedikit berubah. Mungkin terkejut dengan percakapanku. Wajahnya merona merah, malu.

Ermm& abang masak ke? Dia cuba mengalih perbualan.

Abang hidang saja, tukang masak restoran yang masakkan. Dia ketawa mendengarnya. Dia memang tahu aku tidak begitu gemar memasak, cuma gemar makan masakannya saja.

Not bad! Balasnya lalu ketawa lagi. Aku senang hati melihatnya ketawa begini. Hilang rasa kerisauan yang bersarang di hatiku.

Mari, kita makan. Jemputku. Kami kemudiannya menikmati hidangannya yang aku tempah khas dari sebuah restoran yang sememang menjadi tempat kegemaran kami.

Selepas selesai menjamu selera, aku mengajaknya menari. Dia agak keberatan. Tetapi setelah aku
memujuknya berkali-kali, barulah dia bersetuju. Aku terus memainkan muzik lembut dari hi-fi. Perlahan-lahan aku menariknya ke dalam pelukanku. Kami menghayunkan badan perlahan mengikut rentak muzik dari Jim Brickman, seorang pemain piano.

Sayang& Panggilku sewaktu sedang asyik menari.

Ya& Sahutnya perlahan.

Sayang cantik sekali malam ini. Pujiku kepadanya. Hakikatnya isteriku ini sentiasa cantik pada
pandanganku.

Sebelum ini tak cantikkah?

Cantik& Cuma malam ini sayang kelihatan lebih cantik. Lain dari hari-hari biasa. Rambut ikalnya yang
panjang melepasi bahu, kubelai-belai. Terbau haruman rambutnya yang begitu mengasyikkan.

Puji lebih nampaknya. Kedengaran dia ketawa halus. Aku tersenyum sumbing lalu memperkemaskan pelukanku.

Sayang, sayang bahagia? Aku bertanya ketika masing-masing hanyut di dalam irama merdu petikan
piano.

Dia tidak menjawab sebaliknya merenggangkan pelukannya. Dia menatap wajahku lalu menganggukkan
kepalanya.

Sangat bahagia? Aku menduganya lagi. Kali ini dia tersenyum kecil.

Kenapa tanya begitu? Dia terus menjauhkan dirinya dariku. Dia menuju ke suis lampu lalu dipetiknya.
Suasana yang tadinya suram terus menjadi terang benderang. Kemudian dia terus duduk di sofa. Aku
sedikit tersentak dengan tindakannya.

Tiada apa-apa. Cuma abang rasa, abang amat bahagia sekarang. Ujarku lalu mendekatinya.

Sebelum ini tak bahagiakah? Nampaknya dia pula cuba mengujiku. Aku menarik nafas sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Ku capai tangannya lalu kugenggam erat.

Bahagia, cuma malam ini amat bahagia sekali.

Masing-masing terdiam. Masing-masing kehilangan kata-kata. Tiba-tiba di fikiranku terlintas saat-saat
indah tika aku menyambut ulang tahun perkahwinanku bersama Linda dahulu. Dia akan mengambil cuti dan bertungkus lumus memasak makanan kegemaranku. Dan kami akan meraikannya dalam suasana yang penuh romantik. Tapi, kini dia sudah tiada. Aku amat merindui saat-saat manis bersamanya dulu.

Abang& kenapa termenung? Tangan Farah sudah mendarat di bahuku. Tersentak seketika aku.

Tiada apa-apa. Cuma& Aku tidak menghabiskan kata-kataku sebaliknya hanya tersenyum. Aku tidak sepatutnya membangkitkan kisah Linda tika bersama-sama meraikan ulang tahun perkahwinanku dengan Farah. Mungkin dia akan tersinggung pula nanti.

Apa sebenarnya yang abang mahu beritahu pada Farah? Ada sesuatu yang pentingkah? Atau mungkin juga abang ingin membincangkan tentang sesuatu perkara? Kali ini dia melemparkan senyuman sinis buatku. Mungkin dia tahu apa yang berlegar di fikiranku tika ini.

Perasaanku berbaur. Entah mengapa, hatiku menjadi sayu apabila teringatkan saat-saat indah bersama Linda dahulu. Kenangan-kenangan itu semakin menyesakkan fikiranku. Tergambar senyuman manis Linda. Bagaikan terdengar-dengar ketawa manjanya di telingaku. Terasa bagaikan dia berada di hadapanku tika ini. Oh Tuhan, aku amat merinduinya.

Astaghfirullah& mengapa aku begini? Aku tidak sepatutnya memikirkan semua ini. Malam ini adalah malam aku dan Farah. Aku tidak sepatutnya memikirkan tentang Linda sewaktu Farah bersamaku. Aku perlu lupakan tentang Linda jika aku mahukan perkahwinanku dengan Farah berjaya. Ya& aku perlu lupakan Linda. Tapi, aku tidak mampu.

Aku sendiri bergelut dengan perasaanku. Aku tahu Linda adalah kenangan, dan Farah di hadapanku ini adalah kenyataan dan mungkin penentu masa depanku. Aku tidak seharusnya mensia-siakan hidupnya lagi. Bukankah aku sudah berjanji di hadapan ayah dahulu bahawa aku akan menyayangi Farah buat selama-lamanya.

Abang? Abang ada masalah? Dia kembali menyapaku. Terlakar riak kehairanan di wajahnya apabila aku mendiamkan diri agak lama. Aku menggelengkan kepala. Aku tatap wajahnya lama.

Why? Suaranya seakan berbisik. Entah mengapa hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk mendakapnya.

I& I& I want u!

Kasih DI hujung RIndu 10
Bab 33 ? Farah

Penantian selama setahun akhirnya berakhir. Kini aku benar-benar bahagia. Khairul sudah menerima aku dengan sepenuh hatinya. Terubat rinduku selama setahun ini. Tiada apa yang aku dambakan darinya lagi. Segalanya sudah lengkap. Aku teramat bahagia menjadi isterinya.

Pengakuan sayang dari bibirnya semalam, amat kunantikan selama ini. Dan sepanjang malam diriku dibelai dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah aku merasakan seperti itu sebelum ini. Inilah satu-satunya perasaan yang hanya dapat dirasai oleh seorang isteri apabila diri diterima dan disayangi sepenuh hati oleh suami.

Tiada perkataan yang dapat aku gambarkan untuk menyatakan betapa aku amat gembira dengan
perubahannya. Walaupun sedikit terkejut dengan tindakannya, namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana doaku selama ini dikabulkan. Kebahagiaan yang kukecapi hari ini memang aku nantikan selama ini dan ianya sudah berada di dalam genggamanku.
Tetapi, apabila aku terjaga tengah malam semalam, aku dapati dia tiada di sisiku. Aku mengenakan pakaianku kembali dan keluar dari bilik untuk mencarinya. Aku meninjau-ninjau di dapur, kalau-kalau dia turun untuk mengambil minuman tetapi tiada. Aku naik semula ke atas dan menuju ke balkoni. Kelihatan dia sedang mengelamun di situ seorang diri. Pada mulanya aku mahu menghampirinya namun aku batalkan niatku dan kembali ke bilikku semula. Mungkin dia teringatkan arwah Linda. Aku tidak mahu mengganggunya.

Sedang aku leka melihat Farhan dan Azim bermain, tiba-tiba sahaja bahuku disentuh. Aku berpaling ke
sisi. Kelihatan Khairul sedang tersenyum sambil merenung wajahku mesra. Aku hanya membalas senyumannya lalu mengalihkan semula pandanganku pada anak-anak.

?Mengenai semalam? abang minta maaf.? Aku tersentak mendengar bicaranya.

?Maaf? Apa maksud abang?? Dadaku berdebar kencang. Mengapa pula dia berkata begini? Hatiku mula tidak enak.

?Apa yang berlaku semalam adalah satu kesilapan.? Perlahan sahaja dia menuturkan kata-kata itu.

Apa? Satu kesilapan? Jadi, apa yang terjadi semalam adalah satu kesilapan? Bukannya dia benar-benar
inginkannya? Apa makna semuanya ini?

?Kesilapan? Apa abang cakap nie?? Hatiku mula sebak. Dadaku bergetar. Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata.

?Maafkan abang sayang, memang apa yang berlaku antara kita semalam adalah kesilapan dari abang sendiri. Abang tidak mampu mengawal perasaan abang sendiri. Apa yang terjadi semalam adalah lantaran kerinduan abang yang tidak terbendung buat Linda.?

?Abang!!!! Please? bang. Tarik semula kata-kata abang. Katakan ianya tidak benar bang. Jangan buat Farah begini. Bukankah semalam abang mengaku bahawa abang menyayangi Farah, cintakan Farah.? Air mata sudah menderu-deru menuruni pipiku.

?Farah, memang abang sayangkan Farah tapi?? Kata-kata terhenti di situ. Dia melurutkan rambutnya
berkali-kali. Dia sendiri kelihatan runsing. sanalace> sewaktu melihat kelibat Farhan dan Azim. Namun, aku lace>cubalace> untuk
bertahan sehinggalah Khairul beredar. Namun, setelah hampir sejam berlalu, aku masih di sini. Setia menanti di dalam kereta. Sesekali terasa kakiku kejang sedikit kerana terlalu lama duduk memerap di dalam kereta.

Sampai bila aku mahu terus mendiamkan diri di sini? Bukankah niatku ke sini adalah mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim? Aku harus kuatkan semangatku.

Dengan membaca bismillah, aku keluar dari kereta dan menapak menuju ke rumah Kak Bedah. Sunyi sahaja keadaan rumah Kak Bedah. Selalunya, riuh rendah dengan gelak ketawa Farhan dan Azim. Aku lace>cubalace> meninjau-ninjau dari pintu pagar. Tiada langsung kelihatan kelibat Farhan dan Azim mahupun Kak Bedah. Dadaku berasa kurang enak. Ke mana agaknya mereka pergi? Aku memberanikan diri menekan loceng.

Aku menunggu seketika. Perasaanku mula gelisah. Dadaku berdebar-debar.

?Ya, cari siapa?? Terdengar suara Kak Bedah menyapaku.
Tika itu aku membelakanginya. Setelah mendengar suaranya, aku pantas berpaling ke arahnya lalu
tersenyum.

?Assalamualaikum Kak Bedah.? Sapaku kepada Kak Bedah yang berdiri bagaikan patung di hadapanku.

?Waalaikummussalam? masyaallah!!! Farah? Farahkah nie?? Kak Bedah seperti tidak menyangka aku yang berdiri di hadapannya. Wajahnya tika ini begitu mencuit hatiku, seperti melihat orang yang mati, hidup semula.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalaku lalu tersengih. Kak Bedah tergesa-gesa
membuka pintu pagar dan terus memelukku erat. Di kucupnya pipiku berkali-kali. Terharu aku melihat penerimaan Kak Bedah terhadapku.

?Ke mana kau pergi Farah?? Tanya Kak Bedah sebak. Di pimpinnya aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut dan kemudiannya duduk di atas sofa.

?lace>Adalace> Kak Bedah. Saya masih di sini, cuma tidak lagi serumah dengan Khairul. Budak-budak mana?? Balasku lalu tersenyum hambar. Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah.

?Janganlah begini Kak Bedah. Saya hidup lagi nie. Janganlah menangis begini. Sedih saya tengok.? Aku
memujuk Kak Bedah yang masih terisak-isak.

?Kak Bedah bukannya apa. Kak Bedah dah tahu ceritanya, Khairul dah ceritakan pada akak. Dia pun sedang mencari kau Farah. Ermm? sekejap ya. Akak hendak telefon Khairul dan beritahu dia yang kau ada di sini.? Belum sempat Kak Bedah bangun dari duduknya, aku cepat-cepat memegang tangannya.

?Kak Bedah, kalau boleh saya tak mahu dia tahu saya ada datang ke sini untuk melihat Farhan dan Azim.
Biarlah kedatangan saya ke sini menjadi rahsia dulu. Harap akak faham.? Terangku sambil menggengam erat tangannya. Wajahnya sedikit berkerut. Mungkin tidak memahami tindakanku untuk merahsiakan akan kedatanganku ke sini.

?Mengapa Farah?? Kak Bedah masih lagi tidak memahami akan tujuanku.

?Saya hanya mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim, bukannya dia.? Ujarku perlahan.\

?Tapi??

?Kak Bedah, saya hanya ingin berjumpa dengan anak-anaknya. Mana mereka berdua?? Aku pantas memintas kata-kata Kak Bedah.

