Sabtu, 17 Mac 2012

GGGE 3143_Foundation of Research

This sem will teach this subject...together with KP2...

for the Sample Format for Research Proposal, will follow this guidelines;


TITLE

TABLE OF CONTENTS


CHAPTER I: INTRODUCTION
(a)   Introduction
(b)   Statement of the Problem
(c)    Conceptual Framework
(d)   Purpose of the Study
(e)   Research Questions
(f)     Research Hypotheses
(g)   Significance of the Study
(h)   Limitations of the Study
(i)     Definitions/Operationalization


CHAPTER II: LITERATURE REVIEW
(a)   Introduction
(b)   Related Literature


CHAPTER III: RESEARCH METHODOLOGY
(a)   Introduction
(b)   Research Design
(c)    Resaerch Population
(d)   Research Sample
(e)   Research Instrument
(f)     Pilot Study
(g)   Data Collection Procedure
(h)   Data Analysis Procedure


REFERENCES

APPENDICES

4 ulasan:

  1. TUTORIAL I
    GE3143 ASAS PENYELIDIKAN

    Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu cadangan penyelidikan sebagai tugasan individu yang perlu dihantar pada minggu terakhir semester (minggu ke 14) kepada tutor masing-masing. Melalui tugasan ini diharap agar pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi daripada kuliah yang disampaikan.

    1. Tajuk bagi cadangan penyelidikan

    Tajuk atau fokus kajian adalah berkaitan dengan
    bidang pengkhususan masing-masing.

    2. Rekabentuk kajian
    Boleh dilaksanakan samada secara tinjauan, kajian kes, kajian tindakan, kajian eksperimen dan sebagainya sesuai dengan permasalahan kajian dan tujuan kajian.

    3. Format penulisan cadangan penyelidikan secara umum adalah seperti yang dilampirkan.

    BalasPadam
  2. BAB I: PENGENALAN
    a.Pendahuluan : Jelaskan berkaitan dengan latar belakang kajian yang akan dijalankan.
    b.Pernyataan Masalah : Tuliskan pendahuluan tentang masalah atau isu yang perlu dikaji & jelaskan apakah persoalan pokok kajian. Jelas & lukiskan kerangka konsep jika berkaitan.
    c.Kerangka Konsep: Merupakan keseluruhan pelan p'likan yg dpt menunjukkan @ mengambarkan hubungan teori @ konsep dlm pendidikan serta hubungan p'ubah bersandar & tdk bersandar.
    d.Tujuan kajian: Senaraikan semua tujuan kajian scr terperinci selaras dgn permasalahan @ persoalan dlm pernyataan masalah.
    e.Soalan Kajian: Senaraikan soalan-soalan kajian bagi setiap tujuan. Kajian dijalankan untuk menjawab soalan-soalan ini.
    f.Hipotesis : Senaraikan semua hipotesis kajian bg soalan2 yg memerlukan ujian statistik spt melihat perbezaan min @ hbgn & sebagainya. Soalan2 yg blh dijawab scr perihalan/deskriptif tdk memerlukan ujian statistik. Pernyataan hipotesis kajian ditulis dalam bentuk hipotesis null.
    g.Kepentingan Kajian/ Signifikan Kajian : Jelaskan mengapakah kajian yang dilakukan adalah penting sama ada dari segi pembuktian/pembinaan teori/model, atau dari segi aplikasi, kepentingan kpd pihak sekolah. PPD, JPN mahupun kepada KPM.
    h.Batasan Kajian : Jelaskan batasan-batasan kajian (yang sengaja dan tidak sengaja dihadkan) sebagai panduan kepada genenralisasi dapatan-dapatan kajian. Batasan yg disengajakan termasuklah populasi kajian, persampelan kajian, pembolehubah kajian @ rekabentuk kajian.Batasan yg tidak disengajakan termasuklah kefahaman, penafsiran dan kejujuran responden, kesan pemboleubah yg tdk dapat dikawal & sebagainya.
    i.Definisi Istilah/Operasi: Berikan definisi istilah perkataan2 yg mungkin memberikan makna yang berlainan kepada pembaca2. Rujuk kepada beberapa istilah yg biasa digunakan untuk kajian yang dijalankan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAB II: TINJAUAN LITERATUR
      a. Pendahuluan
      Berikan penerangan ringkas berkaitan kandungan bab
      ini
      b. Literatur Berkaitan
      Laporan literature yang berkaitan dengan kajian
      seperti konsep, teori, model dan sebagainya serta
      kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan tajuk
      kajian.

      Padam
  3. BAB III: METODOLOGI KAJIAN
    a.Pendahuluan:Berikn penerngn ringkas b'kaitan kndngn bab ini
    b.Rekabentuk Kajian: Jelaskn bagaimana kajian dijalankan iaitu sama ada scr kuantitatif, kualitatif @ gabungan atr kuantitatif & kualitatif, eksperimen, kuasi eksperimen, tinjauan @ kajian kes. Jelaskan juga mengapa cr tsb dipilih.
    c.Populasi Kajian :Jelaskn siapakh yg m'jadi populasi kajian.
    d.Sampel kajian :Jelaskn siapakah yang dipilih sebagai sampel kajian serta saiz sampel yang digunakan. Jelaskan juga cara persampelan seperti secara rawak mudah, sistematik, rawak, berstrata dan sebagainya serta rasionalnya.
    e.Instrumen Kajian :Jelaskan semua alat yang digunakan dalam kajian & bagaimanakah alat-alat itu dibina. Berikan rujukan sekiranya alat2 tersebut disesuaikan daripada alat2 yg sedia ada. Jelaskan juga bagaimana alat2 ini dinilai dari segi kesahan & kebolehpercayaan.
    f.Kajian Rintis:Jelaskan bagaimana kajian rintis dijalankan serta hasil analisis data kajian rintis bagi menerangkan kesahan instrumen & indeks kebolehpercayaan instrumen kajian.
    g.Prosedur Pengumpulan Data: Jelaskan dengan terperinci proses kajian yg meliputi langkah-langkah yang diambil semasa pengumpulan data kajian sebenar. Sebagai contoh jika data dikumpul melalui eksperimen, jelaskan di mana eksperimen dijalankan, bagaimana treatmen/ rawatan diberikan kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat & siapa yang mengawas eksperimen tersebut. Jika pengumpulan data dibuat secara pos, perlu dijelaskan bagaimana langkah-langkah diambil bagi meningkatkan pulangan soal selidik.
    h.Prosedur Penganalisisan Data: Jelaskan dengan terperinci bagaimana data dianalisiskan iaitu daripada pengkodan data, pemasukan data, pengkodan semula, pengukuran pembolehubah dan kaedah analisis statistik yang digunakan.
    Rujukan
    Senaraikan semua bahan-bahan bacaan yang dirujuk dalam teks sahaja.
    Lampiran
    Senaraikan segala lampiran yang berkaitan seperti alat kajian, maklumat lain yang penting.

    BalasPadam