?Mereka ada dalam bilik. Tak berapa sihat. Sejak Farah tiada, kesihatan Farhan dan Azim tidak menentu.
Sekejap demam? lepas dua tiga hari, baik semula. Seminggu lepas tu, demam semula. Entahlah? agaknya rindukan Farah.? Wajah Kak Bedah murung. aku disergap rasa pilu. Perasaanku menjadi sebak tiba-tiba.

?Mana mereka kak. Saya nak jumpa mereka sekarang.? Katanya lalu berdiri. Kak Bedah turut sama berdiri.

?Ada dalam bilik. Mari akak bawa ke sana.? Kak Bedah menarik tanganku. Aku membuntuti Kak Bedah.

?Lupa pula akak nak tanya kau. Dah berapa bulan nie?? Kak Bedah bertanya kepadaku. Tangannya mengusap-usap perutku yang memboyot. Aku hanya tersenyum kecil.

?Enam bulan kak.? Balasku. Kemudian terdengar Kak Bedah mengeluh.

?Dah enam bulan. Dalam keadaan begini, mengapalah Khairul sanggup menghalau kau keluar dari rumah. Dia nie tak fikirkah yang kau sedang mengandung. Kalau tak kasihankan pada kau, kasihanlah pada anak dalam kandungan kau nie. Ini anak dia, bukannya anak orang lain.? Kak Bedah merungut. Hatiku kembali berdebar-debar.

?Yang sebenarnya, dia tak tahu yang saya sedang mengandung.? Perlahan sahaja aku membalas kata-kata Kak Bedah.

?Apa Melopong Kak Bedah memandang wajahku. Aku diserang perasaan bersalah. Namun belum sempat aku membuka mulut untuk menerangkan hal sebenarnya kepada Kak Bedah, terasa aku dipeluk. Pantas aku melihat ke bawah.

?Auntie Mamaaa?? Farhan memelukku dengan linangan air mata.

Bab 49 - Farah

Sedari tadi aku tidak berenggang langsung dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua berada di dalam pangkuanku. Tubuhku dipeluk erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Kuusapi pipi Azim yang sedikit cengkung sedangkan dulunya tembam hinggakan membuatkan sesiapa sahaja yang nampak akan terasa ingin mencubitnya. Begitu juga dengan Farhan yang amat ketara berat badannya telah menurun.

Hatiku diruntun pilu bila melihat keadaan mereka. Perasaan bersalah merajai di dalam hatiku. Mereka
menjadi mangsa konflik di antara aku dengan papa mereka. Bukannya aku mahu keluar dari rumah itu. Aku boleh bertahan jika aku dipersalahkan, malah aku akan merayu bila dia menghalauku. Namun, dia telah menghinaku. Maruahku telah dipermainkan. Sanggup dia menuduhku perempuan jalang di jalanan. Maruahku disamakan dengan perempuan-perempuan murahan yang tak ubah seperti pelacur!

"Auntie Mama pegi mana? A'an dan adik rindu kat Auntie Mama." Farhan masih lagi merengek-rengek. Hati wanitaku kembali sebak. Aku memeluk Farhan dan Azim dengan erat.

"Auntie Mama kerja sayang." Jawabku lalu mengucup ubun-ubun Farhan.

"Keje kat mana?" Dia menyoalku lagi.

"Tempat kerja Auntie Mama jauh." Balasku. Dia pula hanya menganggukkan kepalanya.

"Mamaaa... " Azim memanggilku. Aku mengalihkan pandanganku kepada Azim. Kasihan anak kecil ini. Kejamnya aku kerana meninggalkan dia dalam ketika dia amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Maafkan mama sayang...

"Ya sayang." Pipinya kukucup mesra. Dia tersenyum gembira.

"Adik cayang mama.." Terkedu aku mendengar kata-katanya. Air mataku menitis laju. Terharu mendengar ucapan kudus yang terbit dari bibir mungil itu. Hampir empat bulan aku meninggalkannya, rupanya dia semakin petah bercakap. Alangkah bahagianya jika kehidupanku seperti dulu. Menjadi ibu buat mereka... mengasuh mereka... bermain dengan mereka... bercerita dengan mereka... Aku rindukan kebahagiaan dulu. Mengapa kebahagiaan itu dirampas dariku??

"Auntie Mama dah gemuk la... " Ucap Farhan lalu memegang perutku. Aku ketawa kecil. Aku mencubit lembut pipinya.

"Auntie Mama Farhan bukan gemuk, tapi dalam perut Auntie Mama ada adik Farhan." Kak Bedah mencelah perbualan kami dari belakang. Aku menoleh seketika lalu tersenyum. Kelihatan di sedang menatang dulang dan menghampiri aku.

"Adik A'an? Nie adik ada sini." Jawab Farhan sambil tangannya menunjuk ke arah Azim di sebelahnya. Aku dan Kak Bedah ketawa besar. Nampaknya Farhan masih terlalu mentah untuk memahaminya.

"Bukan Azim. Maksud mak cik... nanti Farhan dan Azim akan dapat adik baru. Suka tak?" Kak Bedah masih cuba untuk membuatkan Farhan dan Azim faham akan keadaanku sekarang. Aku hanya tersenyum melihat Farhan dan Azim mengangguk-anggukkan kepala mereka.

"Sudahlah Kak Bedah, budak-budak tu bukannya faham. Mereka masih terlalu kecil untuk memahami tentang kita orang dewasa." Aku bersuara. Kak Bedah memandangku lalu tersenyum.

"Mari kita minum. Tengahari nie, Farah makan di sini sajalah ya." Tangan Kak Bedah lincah menyusun cawan di atas meja dan meletakkan piring puding jagung di depanku. Jag berisi air kopi masih lagi berasap.

"Kak Bedah buat puding jagung nie? Ini kuih kegemaran saya nie." Kataku lalu mengambil sepotong kuih itu. Aku mencubit sedikit lalu kusuapkan ke mulut Farhan. Kemudian aku mencubit sedikit dan kusuapkan pula ke mulut Azim.

"Ya, Farah. Akak macam terasa kau akan datang hari ini. Tak sangka pula... " Kata-kata Kak Bedah terhenti. Aku melihat ada air mata yang bergenang di kelopak matanya.

"Kenapa nie kak? Janganlah sedih begini." Aku bersuara perlahan memujuk Kak Bedah dari menangis.

"Kak Bedah kasihankan kau. Dalam keadaan berbadan dua begini, Farah terpaksa hidup seorang diri." Akhirnya jatuh juga air mata yang ditahan-tahan oleh Kak Bedah tadi. Aku mengeluh perlahan.

"Sudah nasib saya kak. Tak mengapalah Kak Bedah. Walaupun begini, tapi saya tidak pernah seorang diri. Ramai kawan-kawan saya ada di sekeliling untuk menemani saya kak. Lagipun saya bekerja. Tak terasa sangat hidup berseorangan kak." Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah. Farhan dan Azim leka bermain sesama mereka.

"Di mana Farah tinggal?"

"Saya tinggal semula di rumah lama saya. Maksud saya, rumah yang saya duduki sebelum berkahwin dengan Khairul." Kak Bedah mengangguk kecil.

"Macam mana dengan kehidupan Farah sekarang?" Soalan Kak Bedah kusambut dengan senyuman. Aku mencapai tangannya lalu kugenggam erat.

"Kehidupan saya baik kak. Cuma kadang-kadang tu terasa rindu pada Farhan dan Azim. Tapi, saya takut untuk datang melihat mereka. Takut kalau-kalau Khairul tidak menerima kedatangan saya malah akan menghalau saysa. Jadi, rasa rindu pada mereka hanya saya pendamkan dalam hati. Untuk melupakan perasaan rindu itu, saya cuba sibukkan diri dengan kerja." Aku berterus-terang kepada Kak Bedah.

Memang begitulah perjalanan hidupku semenjak tinggal seorang diri. Aku keluar bekerja dan hanya pulang lewat malam. Aku tahu keadaan ini tidak elok untuk kesihatan aku yang sedang berbadan dua. Tetapi, aku terpaksa menyibukkan diri. Jika tidak, aku asyik teringatkan tentang Farhan dan Azim. Aku tahu, aku tidak mampu melupakan mereka. Aku terlalu menyayangi mereka berdua.

"Farah tak rindukan Khairul?" Jantungku seakan berhenti apabila mendengar soalan yang keluar dari bibir Kak Bedah. Aku merenungnya seketika. Aku diam tidak berkata-kata.

"Farah tak rindukan Khairul?" Kak Bedah mengulangi soalannya kepadaku sekali lagi.

"Saya tak tahu apakah perasaan saya terhadapnya kini. Kalau boleh saya mahu lupakan apa yang telah dia lakukan pada saya. Sakitnya masih terasa hingga kini. Pedihnya masih tidak hilang. Peristiwa itu masih terbayang-bayang di ruang mata saya." Keluhku lalu melemparkan pandangan kepada Kak Bedah. Wajahnya kelihatan turut bersimpati dengan nasib diriku.

"Tapi, Khairul sudah tahu kisah sebenarnya dan dia memang mencari-cari Farah. Di wajahnya memang menggambarkan betapa dia menyesal di atas perbuatannya dulu. Kembalilah kepadanya Farah." Kak Bedah cuba memujukku.

"Tak mungkin kak... tak mungkin saya mahu kembali hidup bersama dia lagi." Aku mula terisak-isak.

"Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Dan Khairul juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Maafkanlah dia Farah. Apa yang berlaku antara kau dan dia, hanyalah salah faham. Kak Bedah dapat rasakan yang dia teramat sayangkan Farah. Semenjak ketiadaan Farah, hidupnya bagaikan tidak terurus." Bergetar dadaku apabila mendengar kata-kata Kak Bedah. Begitukah keadaannya tika ini?

"Saya tahu kak. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga dengan saya. Kesilapan saya adalah berkahwin dengannya. Jadi, saya tidak mahu mengulanginya sekali lagi. Cukuplah sekali. Setelah anak ini lahir nanti, saya akan selesaikan apa yang belum diselesaikan antara kami. Biarlah kami membawa haluan masing-masing. Saya rasa itulah sebaik-baiknya." Aku nekad. Perkara ini sudah lama aku fikirkan. Aku tahu, aku tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Namun, demi anak di dalam kandunganku ini... aku mesti cuba!

"Jangan buat keputusan yang terburu-buru Farah. Fikirkanlah anak di dalam kandungan kau ini. Dia memerlukan kasih sayang ayahnya. Lagipun, ayahnya masih ada. Mengapa kau hendak memisahkan mereka? Lagipun, Khairul tidak pernah menceraikan kau, Farah."

"Saya tahu kak. Dia tidak menginginkan anak ini. Malah, dia tidak mengharapkan langsung akan kehadiran anak ini. Kasihnya hanya untuk Farhan dan Azim."

?Tapi, ini anaknya juga. Itu kebenaran yang tidak boleh kau sangkal." Tegas Kak Bedah.

"Tidak... ini anak saya. Anak saya... " Suaraku tenggelam dalam sebak. Kak Bedah pantas memelukku. Aku menangis dalam pelukannya. Dia membelai-belai rambutku. Aku menangis sepuas hatiku di dalam pelukan Kak Bedah. Aku sudah menganggap Kak Bedah seperti kakakku sendiri.

Keluargaku di kampung masih lagi tidak mengetahui akan keadaanku yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan Khairul. Malah, sudah lama juga aku tidak pulang ke kampung. Aku hanya pulang seketika ke kampung untuk menenangkan fikiran setelah kejadian itu. Walaupun begitu, aku khabarkan juga berita mengenai kandunganku. Emak dan abah amat gembira mendengarnya. Aku tidak mahu mencacatkan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Biarlah aku seorang diri yang menanggung kesedihan.

"Naper Auntie Mama nangis?" Suara Farhan menerjah ke corong telingaku. Aku melepaskan diri dari pelukan Kak Bedah. Aku menarik tubuh Farhan rapat ke sisiku.

"Tak ada apa-apa sayang." Jawabku lalu tersenyum hambar. Dia menyapu air mata yang masih bersisa di pipiku.

"Jika Farah nekad mahu berpisah, bagaimana pula dengan nasib budak-budak ini? Mereka sangat menyayangi kau, Farah dan begitu juga dengan Farah sendiri. Farah sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka, inikan pula mahu berpisah dengan papa mereka. Apa nasib mereka kelak jika kau berdua benar-benar berpisah? Jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa. Mereka memerlukan sebuah keluarga yang lengkap untuk membesar dengan sempurna. Fikirlah semula Farah... demi Farhan dan Azim." Terdiam aku mendengar bicara Kak Bedah.

"Hari nie, kita balik rumah sama-sama ya?" Farhan memandangku dengan pandangan yang penuh mengharap. Azim pula datang menghampiriku lalu mengucup pipiku mesra.

"Mama sayangkan Farhan dan Azim... " Air mataku berderai lagi.

Bab 50 - Khairul

Hatiku lega apabila melihat kesihatan Farhan dan Azim kembali pulih. Selera makan mereka juga semakin bertambah. Aku amat gembira dengan perubahan ini. Namun, kegembiraan ini tidak mampu untuk menutup kesedihan yang bertapak di dalam jiwaku.

Sudah puas aku mencari Farah. Dia bagaikan hilang tanpa dapat dikesan. Jejaknya juga langsung tidak
dapat dikesan. Pernah juga aku menghubungi tempat kerjanya, namun jawapan yang aku terima amat menghampakan. Aku diberitahu bahawa dia telah berhenti kerja. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk bertanya kepada Hanim, teman baiknya. Tetapi, aku takut dan juga malu. Takut jika aku tersilap kata dan akan menimbulkan kesangsiannya. Tambahan pula, jika anim tidak tahu apa yang telah terjadi di antara aku dan Farah. Malu pula jika Hanim telah mengetahuinya dan sudah tentu dia akan menuduhku macam-macam. Tapi, jika bernasib baik aku akan bertembung dengannya sewaktu menaiki lif. Kami sekadar bertanya khabar. Adakalanya juga sekadar berbalas senyum.

Aku sendiri tidak tahu samada Hanim mengetahuinya atau tidak. Riak wajahnya biasa sahaja. Tetap seperti dahulu. Namun, dia tidak pernah bertanya tentang Farah kepadaku.

"Papa... " Azim memanggilku dari biliknya. Nampaknya dia baru bangun dari tidur. Aku pergi mendapatkannya di bilik tidur. Sebaik sahaja aku menjenguknya kelihatan dia sudah duduk di birai katil. Farhan pula sedang asyik bermain permainan videonya.

"Anak papa dah bangun?" Ucapku lalu mengangkatnya dan meribanya.

"Mama mana?" Sudah acapkali soalan itu diajukan kepadaku. Setiap kali dia bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari bibirnya adalah bertanyakan tentang Farah. Pelbagai jawapan yang aku berikan
kepadanya sebagai helah. Namun begitu, Azim tetap menerima apa jua jawapanku tanpa banyak bicara.

"Mama kerja sayang." Jawapanku disambut dengan anggukan kecil.

"Mama kerja kat mana?" Soalnya kembali. Dia menguap seketika. Nampaknya dia masih mengantuk. Farhan pula tidak mempedulikan kami berdua, dia begitu asyik bermain permainan videonya.

"Tempat kerja mama jauh sayang." Balasku pula.

"Mama pun cakap camtu, kan bang?" Azim menoleh kepada Farhan. Aku kehairanan.

"Syhhh... kan kita dah janji ngan Auntie Mama takkan cakap pada papa. Adik dah lupa?" Jawab Farhan. Aku semakin hairan. Apa yang sedang berlaku?

"Azim dan A'an pernah jumpa mama?" Soalku berdebar-debar. Aku menatap wajah anak-anakku seorang demi seorang. Mereka tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya masing-masing mendiamkan diri. Farhan memandang wajah Azim, begitu juga sebaliknya.

"Jawab soalan papa. Ingat, ALLAH marah kalau jika tipu." Aku mengugut mereka. Farhan kelihatan gelisah. Tumpuannya tidak lagi kepada permainan videonya. Aku pula semakin tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mereka berdua.

"Tapi... A'an dah janji ngan Auntie Mama. Adik pun sama." Wajah Farhan kelihatan cemas dan adakalanya seperti takut-takut.

"Auntie Mama kata, kalau A'an bagitau papa... Auntie Mama tak mau datang jumpa kami lagi." Tambah Farhan lagi. Azim pula mendiamkan diri di pangkuanku.

Nampaknya Farah datang berjumpa dengan Farhan dan Azim tanpa pengetahuanku. Sejak bila ianya berlaku? Patutlah sejak kebelakangan ini, kesihatan Farhan dan Azim semakin baik. Rupa-rupanya mereka sudah menemui 'penawar'. Farah sudah menemui mereka.

"A'an dan Azim sayang papa tak?" Soalku. Mereka cepat-cepat menganggukkan kepala. Aku tersenyum lebar.

"Ok, kalau sayangkan papa... A'an dan Azim kena ikut cakap papa tau. Nanti kalau A'an dan Azim tak mau ikut cakap papa, papa lari macam mama. Tak mau jumpa dengan A'an dan Azim lagi." Aku buat-buat seperti merajuk. Aku memasamkan mukaku. Farhan dan Azim berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mendiamkan diri.

"Adik, camne? Nak bagitau tak?" Farhan meminta pandangan dari adiknya. Azim mengangkat bahunya.

"A'an dan Azim tak sayang papa." Ujarku lalu mengalihkan Azim dari pangkuanku dan meletakkannya ke atas katil semula. Aku pura-pura mahu keluar dari bilik mereka.

"Ok, A'an cerita." Pantas Farhan menjawab lalu menahan aku. Dia menarik tanganku. Aku tersenyum senang. Bukan susah mahu memujuk mereka berdua. Kena gayanya, mudah sahaja mereka membuka mulut.

"Auntie Mama ada datang jumpa A'an dan Azim kat rumah Mak Cik Bedah." Lancar sahaja Farhan bercerita kepadaku. Jadi, selama ini Farah datang berjumpa mereka di rumah Kak Bedah. Hatiku lega kerana aku tidak perlu lagi bersusah payah mencarinya ke sana sini. Rupanya, dia sendiri yang datang 'menyerah diri'. Tapi, mengapa Kak Bedah langsung tidak membuka mulut tentangnya?

"Selalu Auntie Mama datang jumpa Farhan dan adik?" Mereka berdua mengangguk serentak dan tersenyum senang.

"Mama dah gemuk!" Azim membuka mulut. Aku mengangkat kening kepadanya. Farah semakin gemuk? Adakah dia amat gembira dengan perpisahan kami yang tidak rasmi ini? Baru empat bulan dia tinggalkan kami, takkanlah badannya mengalami perubahan sebegitu sekali. Hairan!!!

"Gemuk macam mana tu Azim?" Aku menyoalnya kembali.

"Perut mama besar." Hah?? Perutnya besar? Apa makna semuanya ini?

"Bukanlah. Mak cik kata, ada adik dalam perut Auntie Mama. Nanti A'an dan Azim akan dapat adik baru. Bestkan adik?" Kata-kata Farhan disambut dengan gelak ketawa oleh Azim. Mereka sungguh gembira!

Baby? Adik baru? Adakah ini bermakna Farah sedang hamil? Berdasarkan kata-kata Farhan dan Azim tadi, memang sah menggambarkan Farah sedang hamil. Alhamdulillah... aku bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Tapi, di mana dia sekarang? Kejamnya aku membiarkan dia seorang diri dalam keadaan berbadan dua.
Entah-entah sewaktu aku menghalaunya dulu, dia sudah hamil. Aku memang bukan manusia. Aku telah berlaku kejam terhadapnya. Tak mungkin dia dapat memaafkan aku. Terlalu besar kesalahanku terhadapnya. Aku sepatutnya sentiasa mendampinginya. Ini kali pertama dia hamil. Maafkan abang Farah. Abang telah menyiksa perasaanmu. Di manakah kau berada sekarang sayang?

Bab 51 - Khairul

Kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Kak Bedah. Aku memerhatikan kereta itu dengan debaran di dada. Memang tidak silap lagi, kereta itu kepunyaan Farah. Dia membunyikan hon beberapa kali. Tidak lama kemudian, Kak Bedah keluar tergesa-gesa lalu membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada kereta Farah untuk masuk.

Nampaknya penantianku selama dua jam tidak sia-sia. Betul kata Farhan bahawa Farah akan datang menziarahi mereka setiap hari Sabtu. Mungkin, tempat kerja barunya hanya bekerja lima hari seminggu. Jadi, ini memberi dia peluang untuk berjumpa dengan Farhan dan Azim pada hari ini setiap minggu. Manakala aku pula terpaksa bekerja enam hari seminggu. Aku menghela nafas lega. Aku masih lagi memerhatikan mereka. Seketika kemudian kelihatan Farhan dan Azim keluar menerpa ke arah pintu kereta yang sudah terbuka. Mereka kelihatan amat gembira menyambut kedatangan mama mereka.

Aku tidak sabar untuk melihat Farah, agak lama dia berada di dalam kereta. Bagaimana rupa dia sekarang yang sedang hamil? Aku teringin sekali untuk berjumpa dengannya. Kalau ikutkan hatiku ini, ingin sahaja aku bertemunya sekarang juga. Tapi, itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Perbuatan aku dulu sudah tentunya memberi kesan yang begitu mendalam terhadapnya. Tapi, sampai bila harus aku menunggu? Aku tidak mahu mensia-siakannya lagi. Aku ingin sentiasa berada di sampingnya. Tapi, bagaimana caranya untuk aku mendapatkannya semula?

Sedang aku melayani fikiranku, rupa-rupanya dia sudah keluar dari keretanya. Isteri akukah itu? Walaupun dari jauh, aku dapat nampak dengan jelas rupanya. Pipinya tambah berisi. Perutnya... sudah tentu besar. Agaknya sudah berapa bulan usia kandungannya itu? Wajahnya bertambah cantik. Aku terpaku melihatnya dari kejauhan. Dadaku berdebar-debar. Aku bagaikan jatuh cinta pada isteriku sendiri! Seketika kemudian, mereka bersama-sama menghilang ke dalam rumah.

Apa yang harus aku lakukan sekarang? Takkanlah aku hanya mahu menunggunya di sini? Aku sepatutnya berjumpa dengannya dan memujuknya. Tapi, adakah dia mahu menerima kehadiranku kembali ke sisinya? Aduhhh? sakit kepala aku memikirkannya.
Kasih Di Hujung RIndu 15
Hampir setengah hari Farah menghabiskan masanya di rumah Kak Bedah. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam rumah itu. Terlintas juga di hatiku untuk menjenguk, tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Hakikatnya aku tidak yakin dengan diriku sendiri.

Tiba-tiba sahaja aku teringatkan akan pertengkaran di antara aku, emak dan ayah beberapa minggu yang lepas. Dalam pertengkaran itu terbongkar segala rahsia yang disembunyikan selama ini.

"Kau sejak akhir-akhir nie mak tengok gelisah saja. Kadang-kadang mak dengar kau mengigau menyebut nama Farah. Apa kena dengan kau?" Soal emak ketika aku sedang berehat sambil menonton siaran berita di televisyen. Ayah yang sedang membaca akhbar hanya menoleh sekilas kepada emak dan kemudiannya menumpukan kembali pada suratkhabar di tangannya.

Pertanyaan dari emak mengganggu sedikit tumpuanku di kaca tv. Aku memperlahankan suara televisyen dan menumpukan perhatian kepada emak.

"Entahlah mak, saya asyik teringatkan Farah. Hampir lace>limalace> bulan dia meninggalkan kami. Entah di mana dia tinggal sekarang?" Balasku lalu mengeluh perlahan.

?Lagi-lagi perempuan itu juga yang kau ingatkan. Dia sendiri yang keluar dari rumah kau. Nampak sangat dia bersalah.? Entah kenapa emak begitu membenci Farah.

?Saya sendiri yang menghalau dia mak.? Jawabku. Emak terdiam.

?Emak mahu, kau ceraikan dia. Apa guna kau begini? Lepas kau ceraikan dia, kau boleh cari orang lain untuk gantikan dia.? Terlopong aku mendengar kata-kata emak. Takkan sampai begitu sekali.

?Emak, saya tak berniat hendak ceraikan dia. Saya sayangkan dia. Dia bakal ibu kepada anak saya. Sebenarnya saya dah tahu hal yang sebenarnya emak. Cukuplah mak, berhentilah dari terus membenci Farah. Dia menantu emak dan tak lama lagi dia akan melahirkan seorang lagi cucu emak.?

?Apa? Farah mengandung?? Ayah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, menyampuk perbualan di antara aku dan emak.

?Ya, ayah.? Jawabku lalu tersenyum.

?Alhamdulillah? mana kau tahu? Kau sudah bertemu dengan dia? Di mana dia sekarang?? Bertubi-tubi
pertanyaan dari ayah. Aku hanya tersenyum. Memang sudah lama ayah menggesa aku untuk mencari Farah. Dan memang aku berusaha mencarinya, cuma aku tidak tahu di mana dia berada sehinggalah Farhan memberitahuku.

?Yang sebenarnya, saya belum bersemuka dengannya. Saya hanya melihatnya dari jauh. Rupa-rupanya dia ada berjumpa dengan anak-anak di rumah pengasuh mereka. Itupun, secara tak sengaja Azim terbuka cerita mengenai pertemuan mereka dengan Farah. Saya tak tahu di mana dia tinggal dan di mana dia bekerja sekarang.? Aku berterus terang kepada ayah. Nampaknya ayah begitu berminat dengan ceritaku. Suratkahbar sudah dilipat dan diletakkan di atas meja. Dia menumpukan perhatiannya kepadaku.

?Apa?? Farah ada berjumpa dengan Farhan dan Azim? Secara sembunyi-sembunyi pula?? Emak kembali menyinga. Merah padam mukanya. Aku kecut perut melihat riak wajah emak.

?Apa salahnya. Lagipun budak-budak tu sakit selama ini pun disebabkan terlalu rindu pada Farah. Awak
tengoklah keadaan kesihatan mereka semenjak kebelakangan ini, semakin baik. Kita seharusnya bersyukur sebab Farah tetap tidak mengabaikan kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim. Walaupun anak bertuah awak nie dah menghalau dia keluar, namun kasih dan sayangnya terhadap cucuc-cucu kita tak pernah surut.? Ayah lace>cubalace> menasihati emak. Aku hanya mendiamkan diri. Terasa terpukul dengan kata-kata ayah. Memang, aku yang bersalah kerana terlalu mengikutkan perasaan dan membuat keputusan yang terburu-buru.

?Apa salahnya kata awak? Entah-entah dia lace>cubalace> hendak melarikan cucu-cucu kita. Kalau dulu dia tak dapat, tak mustahil dia akan buat sekarang. Kau jangan lagi hantar anak-anak kau pada Bedah tu, biar emak yang jaga mereka.? Kepalaku semakin kusut apabila mendengar kata-kata emak.

?Kenapa dengan awak nie? Kenapalah awak benci sangat dengan Farah tu. Dia budak baik, awak nie memang tak sedar dirilah.? Suara ayah pula meninggi. Aku mula rasa cemas. Aku tidak mahu emak dan ayah bertengkar kerana hal aku dan Farah.

?Ayah? mak? sudahlah. Tak perlulah emak dan ayah bertekak kerana kami.? Aku lace>cubalace> mententeramkan suasana yang semakin tegang.

?Saya tak pernah menganggap dia menantu saya dan anak dalam kandungan dia tu bukan cucu saya. Entah dengan siapa dia buat, senang-senang saja dia nak mengaku anak itu adalah anak dia dengan Khairul.? Emak merengus.

?Astaghfirullahalazim?. Bawa mengucap Limah. Syaitan mana yang dah merasuk fikiran awak nie? Kenapa awak menuduh dia sebegitu sekali? Selama saya hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan perempuan yang sebaik dan setabah Farah. Kau ingat, senangkah hendak berjumpa dengan perempuan sebegitu?? Suara ayah kembali kendur. Aku sendiri pun tidak menyangka sampai begitu sekali emak menuduh Farah. Mengapa emak jadi begini? Mengapa emak begitu kejam?

?Anak yang Farah kandungkan itu, anak saya mak. Cucu emak dan ayah. Jangan tuduh dia sebegitu mak. Dia perempuan baik mak. Cuma saya yang tak sedar diuntung kerana melepaskan seorang isteri yang sebaik Farah itu.? Rintihku perlahan.
?Heh? kamu dan ayah kamu sama saja. Memuja-muja sangat si Farah tu. Sudahlah dia patahkan tangan anak kamu, itupun kamu kata dia baik? Agaknya kamu berdua dah diguna-gunakan oleh si Farah tu.? Emak masih tidak berpuas hati. Perasaan bencinya sudah sampai ke kemuuncak.

?Limah!!! Jaga sikit mulut kau tu. Tangan Farhan patah, kau yang buat. Farhan sendiri yang beritahu Khairul. Dia kata kau yang merebutnya dari dukungan Farah. Kau yang menyebabkan tangan Farhan jadi begitu. Tak cukup dengan itu, kau kurung Azim dalam bilik. Apa yang merasuk kau, Limah? Mengapa kau buat begitu pada Farah? Lepas tu, kau tolak dia? kau halau dia? mengapalah kau jadik sekejam itu. Ke mana hilangnya perasaan simpati dan sayang kau terhadap manusia?? Ayah bertempik. Emak tersentak. Dia hanya memandang wajah ayah yang sedang menyinga.

?Dia lace>cubalace> merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita.? Emak bersuara antara dengar tak dengar. Aku merengus.

?Dia tak pernah merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita. Malah, dia mencurahkan kasih sayang pada mereka. Sudahlah Limah? cukuplah. Kalau tak kerana dia, kau takkan dapat hidup sampai hari ini.? Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya.

?Ayah, jangan?? Ujarku memberi peringatan supaya ayah tidak membocorkan rahsia.

?Tidak Khairul, kita mesti beritahu. Kalau tidak, emak kau takkan sedar bahawa Farah telah berkorban demi memastikan emak kau nie masih dapat terus menghirup udara di dunia ini.? Balas ayah dengan penuh kesalan.

?Apa yang dia dah korbankan demi saya? Saya tak nampak apapun yang dia korbankan. Menyakitkan hati saya lagi adalah.? Emak kembali bersuara. Riak wajahnya menggambarkan perasaan tidak puas hati.

?Memanglah awak tak nampak. Sebab apa yang dia korbankan itu ada dalam badan awak.? Bidas ayah sinis.

?Apa maksud abang?? Emak menyoal dengan wajah penuh tanda tanya.

?Demi memastikan awak dapat meneruskan hidup, dia telah mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk awak. Buah pinggang yang ada dalam badan awak tu, adalah kepunyaan Farah. Dia sudah menjadi sebahagian dari diri awak sekarang Limah.?

Emak terkedu mendengar penjelasan dari ayah. Dan sejak hari itu, emak seolah-olah menguncikan mulutnya dari berbicara tentang Farah. Aku tak tahu apa yang emak fikirkan selepas mendengar kata-kata ayah. Yang pastinya emak menjadi seorang pendiam dan selalu termenung sendirian.

Hmmm? sedar tak sedar hampir ke pukul tiga. Sepatutnya tika ini, aku sudah sampai menjemput Farhan dan Azim pulang. Sudah lama aku mengelamun di sini. Tiba-tiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan. Aku pantas menoleh ke arah rumah Kak Bedah.

Nampaknya Farah sudah bersedia untuk pulang. Kak Bedah, Farhan dan Azim menghantar kepulangan Farah di pintu pagar. Aku pula cepat-cepat menghidupkan enjin keretaku. Aku mahu mengekori Farah. Aku mahu tahu di mana dia tinggal kini.

Jalanraya agak sesak, namun aku lace>cubalace> pastikan aku takkan terlepas pandang dari kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda kepunyaan Farah. Selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, Farah membelok ke kanan. Aku masih mengekorinya dari belakang. Kemudiannya dia membelok ke kiri, memasuki satu kawasan perumahan.

Aku rasa, aku pernah melalui jalan ini. Kalau tak silap, perumahan ini adalah rumah lama Farah. Rumah di mana dia tinggal sebelum kami berkahwin. Takkanlah dia kembali menetap di sini? Dadaku berdebar kencang. Jalan yang dilaluinya ini memang sama. Hampir lace>limalace> minit menyelusuri jalan di kawasan perumahan ini, akhirnya Farah memberhentikan keretanya di hadapan rumah berwarna putih. Sah! Dia menetap di sini setelah keluar dari rumah aku. Mengapa aku tidak terfikir yang dia akan kembali ke sini. Inikan rumahnya. Sudah tentu dia akan menuju ke sini. Bodohnya aku kerana tidak pernah terfikir akan rumah ini.

Aku memberhentikan kereta betul-betul di belakang keretanya. Farah menoleh pantas ke belakang apabila menyedari ada kereta lain yang mengunjunginya tika ini. Dengan hati yang tak keruan, aku keluar
perlahan-lahan dari kereta.

?Farah?? Panggilku lalu melemparkan senyuman bahagia.

?Abang? Dia berdiri kaku dengan wajah yang pucat.

Bab 52 ? Farah

Tanganku menggigil sewaktu mengangkat minuman menuju pada Khairul yang sedang duduk bersandar di atas buaian di halaman rumah. Perlahan-lahan aku menapak mendekati meja yang letaknya berhampiran dengan buaian itu. Kehadirannya memang memeranjatkan aku. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depan pintu pagar rumahku.

?Jemput minum bang.? Ujarku kepadanya. Dia berpaling kepadaku lalu tersenyum manis. Dia kemudiannya bangun dan mendekati aku yang duduk di meja. Dadaku berdebar kencang.

?Apa khabar Farah sekarang?? Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang kepadaku. Hatiku tidak keruan dibuatnya.

?Seperti yang abang nampak sekarang?? Balasku perlahan tanpa memandang wajahnya. Kulontar pandanganku jauh ke depan.

Suasana kembali sepi. Masing-masing kehilangan kata-kata.

?Ermm? dah berapa bulan?? Dia kembali membuka suara.

?Enam.? Sepatah jawabku. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.

?Farah bekerja?? Soalnya lagi.

?Sudah tentu. Kalau tidak, macam mana saya nak survive hidup saya dan anak yang bakal lahir ini!? Sinis
sekali jawapanku. Dia agak tersentak dengan kata-kataku. Berubah air mukanya. Terdengar keluhan keluar dari mulutnya.

?Abang minta maaf atas kelancangan perbuatan dan kata-kata abang dulu. Abang menyesal dengan perbuatan abang terhadap Farah. Maafkan abang?? Sayu sahaja bicaranya. Kelihatan matanya berkaca-kaca. Kemudian dia meraih tanganku. Erat sekali dia menggenggam jemariku. Aku membiarkan sahaja perbuatannya.

?Abang sudah tahu akan perkara yang sebenarnya. Anak-anak yang bercerita kepada abang. Tapi, janganlah pula Farah menghukum mereka setelah abang mengetahui kebenaran ini.? Sambungnya lagi. Terkedu aku seketika.

?Saya sayangkan mereka. Tak tergamak saya mahu hukum atau marahkan mereka. Mereka bagaikan nyawa bagi saya.? Balasku lalu tersenyum hambar. Entah mengapa hatiku amat terasa apabila dia berkata begitu. Kasih sayang aku buat Farhan dan Azim melebihi kasih sayang seorang ibu buat anaknya. Seekor nyamuk pun aku tak mahu hinggap pada mereka, inikan pula mahu memukul atau menghukum mereka.

?Abang tahu Farah sayangkan mereka. Teramat sayangkan mereka sebenarnya. Entah apa yang merasuk abang pada malam itu hingga sanggup menghalau Farah keluar dari rumah. Setelah apa yang berlaku, abang amat menyesal. Dan setelah mengetahui keadaan sebenar, bertambah-tambah lagilah rasa sesal ini. Maafkan abang Farah? maafkan abang..? Rayunya dengan bersungguh-sungguh. Terkedu aku apabila melihat air jernih menuruni pipinya. Dia menangis? Khairul menangis? Betulkah apa yang aku lihat ini?

?Abang?? Kataku dan mengambil nafas seketika.

?Farah tahu, abang juga teramat sayangkan Farhan dan Azim. Malah tidak mahu mereka disakiti. Kerana
merekalah ?permata? yang Linda tinggalkan buat abang. Walau sedalam manapun kasih saya pada mereka tetap tidak mengubah hakikat bahawa saya hanya ibu tiri mereka. Farah faham kenyataan itu. Tapi, abang perlu tahu? kasih sayang Farah buat mereka bukannya dibuat-buat untuk mengaburi mata sesiapa. Ianya datang dengan sendirinya. Farah sayangkan mereka bang? tidak tergamak Farah hendak menyakiti mereka. Tapi, abang tergamak menuduh Farah menyakiti mereka. Abang tidak memberikan Farah peluang untuk membela diri Farah. Abang terus menuduh dan menghina Farah. Abang samakan Farah dengan perempuan murahan di jalanan yang tak ubah seperti pelacur. Sampai hati abang kata begitu pada Farah dan kemudian tak cukup dengan hinaan, abang halau Farah keluar dari rumah.? Aku mula tersedu-sedu. Hatiku sedikit lega kerana kali ini aku berpeluang untuk bersuara.

?Abang tahu? abang tahu sayang. Abang telah lakukan kesalahan yang tak mungkin dapat Farah maafkan.? Dia lace>cubalace> untuk memelukku, namun aku cepat menolak tubuhnya agar menjauhiku. Aku tahu dia tersinggung dengan tindakanku.

?Abang ingin menebus kesalahan abang pada Farah. Abang berharap Farah ikutlah abang pulang ke rumah kita. Kita bina semula hidup baru bersama anak-anak dan juga anak kita yang bakal lahir ini.? Ucapnya dan mengusap-usap perutku perlahan. Di wajahnya jelas tergambar kegembiraan. Berderau darahku apabila mendengar dia menyebut perkataan ?anak kita?. Secara spontan aku berdiri. Bibirku menggigil.

?Ini anak Farah. Abang tak boleh rampas dia dari Farah.? Aku tiba-tiba menjadi cemas. Inilah satu-satunya anak yang mungkin aku ada dan kini dia lace>cubalace> untuk mengambilnya dari aku. Aku tidak akan membenarkannya.

?Farah, bawa bertenang sayang. Abang bukannya mahu merampas anak kita. Abang mahu kita kembali seperti dulu, hidup bahagia seperti dulu.? Khairul juga kelihatan cemas melihat gelagatku. Dia juga bangun dan menghadapku. Aku menapak ke belakang dan menjauhinya.

?Abang bahagia sebelum ini?? Soalku bergetar. Dia melihatku dengan hairan.

?Abang sangat bahagia dapat hidup bersamamu sayang. Dan abang mahukan kebahagiaan itu kembali menerangi hidup kita sekeluarga.? Ucapnya bersungguh-sungguh.

?Abang fikir saya juga bahagia?? Aku menyoalnya kembali. Kali ini aku tidak mampu untuk menahan air mata dari gugur berderai menuruni pipiku. Dia tergamam mendengar pertanyaanku.

?Farah tak bahagia hidup bersama abang?? Kali ini suaranya pula bergetar.

Aku mendiamkan diri. Dia kelihatan resah menantikan jawapan dari mulutku. Sedangkan aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku sendiri. Apakah jawapan yang perlu aku berikan kepadanya?

Bahagiakah aku menjadi isteri kepadanya? Dulu mungkin ya, walaupun kehadiranku tidak direstui oleh emaknya. Tapi setelah kejadian itu, aku sendiri tak pasti dengan perasaanku terhadap dirinya. Masih sayangkah aku kepadanya? Masihkah adakah cintaku buatnya? Masihkah aku memerlukan dia di dalam hidupku?

Bab 53 - Khairul

Aku kebingungan. Farah memang tidak dapat memaafkan aku. Perbualan kami semalam berakhir setelah Farah memintaku agar pulang sahaja dan dia mahu sendirian. Aku memang berat hati untuk pulang dan jika boleh aku mahu berada di sisinya selalu. Tambah-tambah lagi dalam keadaannya yang sedang hamil.

Pelawaanku untuk menemaninya ditolak mentah-mentah. Memang aku bagaikan sudah tidak wujud dalam hidupnya. Dia seperti sudah menyingkirkan aku dari hidupnya dan tidak memerlukan aku sebagai suaminya. Salah aku sendiri yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur.

"Khairul." Kedengaran emak menyapaku dari belakang. Ketika itu aku sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumah emak. Semenjak kejadian pertengkaran hari itu, emak sudah jarang untuk berbual-bual dengan aku dan ayah. Aku merasakan sudah tiada kemesraan antara kami sekeluarga. Apabila aku suarakannya pada ayah, ayah hanya tersenyum hambar dan menyatakan bahawa emak sebenarnya rasa bersalah terhadap Farah dan malu setelah mengetahui perkara sebenarnya. Entahlah, yang pasti aku tidak senang dengan kebisuan emak.

Aku bangun dari pembaringan. Emak sudahpun duduk menghadapku. Aku menantikan bicara emak.

"Sudah kau bertemu dengan Farah?" Soal emak perlahan. Pantas aku memandang wajahnya. Terkejut dengan pertanyaan itu.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Bila?"

"Semalam mak!" Balasku yang masih hairan dengan gelagat emak.

"Dia tinggal di mana? Bagaimana dengan dia dan kandungannya, sihatkah?"

"Mengapa emak tanya semua nie? Bukankah emak tak suka bercakap tentang Farah?" Perasaan ingin tahu aku semakin memuncak apabila melihat emak berminat untuk mengetahui keadaan Farah. Apa yang emak ingin lakukan pula kali ini?

Emak terdiam apabila ditanya begitu. Dia menundukkan wajahnya dan tak lama kemudian bahunya
terhinggut-hinggut. Aku menerpa kepadanya. Setitis air matanya jatuh dari pipinya.

"Emak, maafkan saya mak. Tak terniat di hati saya hendak menyinggung perasaan emak." Aku amat terkejut apabila menyedari emak menangis. Aku menggengam erat tangan kirinya. Tangan kanannya pula sedang mengusap-usap rambutku.

"Emak yang sepatutnya minta maaf dari kau, Khairul. Emak yang bersalah hingga membuatkan rumahtangga kau berdua hancur. Emak yang bersalah, terlalu ikutkan kata hati. Emak sebenarnya takut kehilangan kasih sayang dari anak-anak kau." Sambil tersedu-sedu emak menuturkan kata-katanya.

Jadi inilah puncanya yang membuatkan emak tidak menyenangi apabila aku berkahwin dengan Farah. Dia takut jikalau kasih sayang Farhan dan Azim beralih darinya. Memang kasih sayang yang Farah curahkan kepada anak-anakku tidak ternilai harganya. Dia sanggup menahan sindiran dan tohmahan dari emak demi anak-anakku. Malah sanggup mendermakan sebuah buah pinggangnya untuk emak. Aku yang buta kerana tidak menyedari betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Farah buat keluargaku.
"Saya juga bersalah emak, kerana membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Saya telah menghalau dia
keluar dan telah membuatkan anak-anak saya terputus kasih sayang darinya yang sudah menganggap dia bagai ibu kandung mereka sendiri. Dia tidak pernah cuba untuk merampas kasih sayang dan perhatian anak-anak saya dari emak. Malah dia cuba untuk mencurahkan kasih sayang buat anak-anak saya yang ketandusan belaian dan perhatian seorang ibu." Luahku kepada emak. Emak terisak-isak menangis. Sekali sekali dia mengesat air mata yang membanjiri pipinya.

Emak mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali. Air matanya telah lama membasahi pipi tuanya dikesat lagi. Terlakar seribu penyesalan di wajahnya. Aku tahu, emak memang menyesali atas perbuatannya ke atas Farah. Namun, aku tidak pasti samada Farah dapat memaafkan kesalahan emak. Sedangkan aku sendiripun gagal untuk mendapat kemaafan darinya.

"Emak mahu berjumpa dengan Farah, Khairul! Emak mahu minta ampun dari dia. Emak dah banyak berdosa padanya. Dan emak mahu memujuknya agar kembali hidup bersama kau sekeluarga. Bawa emak berjumpa dia ya!" Ucap emak bersungguh-sungguh. Riak wajahnya menggambarkan kesungguhan untuk bertemu dengan Farah.

Permintaan emak memang tidak aku jangkakan. Emak mahu berjumpa dengan Farah sedangkan Farah sudah memberitahuku supaya tidak mengganggu dirinya lagi. Bagaimana dapat aku membawa emak untuk bertemu dengannya.

"Khairul, bawalah emak berjumpa dengan Farah." Pinta emak lagi. Aku diserang perasaan serba salah.

"Tapi mak... " Kata-kataku terhenti. Aku tidak sampai hati hendak memberitahu kepada emak tentang permintaan Farah agar tidak diganggu lagi.

"Emak mahu meminta maaf, bukannya mahu memarahinya seperti dulu. Emak amat menyesal sekarang. Selagi emak tidak mendapat kemaafan darinya, hidup emak takkan tenang. Tidur emak takkan lena. Tolonglah Khairul... " Mendayu-dayu suara emak merayu kepadaku. Hatiku hiba melihat keadaan emak. Sebak dadaku menahan rasa.

"Baiklah emak." Aku memberi persetujuan sedangkan aku sendiri tidak yakin. Mahukah Farah menerima kedatanganku membawa emak bersama. Aku tidak mahu dia membuat tanggapan yang buruk tentang kedatangan kami nanti.

"Kita bawa Farhan dan Azim sekali ya!" Ujar emak dengan wajah yang berseri-seri.

Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum hambar. Mungkin dengan membawa anak-anak, dapat mengubah pendirian Farah. Dia teramat sayangkan mereka dan tidak mahu menghampakan harapan anak-anak kecil itu.

Kasih Di Hujung Rindu 16
Bab 54 - Farah

Hari minggu merupakan hari yang aku nanti-nantikan. Ini kerana pada hari minggulah aku dapat mengemas rumah dan melihat-lihat keadaan persekitaran halaman rumah. Selalu juga aku menggembur-gembur tanah pokok-pokok bunga yang aku tanam di halaman rumah. Sedikit sebanyak keluar juga peluh. Sekali sekala aku akan mengajak Hanim suami isteri datang ke rumah untuk makan tengahari. Tapi kini Hanim sudah tidak lagi menetap di kota ini. Dia mengikut suaminya yang telah ditukarkan ke Sabah sebulan lalu. Kini hanya telefon sahaja yang menghubungkan kami. Ahh... rindunya aku pada gelak tawamu, Hanim. Rindu dengan usikan dan jenaka nakalmu. Bilalah kita dapat bertemu kembali.

Mentari terik yang menyerakkan cahayanya ke seluruh alam agak mengganggu kerjaku mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di dalam pasu bunga yang aku tanam dengan bunga kertas. Peluh membasahi wajah dan leherku. Aku mengesat dahiku dengan belakang tapak tangan. Hmmm... tinggal sepasu ini saja lagi. Lepas habis mencabut rumput-rumput nie, bolehlah aku berehat.

"Assalamualaikum... " Tanganku terhenti mencabut rumput-rumput liar itu apabila terdengar seperti suara memberi salam. Cepat-cepat aku menghabiskan kerjaku. Aku yang sedang duduk bersila, cuba untuk bangun. Aduhh... kakiku agak lenguh apabila bersila agak lama di atas halaman rumah yang berumput halus. Kakiku juga bengkak semenjak kandunganku berusia empat bulan hingga aku tidak boleh memakai kasut yang biasa kupakai ke tempat kerja. Jadi, terpaksalah aku membeli sandal biasa.

Suara memberi salam kedengaran sekali lagi. Aku cuba meninjau dari kejauhan tapi tidak dapat melihat orang yang mungkin sedang berdiri di luar pintu pagar rumahku. Hanya bahagian belakang kereta berwarna putih sahaja yang kelihatan. Aku cuba untuk berjalan pantas, namun keadaan aku yang sudah sarat menghalangnya.

"Waalaikummussalam... " Sahutku dari jauh. Aku semakin hampir dengan pintu pagar.

Tiba-tiba langkahku kaku. Betulkah apa yang aku nampak ini? Emak Khairul sedang berdiri di hadapan pintu pagar bersama-sama dengan Khairul sendiri dan anak-anaknya. Minggu lepas aku dikejutkan dengan kemunculan secara tiba-tiba oleh Khairul. Dan hari ini dia muncul sekali lagi. Kali ini bersama-sama emaknya dan anak-anak. Apa yang dia cuba lakukan?

"Mama... mama... bukalah pagar nie. Azim nak masuk!!" Azim menggoyangkan pintu pagar berkali-kali sambil memanggilku. Farhan pula melambai-lambaikan tangannya kepadaku. Adakah aku sedang bermimpi??

"Mamaaa!!!" Aku tersentak apabila Azim memekik. Aku bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri.
Perlahan-lahan aku menapak mendekati mereka yang sedang menanti di pintu pagar. Kulihat wajah Khairul yang kelihatan serba salah. Aku tatap pula wajah emak. Dia tersenyum kepadaku. Biar betul!!! Emak senyum kepadaku?? Aneh sekali perangainya hari ini. Jika dulu, wajahku pun tidak ingin dilihatnya. Apatah pula mahu memaniskan muka kepadaku!

Adakah kedatangan mereka pada hari ini terselindung makna yang bisa menggugat pendirianku? Jangan-jangan mereka mahu mengambil anak yang sedang aku kandungkan ini. Tidak!! Tidak!! Ini anak aku. Aku takkan serahkan kepada mereka. Inilah saja 'harta' yang aku ada. Peluh dingin memercik di dahiku. Nafasku menjadi tidak teratur.

Pelbagai kemungkinan sedang berlegar-legar di benakku. Aku dapat merasakan tanganku menggigil ketika sedang membuka pintu pagar. Perlahan-lahan aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata di dalam hati bahawa kedatangan mereka hanyalah sekadar untuk melawatku sahaja. Kemudian aku menghembuskan nafas. Lega rasanya perasaanku seketika.

"Apa khabar mak?" Kataku lalu tunduk menyalami serta mengucup tangannya lembut. Walaupun perbuatannya telah mengguris hatiku, namun dia tetap ibu mertuaku. Sebaik sahaja aku menegakkan kembali badanku, dengan tak semena-mena dia terus memelukku. Aku terpinga-pinga dalam pelukan erat emak Khairul. Mengapa jadi begini?

Aku memandang kepada Khairul seolah-olah meminta penjelasan. Dia hanya tersenyum hambar dan kemudiannya melarikan pandangannya dariku. Kemudian aku bagaikan terdengar esakan halus. Emak Khairul sedang menangis! Tetapi, mengapa?

Aku cuba meleraikan pelukan erat emak Khairul. Perlahan-lahan aku menggenggam tangannya. Memang, dia menangis! Tetapi mengapa dia menangis? Sesuatu yang buruk telah menimpa keluarga inikah? Hatiku menjadi tidak enak.

"Mari mak, kita masuk dulu. Abang, bawa anak-anak masuk." Ujarku lalu memimpin emak Khairul masuk ke rumahku. Di dalam rumah aku menjemput emak Khairul duduk di ruang tamu. Kemudian, aku meminta diri seketika dan menghilang ke dapur. Farhan dan Azim mengekoriku ke dapur.

"Auntie Mama, kenapa Opah nangis?" Soal Farhan kepadaku. Tanganku sedang ligat membancuh nescafe terhenti seketika.

"Ini mesti Farhan nakal. Sebab itulah Opah nangis." Balasku lalu ketawa kecil semata-mata untuk menutup keresahan yang sedang terbuku di dalam hati.

"Mana ada. Kan A'an dah janji dengan Auntie Mama tak nak nakal-nakal." Tingkahnya lalu memasamkan muka. Terhibur aku melihat mimik mukanya. Azim ketawa melihat abangnya seperti merajuk.

"Sudah, mari kita ke depan. Farhan tolong Auntie Mama bawa kuih nie ke depan ya! Bawa baik-baik, jangan bagi jatuh!" Aku menghulurkan sepiring kuih cara berlauk yang aku masak untuk sarapan pagi tadi kepada Farhan. Dia mengangguk lalu menyambut piring kuih dari tanganku dan terus berjalan menuju ke ruang tamu.

"Azim nak bawa apa?" Tanya Azim pula kepadaku. Aku tersenyum lalu tunduk dan mengucup dahinya.

"Azim pun nak tolong mama?" Dia menganggukkan kepalanya bersunguh-sungguh. Aku ketawa gelihati
melihat telatahnya.

"Tak apalah sayang. Lain kali sajalah ya!" Balasku lalu mengusap-usap rambutnya. Kemudian aku berjalan beriringan dengannya menuju ke ruang tamu. Aku menarik nafas dan menghembusnya sebelum melangkah.

Di ruang tamu kelihatan emak Khairul sedang melayan perasaannya sendirian. Khairul pula sedang menatap suratkhabar. Aku mendekati mereka perlahan-lahan. Dadaku berdebar kencang. Agaknya apa tujuan mereka datang mengunjungiku? Dan mengapa ibu mertuaku menangis?

"Jemput minum mak." Cawan berisi air nescafe yang masih kelihatan wap panas kuhulurkan kepada emak Khairul. Dia menyambutnya lalu tersenyum kepadaku. Dia tidak terus minum, sebaliknya meletakkan kembali cawan itu di atas meja.

"Farah apa khabar?" Perlahan saja emak Khairul bersuara. Dia merenung wajahku mesra. Tidak seperti dulu, renungannya begitu tajam hingga membuatkan aku gerun.

"Alhamdulillah mak, sihat. Emak macam mana pula? Farah tengok emak macam dah kurus sedikit. Muka emak pun cengkung. Emak sakitkah?" Aku pula menyoalnya. Memang, wajahnya bagaikan kehilangan seri. Kalau dulu aku cukup mengagumi akan kejelitaan emak mertuaku walaupun sudah berusia, namun wajahnya tetap cantik.

Dia tidak menjawab sebalikny hanya mendiamkan diri. Kemudian wajahnya berkerut-kerut menahan tangis. Aku semakin bingung dengan gelagat emak Khairul. Apa yang sedang berlaku sekarang? Perasaan ingin tahuku melonjak-lonjak. Namun, aku cub menahan daripada bertanya kepadanya. Aku mengalihkan pandanganku kepada Khairul. Matanya tetap tidak beralih dari menatap suratkhabar yang berada di tangannya. Aku kembali mengalihkan pandanganku kepada emak Khairul di hadapanku.

"Kau memang seorang perempuan yang baik. Emak yang jahat menghasut anak sendiri hingga membuatkan kau terseksa begini." Terkedu aku mendengar kata-kata emak Khairul.

"Apa... apa yang emak cakapkan nie? Farah tak faham." Tergagap-gagap aku membalas kata-katanya. Aku menatap Khairul yang sedang memerhatikan kami. Tiada reaksi darinya.

Air mata menitis laju menuruni pipi emak Khairul. Terkesima aku melihatnya. Aku semakin kebingungan. Apa yang telah terjadi

"Maafkan emak Farah. Emak telah berdosa terhadap kamu. Emak telah memfitnah kamu. Emak mengada-adakan cerita tentang kecederaan yang menimpa Farhan. Disebabkan mulut jahat emak, kamu berdua suami isteri telah bergaduh hinggalah kamu telah dihalau keluar dari rumah. Apalah gunanya hidup seorang isteri jika tidak dapat berada di samping suaminya. Engkau bagaikan digantung tak bertali. Emak telah memporak-perandakan rumahtangga kamu berdua. Maafkan emak Farah." Hatiku terharu mendengar kata maaf dari emak Khairul. Lidahku kelu, tidak dapat berkata. Air mataku gugur tanpa kusedari. Hatiku menjadi hiba.

Ya Allah, Engkau telah memperkenankan doaku selama ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Mengetahui. Aku bersyukur ke hadrat-Mu Ilahi. Namaku yang tercemar selama ini akhirnya menjadi bersih kembali. Aku bagaikan telah mendapat kemenangan mutlak!

"Sudahlah emak. Farah tak ambil hatipun tentang kejadian itu. Sudah ditakdirkan nasib Farah begini.
Farah redha mak. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan kami ini." Balasku memujuk emak Khairul. Hatiku hiba melihat dia menangis terisak-isak. Terasa besarnya dosaku kerana membuatkan dia menangis. Khairul dan anak-anaknya terpaku melihat 'drama air mata' di hadapan mereka.

"Betapa mulianya hatimu nak. Walaupun kamu mendapat layanan buruk dari emak, kamu tak pernah merungut atau melenting. Kamu menerimanya dengan sabar dan tabah. Bertuah emak dan ayah kamu kerana mendapat anak yang sebaik kamu. Emak yang tidak pernah bersyukur kerana dapat menumpang tuah emak dan ayah kamu. Emak layan kamu dengan buruk, emak sindir kamu... emak hasut cucu-cucu emak supaya bencikan kamu... namun Allah Maha Besar, Dia tahu kamu tak bersalah dan melindungi kamu. Emak benar-benar menyesal sekarang Farah. Maafkanlah emak. Emak sebenarnya terhutang nyawa kepada kamu. Seumur hayat emak pun belum tentu emak dapat membalasnya." Panjang lebar emak Khairul berbicara. Namun, ayat terakhirnya menyentakkan aku. Adakah dia sudah tahu?

"Terhutang nyawa? Apa maksud emak?" Soalku dengan dada sarat dengan kebimbangan.

"Kamu sudah menjadi sebahagian dari hidup emak. Emak dapat hidup sampai hari inipun semuanya kerana kamu, Farah. Ini... " Dia menarik tanganku ke sisi pinggangnya. Aku menatap wajahnya, cemas!

"Buah pinggang yang berada dalam tubuh emak sekarang adalah kepunyaan kamu,kan?" Terpana aku mendengar kata-kata emak. Betullah tanggapan aku tadi bahawa dia telah mengetahuinya. Aku memandang wajah Khairul meminta penjelasan.

"Abang, bukankah kita sudah berjanji!" Ucapku dengan bibir bergetar.

"Jangan kamu marahkan suami kamu. Dia tidak pernah membuka mulut tentang hal ini. Ayahnya yang telah membuka rahsia ini. Maafkanlah ayah kamu." Lembut suara emak Khairul menusuk ke dalam telingaku. Aku menghela nafas.

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan tika ini. Aku dikejutkan dengan pelbagai kejutan. Hinggakan adakalanya aku terasa bagaikan mimpi sahaja. Mula-mula aku dikejutkan dengan kedatangan Khairul. Kemudian kedatangan emaknya dan sekarang pula rahsia yang aku simpan selama ini akhirnya terbongkar juga. Aku tidak pasti adakah kejutan-kejutan ini memberi tanda baik kepadaku atau sebaliknya. Aku sendiri tidak tahu apa peraasaanku sekarang? Gembira? Lega? Sedih? Takut? Tapi, yang pastinya aku sedang keliru!!!

"Kamu maafkan emak tak Farah?" Lamunanku terhenti pabila suara emak Khairul menerjah ke telingaku.
Terpinga-pinga aku seketika.

"Emak tak pernah buat salah pada Farah. Emak tak perlu minta maaf. Farah yang bersalah kerana tak dapat menjadi seorang menantu yang baik buat emak dan isteri yang baik kepada Khairul." Aku bersuara merendah diri. Aku menggenggam erat tangan emak mertuaku.

"Kamu terlalu baik sebenarnya... terlalu baik." Perlahan-lahan emak Khairul merapatkan bibirnya ke dahiku. Dahiku dikucup lembut. Terasa perasaan bahagia menyelinap ke dalam jiwaku. Ya Allah, aku bersyukur di atas rahmat yang Engkau curahkan kepadaku pada hari ini. Aku harapkan ianya takkan berakhir.
"Sudahlah mak. Perkara yang lepas, tak perlulah kita ungkitkan lagi. Saya tak pernah menyalahkan sesiapa yang menyebabkan saya jadi begini. Saya salahkan diri saya sendiri kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan hidup dan masa depan saya. Tapi, semuanya telah berlaku. Tak mungkin dapat diundurkan kembali masa itu untuk membetulkan keadaan. Yang berlaku tetap berlaku. Itu hakikatnya, saya akur. Cuma yang dapat saya lakukan sekarang hanyalah berwaspada dan berhati-hati agar tidak mengulanginya buat kali kedua." Jelasku lalu tersenyum hambar. Aku menarik Azim agar duduk di pangkuanku. Kasihan mereka berdua yang tidak memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Mungkin yang menjadi tanda tanya mereka hanya mengapa aku dan Opah mereka menangis? Agak sukar untuk menjawab pertanyaan mereka nanti jika ditanya.

"Emak tahu, kamu serik dengan apa yang telah terjadi. Tetapi, emak amat berharap kamu berdua dapat hidup sebumbung seperti dahulu. Berilah kesempatan kepada kami untuk menebus kesalahan yang telah kami lakukan. Mendapat kemaafan dari kamu belum cukup untuk melepaskan kami dari rasa bersalah yang menggunung ini." Aku tersentak. Wajah emak Khairul kutatap tanpa berkelip. Wajahnya menggambarkan pengharapan yang sungguh tinggi.

"Maafkan saya emak. Tak mungkin... tak mungkin! Saya bukanlah seorang isteri yang baik untuk Khairul." Dadaku berdegup kencang. Aku amat cemas sekali.

"Jangan begitu Farah. Jangan kamu hukum Khairul kerana kesalahan yang emak lakukan. Dia sayangkan kamu. Hidupnya tak terurus semenjak ketiadaan kamu. Kembalilah kepadanya. Emak merayu kepada kamu, Farah. Terimalah suamimu kembali." Mendayu-dayu suara emak Khairul merayuku. Hatiku goyah melihat air mata yang mengalir lesu dari kelopak matanya. Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu yang lemah ini.

"Betul Farah, terimalah abang kembali ke dalam hidupmu. Abang amat memerlukan Farah dalam hidup abang. Kaulah kekuatan abang untuk meneruskan hidup setelah ketiadaan Linda. Mungkin tanpa abang sedar abang telah lama jatuh cinta kepadamu, ketika kita sepejabat dulu. Namun Allah telah takdirkan jodoh abang bersama Linda dahulu, kemudian barulah bersamamu. Abang berjanji akan menjagamu dengan baik dan tidak akan mensia-siakan dirimu lagi. Berilah abang peluang sekali lagi untuk membuktikan kata-kata abang pada hari ini." Wajahnya juga penuh penyesalan. Aku menatap wajah Khairul dan emaknya berulang kali.

Mengapa aku dikelirukan begini? Aku benci jika aku terpaksa membuat pilihan yang terlalu sukar untuk dilakukan. Tersepit dengan kemahuan sendiri dengan kemahuan orang lain. Perlukah aku memberi peluang kepada mereka atau mengabaikan sahaja permintaan mereka ini? Aku tak mahu terluka lagi. Aku cukup selesa dengan kehidupan aku sekarang. Mengapa mesti mengganggu hidupku lagi setelah mereka merosakkannya? Memang aku tidak menaruh perasaan benci ataupun dendam, cuma aku serik!! Serik untuk kembali hidup bersama keluarga ini. Kejadian-kejadian itu pasti akan menghantui aku setiap masa. Aku tidak mahu ia mengganggu kehidupan baru aku jika kembali menyertai keluarga ini.

"Jika kamu mahu emak melutut kepada kamupun... emak sanggup asalkan kamu dapat kembali kepada keluarga kami."

"Emak!! Jangan begitu emak." Hampir aku menjerit apabila melihat emak Khairul cuba untuk melutut di hadapanku. Cepat-cepat aku menahannya dan sebaliknya ku yang melutut di hadapannya. Aku menangis di pangkuannya.

"Fikirkanlah Farah, demi anak yang berada dalam kandungan kamu ini. Dia memerlukan kasih sayang ayahnya. Janganlah kamu mahu memisahkan kasih sayang itu sedangkan ayahnya masih hidup. Kamu lihat sajalah apa yang telah terjadi kepada Farhan dan Azim yang kehilangan kasih sayang Linda, mama mereka ketika masih kecil. Takkan kamu mahu perkara yang sama berlaku kepada anak kamu ini. Jika tidak kerana Khairul sendiri, fikirkanlah demi masa depan anak dalam kandungan kamu, demi Farhan dan Azim yang telah menganggap kamu bagaikan ibu kandung mereka sendiri." Emak Khairul tidak jemu-jemu memujukku agar kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

Aku mengangkat kepalaku lalu memandang wajah mulus Farhan dan Azim. Mereka duduk mendiamkan diri di pangkuan papa mereka. Kedua-duanya membisu. Aku sayangkan mereka. Terlalu sayangkan mereka. Mereka bagaikan nyawaku. Mana mungkin aku dapat hidup tanpa kehadiran gelak ketawa dan telatah nakal mereka. Aku amat merana di awal aku kehilangan mereka dulu. Dan kini aku diberi peluang untuk kembali menjadi ibu mereka. Sudah tentu aku dapat menjaga dan membelai mereka. Aku dapat memperdengarkan kisah sewaktu mereka hendak tidur. Aku dapat memasak makanan kegemaran mereka. Haruskah aku menerima peluang ini? Bolehkah ku hidup bersama keluarga ini dan menganggap kejadian itu semuanya seperti tidak pernah berlaku?

Bab 55 - Farah

"Farah!! Jangan duduk di luar waktu maghrib begini. Tak elok. Sudah, masuk dalam. Khairul, bawa masuk isteri kamu ke dalam!" Emak mertuaku melaung dari dalam rumah. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tanda faham. Aku menghabiskan kerjaku menyiram pokok bunga di halaman rumah. Khairul pula sedang menyapu daun-daun pokok yang berselerak gugur ke bumi. Sesudah selesai menyiram, aku menuju ke paip lalu memutarnya untuk menghentikan pengaliran air. Aku menyangkut paip getah itu di kepala paip lalu menuju ke buaian. Aku melepaskan lelah di atas buaian. Tidak lama kemudian, Khairul menyertaiku yang sedang berbuai di atas buaian.

Aku akhirnya kalah dengan perasaan sendiri. Demi kebahagiaan anak dalam kandunganku dan juga anak-anak tiriku, aku kembali ke dalam hidup Khairul. Aku rasa langkahku kali ini tidak silap. Aku dijaga dengan penuh perhatian. Emak mertuaku juga sudah berubah sikap. Dia benar-benar berubah. Diriku dan juga kandunganku dijaga rapi. Pelbagai pantang dan nasihat buat wanita yang sedang hamil, diperturunkan kepadaku. Aku benar-benar bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

Malah dia sanggup tinggal bersama kami di kota semata-mata mahu menjagaku sehinggalah aku bersalin nanti. Yang membuat aku semakin terharu, ayah mertuaku juga sependapat dengannya. Dan yang kelakarnya, dia menawarkan diri untuk menjaga aku sewaktu berpantang nanti! Semuanya aku terima dengan hati yang terbuka. Biarlah aku membahagiakan diri mereka selagi hayatku dikandung badan.

"Jauhnya melamun. Ingat pakwe lama ke?" Usik Khairul lantas memelukku. Pipiku dikucupnya berkali-kali. Aku ketawa kegelian.

"Haah, ingat pakwe lama. Agak-agaknya... bagaimana keadaan dia sekarang?" Balasku lalu ketawa kecil. Dia tersentak mendengar kata-kata yang keluar dari bibirku.

"Eh, betulkah sayang teringatkan pakwe lama? Siapa dia? Abang kenalkah dengan dia?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku. Dia memusingkan badanku supaya berhadapan dengannya. Wajahnya sedikit cemas. Aku ketawa gelihati melihat gelagatnya.

"Cemburu yaa..!!!" Usikku sambil menarik hidungnya.

"Eh, mestilah. Siapa yang tak sayang bini oii!!!" Balasnya lalu ketawa besar. Aku turut ketawa bersamanya.

"Tak adalah. Mana Farah ada pakwe lain. Abanglah pakwe pertama dan terakhir Farah. Tapi, tak tahulah pula abang. Agak-agaknyalah... Farah nie makwe yang ke berapa ya?" Aku cuba mengujinya. Dia tersenyum lebar mendengar bicaraku.

"Ermm... yang pertama Peah, yang kedua Minah, yang ketiga Temah, yang keempat... ermmm siapa ya?" Katanya sambil mengira-ngira jarinya.

"Amboi!!! Banyaknya dalam senarai... gatal ya!" Lengan tangannya yang terdedah kucubit manja. Dia ketawa terkekeh-kekeh. Suka benar dia dapat mengusikku. Kemudian dia terus memelukku erat.

"Kekasih abang yang pertama sudah tentu Linda. Harap Farah tak marah dengan pengakuan abang ini." Aku hanya tersenyum. Tiada sekelumitpun perasaan marah apabila dia berkata begitu. Malah, aku amat maklum tentang itu.

"Farah faham bang. Farah tak marah." Tangannya membelai wajahku. Betapa bahagianya hidupku tika
berada dalam pelukan suami tercinta.

"Dan kekasih terakhir abang, sudah tentu 'mak buyung' nan seorang nie." Selorohnya lalu mencubit pipiku. Aku ketawa besar. Selalu sangat dia mengusikku dengan memanggil 'mak buyung'. Mentang-mentanglah aku sedang 'boroi'. Suka hati dia dapat mengusikku.

"Aduhh..!" Kaki anak dalam kandungan menendang perutku. Terasa bergegar perutku. Aku memegang perutku yang sudah menjangkau sembilan bulan. Hanya menanti hari saja.

"Kenapa sayang? Sudah terasa sakitkah" Khairul kelihatan cemas. Aku menggelengkan kepala dan
melemparkan senyuman.

"Taklah. Baby nie nakal, agaknya tak sabar-sabar hendak keluar. Asyik menendang saja. Bergegar kita
dibuatnya." Aku ketawa bahagia.

"Lega hati abang mendengarnya. Ingatkan dah sampai masa tadi." Dia menghela nafas kelegaan sambil
mengurut-urut dadanya.

"Hai bang! Anak dah nak masuk tiga pun masih cemas lagi?" Usikku. Dia tersenyum.

"Memanglah. Inikan anak pertama buat Farah. Sudah tentu abang risau jika ada kesulitan." Ucapnya
bersungguh-sungguh. Aku ketawa lagi. Dia yang lebih-lebih risau. Aku biasa saja!

"Insyaallah bang. Takkan ada apa-apa yang berlaku. Jika ada apa-apa berlaku pada Farah, abangkan ada untuk menjaga baby kita nie." Luahku lalu mengusap-usap perutku. Dia turut sama mengusap
perutku.

"Ya Allah... tak masuk-masuk lagi? Takkan hendak tidur di luar tu budak-budak oii!!" Kali ini ayah mertuaku pula melaung dari ambang pintu. Tersentak aku dan Khairul dibuatnya. Kami berdua ketawa gelihati. Cepat-cepat kami bangun dari buaian. Khairul memimpin aku berjalan dengan berhati-hati.

"Oppsss... terlupa pula Farah nak ambil kain tuala yang Farah sangkut di buaian tadi. Sekejap ya bang...
Farah pergi ambil." Ujarku lalu hendak berpusing semula ke buaian.

"Tak mengapa, biar abang tolong ambilkan." Ucap Khairul pula.

"It's okay... I can do it! Don't worry." Bahunya kutepuk-tepuk perlahan. Kemudian aku berpusing lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke buaian. Tanpa aku sedari kakiku tersangkut pada paip getah yang
bergulung di halaman rumah. Aku gagal untuk mengimbangkan diri. Badanku terdorong ke depan dan jatuh terhempap ke bumi.

Ya Allah!!! Sakitnya perutku.

"Abang!!!" Aku menjerit kesakitan. Khairul terkocoh-kocoh mendapatkan aku.

"Sakitnya bang!! Tolong bang... sakit." Rintihku perlahan menahan kesakitan. Tiba-tiba aku terasa air
hangat mengalir di pehaku. Aku meraba pehaku.

"Abang, darah bang! Darah..!!" Aku menghulurkan tanganku yang berlumuran darah. Khairul semakin cemas.

"Sabar sayang.. sabar. Abang bawa sayang ke hospital ya! Emak!!! Ayah!! Tolong saya. Farah jatuh!!" Suara laungan Khairul sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku semakin lemah... lemah... Pandanganku semakin kabur dan kelam...

Kasih Di Hujung Rindu ............ AKHIR
Bab 56 - Khairul

Hampir satu jam Farah dimasukkan di dalam bilik kecemasan. Sudah beberapa kali aku berjalan berulang-alik di hadapan pintu bilik itu. Namun, tiada tanda-tanda doktor atau jururawat akan keluar dari
bilik itu. Aku semakin gelisah. Pelbagai kemungkinan yang buruk bermain-main di fikiranku. Ya Allah, kau
selamatkan isteriku. Permudahkanlah kesulitan yang dihadapinya.

"Khairul, cuba bawa bertenang. Insyaallah Farah tak apa-apa." Emak bersuara. Aku berpaling kepada emak. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Saya risau kalau apa-apa terjadi pada dia dan anak kami." Aku menekup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Air mata seakan bergenang di kelopak mata, aku tahan daripada mengalir. Aku lelaki. Aku harus kuat!

"Kita berdoa saja pada Allah agar Farah selamat. Kita mesti yakin!" Kata-kata emak melegakan sedikit
perasaanku. Ayah pula tidak datang kerana terpaksa menjaga Farhan dan Azim di rumahku.

"Tapi, kenapa lama sangat mereka di dalam tu? Apa yang mereka sedang lakukan?" Aku masih tidak puas hati. Aku sudahpun berdiri dan kembali berlegar-legar di hadapan pintu bilik kecemasan. Emak menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan aku yang seperti cacing kepanasan.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Kelihatan seorang wanita yang sedang membuka penutup mulutnya berjalan menghampiriku. Aku bergegas mendapatkannya.

"Bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Soalku tidak sabar.

"Awak suaminya?" Doktor wanita yang umurnya mungkin dalam lingkungan akhir 30-an bertanya kepadaku.

"Ya." Jawabku sambil mengangguk beberapa kali.

Doktor wanita mengeluh perlahan. Dahinya berkerut. Hatiku bertambah risau apabila melihat keadaannya
begitu.

"Isteri anda mengalami tumpah darah. Jadi, dia tidak dapat melahirkan anak secara normal. Pembedahan perlu segera dilakukan. Jadi, saya memerlukan tandatangan anda sebagai suaminya untuk membolehkan kami melakukan pembedahan ke atas isteri anda." Terang doktor wanita itu satu persatu.

Ya Allah, musibah apakah yang Engkau jatuhkan kepadaku? Kami baru mahu mengecap kebahagiaan, dan aku baru saja mahu melimpahkan kasih sayangku buatnya. Tapi, kini Kau mendugaku dengan dugaan yang hebat seperti ini!

"Buatlah apa yang doktor rasa perlu lakukan. Saya bersetuju asalkan doktor dapat menyelamatkan anak danisteri saya." Balasku dengan bibir bergetar. Dia menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, dia kembali masuk ke dalam bilik kecemasan.

"Khairul, kita berdoalah supaya Farah selamat." Aku berpaling kepada emak yang sedang berdiri di belakangku. Tanpa aku sedari, aku telah memeluk emak untuk mencari kekuatan agar dapat aku hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

************************************************************************
Tiga jam sudah berlalu aku rasa bagaikan tiga tahun lamanya. Lampu bilik kecemasan masih menyala. Ini menandakan doktor masih bertungkus lumus menyelamatkan Farah di dalam. Aku di luar, menanti dengan resah. Jam sudah menunjukkan angka dua belas tengah malam. Suasana sudah lama sunyi. Hanya sekali sekala kedengaran suara petugas-petugas di hospital sedang berbicara sesama mereka. Emak pula sudah lama menghilang ke surau. Katanya hendak membaca Al-Quran.

Sedang aku hampir terlena di bangku, aku didatangi oleh doktor wanita tadi.
"Tahniah encik! Anda mendapat anak perempuan." Ucapnya sambil menyalami tanganku.

"Iya? Alhamdulillah... " Lega perasaanku. Tanpa aku sedari emak sudah berdiri di sisiku.

"Emak, saya dapat anak perempuan. Memang dah lama saya mengidam anak perempuan. Akhirnya Allah perkenankan permintaan saya." Ucapku dengan gembira. Emak juga tersenyum bahagia.

"Tapi... " Bicara doktor wanita itu terhenti. Jantungku seakan berhenti berdegup. Sesuatu yang buruk telah
berlaku ke atas Farahkah?

"Tapi apa doktor? Bagaimana dengan isteri saya? Dia selamat?" Soalku dengan debaran di dada.

"Dia selamat tapi, dia amat lemah. Dia mengalami tumpah darah yang agak serius. Dan sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Saya sudah lakukan yang terbaik untuknya. Kita berserah saja kepada Allah." Ujarnya sebelum berlalu. Terpaku aku mendengar kata-kata doktor itu. Aku memandang wajah emak.

"Emak, Farah takkan tinggalkan sayakan?" Soalku kepada emak. Air mata emak sudah membasahi pipinya.

"Insyaallah Khairul. Semangatnya kuat." Jawab emak. Dalam masa yang sama, seorang jururawat baru sahaja keluar dari bilik kecemasan sambil menyorong troli yang menempatkan Farah di atasnya. Mereka mahu menempatkan Farah di wad. Aku dan emak mengekori mereka.

Bab 57 - Khairul

Farah masih lagi tidak sedarkan diri. Wajahnya begitu pucat. Tangannya yang berada dalam genggamanku begitu sejuk. Nafasnya begitu perlahan hingga seakan tidak kedengaran langsung bunyi nafasnya.

"Papa, kenapa lama sangat Auntie Mama tidur?" Farhan yang berada di sebelahku menyoal. Awal-awal pagi lagi ayah datang bersama Farhan dan Azim.

"Auntie Mama sakit. Jadi, dia kena rehat." Balasku lalu tersenyum hambar.

"Auntie Mama pun sakit macam mama dulu ke? Nanti Auntie Mama pun nak tinggalkan kita macam mama dulu ke?" Begitu petah sekali mulut comel itu menyoalku. Aku menjadi gugup apabila melihat Farhan cuba mengimbas semula peristiwa yang berlaku kepada Linda dahulu. Jantungku berdegup kencang.

Aku tiada jawapan untuk persoalan yang diutarakan oleh Farhan. Pertanyaannya kubiarkan tidak berjawab. Yang sebenarnya aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya.

"Farhan, jangan bising. Nanti ganggu mama nak berehat." Ayah bersuara kepada Farhan. Farhan lantas
menutup mulutnya. Aku tertawa kecil melihat gelagatnya.

Aku kembali menatap wajah isteriku yang kepucatan. Tiba-tiba kelopak matanya seakan bergerak-gerak.
Begitu juga dengan tangannya yang berada di dalam genggamanku.

"Farah... bangun sayang. Abang ada di sini. Anak-anak pun ada sekali." Bisikku di telinganya. Aku berpaling kepada ayah dan emak yang duduk berhampiran dengan anak perempuanku di sebelah katil Farah.

Abang... " Kedengaran suara Farah memanggilku begitu perlahan sekali.

"Ya, sayang... abang ada di sini." Jawabku dengan hati berbunga ceria. Kelopak matanya terbuka
perlahan-lahan.

"Syukurlah kamu dah sedar Farah." Ucap emak lalu mengucup dahi Farah. Farah cuba senyum, namun
senyumannya begitu tidak bermaya sekali. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

"Mana anak kita bang? Saya nak tengok anak kita." Suaranya begitu lemah sekali.

"Sekejap ya, nanti abang bawa anak kita." Balasku lalu bangun menghampiri katil kecil di sebelah kiri katil
Farah. Anakku yang masih kemerah-merahan kuangkat dengan berhati-hati. Perlahan-lahan aku meletakkan bayi kami di atas dadanya.

"Kita dapat anak perempuan sayang." Beritahuku. Farah mengalirkan air mata sambil mengucup dahi bayi kami yang sedang nyenyak tidur.

"Abang dah letak nama pada anak kita?" Soalnya sambil membelai-belai tangan kecil itu. Sekali sekala dia mengucup tangan kecil itu.

"Belum. Biar sayang saja yang namakannya." Dia tersenyum kepadaku.

"Kalau saya letak nama Fatihah, sedap tak bang?"

"Fatihah? Hmmm... bagus juga nama tu."

"Kelak bila saya dah tak ada, bolehlah dia sedekahkan Al-Fatihah kepada saya selalu." Aku tersentak.
Cepat-cepat aku meletakkan jariku di bibirnya. Aku menggelengkan kepala tanda tidak suka dia berkata
begitu. Dia mengalihkan tanganku dari bibirnya dan tersenyum hambar.

"Farah rasa, Farah takkan lama di sini. Apabila Farah sudah tiada nanti... abang... abang jagalah anak kita; Fatihah, Farhan dan Azim dengan baik ya!" Begitu payah sekali dia cuba menuturkan kata-katanya itu. Hatiku sayu mendengar kata-katanya itu.
"Jangan kata begitu sayang. Farah akan hidup lama. Kan kita dah berjanji akan membesarkan anak-anak
bersama-sama." Dadaku bergetar. Akan berulang kembalikah peristiwa lama? Aku tidak sanggup
menghadapinya buat kali kedua. Emak sudah mula menangis. Ayah pula sugul sekali wajahnya.

"Maafkan Farah bang. Farah rasa... .. Farah tak dapat menunaikan janji itu. Farhan, Azim mari pada mama." Farhan dan Azim memanjat katil Farah.

"Sayang mama sikit." Mintanya. Farhan dan Azim bergilir-gilir mengucup pipi Farah. Aku sudah tidak mampu untuk menahan air mata. Kukalihkan wajahku ke sisi. Tidak mahu mereka melihat air mata lelaki yang mengalir di pipiku.

"Farhan dan Azim bantu papa jaga adik baik-baik ya. Jangan nakal-nakal." Pesan Farah buat anak-anakku. Sekali sekali dia mengerutkan dahi menahan kesakitan. Emak menghampirinya lalu mengambil Fatihah dari pangkuannya dan meletakkan kembali ke katil.

"Mama nak pegi mana?" Azim yang masih kecil menyoal tanda tidak faham dengan keadaan yang berlaku.
"Mama nak pergi jauh sayang... " Suara Farah begitu dalam sekali. Begitu sukar untuk dia berbicara. Namun, demi untuk tidak menghampakan Azim, digagahnya untuk menjawab. Emak sudah tersedu-sedu. Ayah pula kulihat mengesat bibir matanya. Suasana begitu pilu.

"Macam mama A'an dulu?" Farhan memintas bicara Farah. Farah hanya tersenyum. Dia mengusap-usap pipi Farhan. Kemudian membelai-belai rambut Azim. Air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Mama sayangkan Farhan dan Azim. Selalu ingat di dalam hati bahawa mama sentiasa sayangkan kamu berdua. Janji pada mama ya!" Farhan dan Azim mengangguk serentak. Farah tersenyum lagi.

"Emak... ayah... " Panggil Farah kepada emak dan ayah. Mereka bergegas menghampiri Farah. Tangan Farah digenggam erat oleh emak.

"Terima kasih kerana menjaga saya selama ini. Maafkan segala kesalahan dan, aduhh... " Farah memegang perutnya. Aku cemas melihat keadaannya.

"Abang panggil doktor ya." Ucapku dan cuba untuk bangun tetapi ditahan oleh Farah. Dia menggelengkan kepalanya. Aku kembali duduk.

"Maafkanlah segala kesalahan saya emak, ayah. Halalkan makan minum saya selama ini." Farah cuba menghabiskan kata-katanya.

"Kami maafkan kamu dan halalkan makan minum kamu." Tersedu-sedu emak. Ayah pula hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Farah nampaknya berpuas hati dengan jawapan emak. Dia tersenyum lagi. Dia kembali menatap Farhan dan Azim.

"Ingat ya... mama sayangkan kamu berdua." Ucapnya buat kali ketiga. Ditariknya Farhan dan Azim rapat ke dadanya. Dia memeluk mereka dengan erat. Dadaku bertambah sebak. Aku biarkan sahaja air mata lelakiku mengalir lesu di pipi. Tidak upaya lagi aku menahannya. Mengapa kamu mahu meninggalkan abang sayang? Mengapa semua orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku? Adakah aku tidak berhak untuk mengecap kebahagiaan?

"Abang... " Suaranya serak. Aku merenung ke dalam mata Farah sudah kehilangan cahayanya. Wajahnya juga sudah kehilangan serinya.

"Ya sayang." Perlahan aku tunduk lalu mengucup dahinya.
"Farah rasa letih. Farah hendak tidur." Ucapnya kepadaku. Aku mengangguk-angguk. Memahami akan maksudnya itu.

"Tidurlah sayang... " Balasku sambil membelai-belai rambutnya. Kemudian aku mencapai tangannya lalu
kukucup berulang kali.

"Kalau emak dan abah sampai, sampaikan salam saya buat mereka ya. Katakan pada mereka bahawa saya mahu berehat." Dia tersenyum lagi. Air mataku berderai kembali.

"Baik sayang. Berehatlah dengan tenang." Selesai sahaja aku berkata, dia menutup matanya. Tangannya
terlepas dari genggamanku. Jatuh terkulai di tepi katil. Aku tersentak. Emak meraung sambil memeluk ayah.

Bab 58 - Khairul

Perkarangan tanah perkuburan kembali sunyi. Orang ramai yang mengiringi jenazah Farah mula pulang ke destinasi masing-masing. Kini yang tinggal hanyalah aku seorang sedang mengadap kubur Farah, isteriku yang masih merah.

Farah, mengapa kau tinggalkan abang sepertimana Linda tinggalkan abang dulu. Mengapa kamu berdua pergi ketika abang amat memerlukan kasih dan sayang dari kamu berdua?

Abang banyak menyiksa perasaanmu Farah. Sepanjang kau menjadi isteri abang, abang tahu kau tidak bahagia seperti isteri-isteri mereka yang lain. Kau banyak memendam perasaan. Kau juga banyak makan hati dengan perangai emak. Namun, semuanya kau telan demi kebahagiaan Farhan dan Azim. Abang banyak menyusahkan kau. Tapi, belumpun sempat abang untuk menebus kembali kesalahan-kesalahan lalu... kau telah pegi meninggalkan abang buat selama-lamanya.

Abang berjanji Farah, abang akan menjaga dan mendidik anak-anak kita. Janganlah kau risau kerana kaulah kekasih abang yang terakhir. Tiada lagi kasih abang buat wanita lain. Kasih dan sayang abang hanya buat kau dan anak-anak kita. Tidurlah kau dengan setenang-tenangnya di sana.

"Khairul... " Suara ayah mertuaku menyapa dari belakang. Kemudian terasa bahuku dipegang. Aku berpaling ke belakang. Ayah mertuaku menganggukkan kepalanya kepadaku.

"Marilah kita pulang. Redhalah dengan pemergiannya. Biarlah dia berehat dengan tenang di sini." Ucapnya. Mataku kembali bergenang dengan air mata. Aku menganggukkan kepala. Perlahan-lahan aku bangun dan melipat tikar yang mengalas dudukku.

Selamat tinggal sayang. Bersemadilah kau di sini dengan tenangnya.

Aku menghayun kaki mengikut langkah ayah mertuaku. Lewat petang itu, kami meninggalkan kawasan tanah perkuburan sebelum senja berlabuh.